Hormat-menghormati

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

harini akan sibuk memasak untuk jamuan anak murid isteri, semalam tak dapat nak tidur seperti biasa, seperti ada sesuatu yang mengganggu minda, tetapi aku sendiri tidak pasti, sekarang terasa seperti mata ingin tertutup kembali sahaja, tetapi perlu bertahan, kang tak pepasal takder makanan pulak bebudak tuh untuk jamuan petang karang. Semoga semuanya akan selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini menghiasi hari jumaatku.

hormat menghormati Hormat menghormati

Harini aku sekadar ingin berkongsi mengenai suatu sifat yang sudah ramai lupa sehingga memberikan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri khususnya dan orang lain amnya. Sifat hormat-menghormati ini adalah amalan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang telah melupakan sifat ini, dan justeru itu, terlalu ramai yang sudah tidak mahu menghormati orang lain dalam apa jua yang mereka lakukan. Ini sebenarnya melambangkan apa yang kita rasa dengan diri kita juga. Bagaimana ingin menghormati orang lain, jika kita tidak menghormati diri sendiri?

Adakah anda menghormati diri anda sendiri?

Persoalan itu memang perlu kita tanya setiap hari untuk mengingatkan kita mengenai perkara yang kita lakukan terhadap diri kita sendiri, ramai yang tidak menghormati diri sendiri dan melepaskannya kepada orang lain, dengan cara tidak menghormati orang lain juga. Ini adalah perkara yang perlu diperbaiki secepat mungkin untuk mengelakkan lebih banyak tragedi yang tidak diingini berlaku. Saling hormat-menghormati ini sangat penting untuk memastikan kita boleh hidup aman sentosa di negara ini. Jika semua orang hanya memikirkan diri sendiri, pasti negara ini akan menjadi huru-hara. Adakah kita mahukan kehidupan yang penuh dengan huru-hara? Pastinya tidak bukan.

Aku ingin berpesan kepada diri sendiri juga, supaya sentiasa menghormati hak orang lain juga dalam apa jua bidang yang diceburi, mungkin pada awal akan susah untuk kita berubah, tetapi cubalah, kerana jika kita ingin orang lain untuk menghormati kita, kita perlu melakukannya terlebih dahulu. Janganlah kita asik menuding jari kepada orang lain, kerana kebanyakan perkara yang terjadi dalam kehidupan kita seharian adalah berpunca daripada hidup kita sendiri. Oleh itu marilah kita bersama-sama saling hormat-menghormati, tidak kira sama ada di dunia maya ini, di tempat kerja, jalanraya, pusat membeli belah, pusat-pusat pelancongan atau di mana sahaja kita berada.


Kehidupan ini adalah sesuatu yang istimewa, jika kita terlalu mementingkan diri sendiri, pasti akan ada kekurangan dalam kehidupan sehari-hari

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    Jgn kita memilih orang pula dalam soal hormat menghormati, si pengemis di tepi jalan juga patut dihormati,

    Rasulullah s.a.w sendiri menghormati org walaupun org itu biadap, seperti mana peristiwa ketua suku badwi Bani Fazarah, Uyainah bin Hisn yg datang ke rumah baginda, tanpa pilih kasih..

    cuma apa yang diajar baginda adalah bersikap mengikut kesesuaian sikap seseorang, bersikap serius dgn org yg serius, bersikap ceria dgn org yg ceria, tapi masih dalam lingkup saling menghormati
    tengkorak emas menulis » Dari Baitul Maqdis ke Kaabah dan hikmahnyaMy Profile

    • menulis

      yup, setiap insan di muka bumi ini berhak dihormati, terima kasih atas perkongsian tersebut, bak kata pujangga, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. bertepatan dengan komen yang diberikan.

    • menulis

      Salam kembali… alhamdulillah sihat… begitulah hendaknya, semoga kita akan mengamalkan adab sopan dalam kehidupan… selamat menyambut hari minggu juga

    • menulis

      tuh aa bro… wasatiah tu penting, bukan sekadar dalam satu-satu bidang jer, tapi keseluruhan dalam kehidupan kita… semoga kita akan dapat mengamalkan kesederhanaan tersebut

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.