IMEI no pengenalan telefon

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua,

sejak dua menjak ni, banyak perkara yang menduga minda berlaku dalam kehidupan, memang ianya menyeronokkan, namun dalam masa yang sama, memenatkan. Harini sudah masuk hari ke lima untuk projek MiNiMe, stakat ni hasilnya masih belum menunjukkan sebarang perubahan yang memuaskan, aku perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan projek ini berjaya seperti yang dirancang. Doakan semoga projek ini berjalan lancar dan mencapai kejayaan.


Harini aku sekadar ingin berkongsi cara untuk kita mengenal telefon kita, pasti ramai yang mengetahui mengenai IMEI ini, IMEI merupakan singkatan daripada International Mobile Equipment Identity, nombor siri ini diberikan kepada semua telefon bimbit GSM atau UMTS. Apa kegunaan IMEI ini? Secara amnya, dengan menggunakan IMEI ini, anda boleh mengetahui pelbagai data mengenai telefon bimbit anda, seperti contoh jenama pengeluar, tarikh model ini dikeluarkan, dan pelbagai lagi. Ianya seperti kad pengenalan kita, yang membolehkan pihak yang berkenaan mengetahui tarikh lahir, tempat kelahiran, bangsa, agama dan lain-lain.

Cara mudah untuk mengetahui IMEI anda adalah dengan mendail *#06# pada papan kekunci telefon bimbit anda, kebanyakan telefon bimbit yang mempunyai IMEI akan memaparkan nombor yang panjang, seperti contoh 352127-01-948845-6. Ianya juga boleh di dapati di bahagian dalam telefon bimbit anda, biasanya di bawah bateri atau di sudut di mana mereka melekatkan pelekat yang mengandungi informasi telefon anda. No siri ini juga ada digunakan untuk mencari telefon yang hilang, jika telefon bimbit yang dicuri itu digunakan oleh orang lain. Terdapat perisian yang membolehkan kita membuat demikian, namun pastinya ianya bukan semudah itu.

Jika anda ingin mengetahui maklumat “peribadi” telefon bimbit anda, gunakan laman International Numbering Plans ini untuk memeriksa maklumat tersebut, paparan seperti di bawah akan kelihatan, jika tiada maklumat yang dapat di paparkan, ada kemungkinan telefon bimbit anda itu adalah tidak tulen. Namun sekadar kemungkinan, kepastian boleh diperolehi dengan mengunjungi pengedar-pengedar sah telefon bimbit anda untuk maklumat lanjut.

imei sample IMEI no pengenalan telefon
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak

Contoh maklumat yang akan diperolehi

Selamat mencuba kepada semua, semoga selepas ini anda lebih mengenali telefon bimbit anda.

icon wink IMEI no pengenalan telefon
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    salam , macam mana ye nak block tu . saya tak berapa paham . saya pernah pergi ke kedai telefon dan tanya bolehkan block gunakan emei tu . kedai tu cakap tak boleh , kecuali iphone je . macam mana ye ?

  2. menulis

    Kalau tak silap imei ni boleh juga digunakan utk block no.telefon jika hp kita hilang. Yg penting kita mesti laporkan pd pihak penyedia perkhidmatan spt celcom, maxis dan DiGi. Jadi jika hp mahal anda hilang si pencuri hanya sia2 mencuri hp anda kerana penggunaannya tlh disekat.

  3. fifi menulis

    salam, hp akak sya hilang , tp x sempat nk ambil no.siri telefon tu .. ada cara lain x nak dpt kn no.siri tu?? sebab hp dah hilg.. huhu

  4. syah menulis

    ni 1st time bce psl cane nk tau AP ke ori.. sy da try da cek guna website tu.. info sume ade.. tp IMEI hp x sme dgn yg pd kotak.. so kre ori ke x senanye ye?

    • menulis

      a ah, memang pernah gak dgr camtuh… :D tapi tatau skang ni dorang masih buat ke tak, sebab jarang dah orang simpan no imei ni kan, walaupun biasanya ada kat kotak gak…

  5. menulis

    kali pertama dengar pasal nombor imei nie….so, lepas nie, kalau nak beli handphone, tak de lah nak risau kena tipu ori ke tak kan..tambah2 sekarang nie banyak sangat handphone tiiruan buatan cina..

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.