Hisamitsu ByeBye-Fever Super cool
Assalamualaikum dan selamat pagi,
pagi ni awal pagi lagi dah pergi menuju ke pusat servis proton untuk melakukan servis rutin kereta aku yang telah banyak berjasa itu. Kali ini ada servis tambahan kerana kereta terasa berat sejak servis kali terakhir sebelum raya tempoh hari, setelah di tune semula, segalanya nampak telah kembali seperti sedia kala.
Seperti kereta, ada masa badan aku sendiri meminta untuk diservis juga, terutama kepala aku ni yang seringkali akan mengalami kepanasan melampau yang menyebabkan aku tidak mampu untuk membuat kerja pengaturcaraan, biasanya penawar mudah adalah dengan menyediakan air jaram (campuran beberapa jenis daun seperti inai, daun bunga raya, aloe vera, beras dan beberapa lagi) untuk tujuan menyejukkan kepala yang panas. Kali ini terasa ingin mencuba perubatan atau peralatan yang lebih moden (moden aa kot), iaitu produk daripada hisamitsu, byebye fever super cool.
Pertama kali menggunakan pelekat seperti gel ini, aku terus menampal di bahagian dahi tanpa menyejukkan di dalam peti ais terlebih dahulu, terdapat nota di kotak super cool ini yang menyatakan boleh disejukkan di bahagian biasa, bukan di bahagian sejuk beku, untuk menambahkan kesan penyejukkan. Cubaan pertama menggunakan super cool ini selepas beberapa jam, tidak begitu berkesan, kemudian aku menggunakan kali kedua selepas disejukkan di dalam peti ais, kesan yang lebih baik mulai dirasakan, dan selepas pengulangan kali ketiga, suhu kepala aku mulai turun seperti yang aku inginkan, tapi pengulangan kali keempat mungkin diperlukan untuk kembali kepada suhu sedia kala.
Selepas ini, sekiranya aku tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan dedaunan yang diperlukan untuk menyediakan air jaram yang biasa digunakan tu, mungkin hisamitsu super cool ini boleh dijadikan pengganti. Ianya juga bersesuaian untuk digunakan semasa memandu perjalanan jauh, sedang bekerja atau belajar, hari yang panas, selepas sukan dan lain-lain. Tapi aku hanya memerlukan produk seperti ini di kala suhu di kepala meningkat tinggi. Kepada yang mempunyai masalah seperti aku bolehlah mencuba produk hisamitsu ini, semoga ianya berkesan untuk anda juga.
p/s: Persiapan akhir contest hampir selesai, akan di umumkan dalam masa terdekat… tunggu…

setakat ini pernah beli untuk anak sahaja. belum cuba dewasa punya. cam cool tengok bro lagaknya sebegitu
suri menulis » Kau Berani !
sy ada migran mmg [edih ho t[i sentiasa bawa balm tiger heee rasa lega.. jika di rumah harusnya mandi satu badan kemudian makan ubat tidur dalam bilik gelap. serius tak boleh terkena cahaya lampu terang..
suri menulis » Kau Berani !
Product terbaru selain cool fever..
Alamak air jaram? takkan sanggup buat camtu cara tradisional lagi bro? telan je panadol lagi okay! hahaha sorry!
memang selalunya buat cara tradisional, kalau panas kepala ni, panadol tak jalan…
aritupun selepas guna bye bye fever super cool ni, balik kampung guna cara tradisional, air jaram gak yang berkesan…
kepala kepanasan melampau sebab apa bro, demam ka, bunyi mcm kerap ja, bahaya tuh
Juan menulis » Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Terbaik
Kuarang sihat makanlah ubat,
Suhu panas boleh cuba byebye fever,
Semoga eizil sembuh cepat,
Bila sembuh bolehlah teruskan kerja tapi jgn over.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Selalu guna coool fever, itupun utk anak saya yg kecil, selalu saja deman, tampalkan dgn cool fever boleh menurunkan suhu di badanya, tapi ke klinik kena pergi jugak.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
ada kesan tak ye?
azriMy menulis » Melancong Ke Negara Kemboja Sambil Beribadah
memang best pakai pelekat tu, sejuk ja dahi
Juan menulis » Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Terbaik
selalu kalau demam atau kurang sihat, makan panadol je…
azriMy menulis » Top 5 Blog Post Bulan Ogos
Jgn selalu makan panadol, tidak beberapa baik, takut jadi ketagih, takut2 lepas ni selalu deman pula.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Kalau demam / sakit, pasti akan borong segala macam jenis medicine. as long as esoknya sembuh + boleh pergi kerja.
dennis menulis » TUPPERWARE
amik panadol ja mudah, hehehe
Juan menulis » Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Terbaik
Memang guna something yang lebih kurang mcm ini time demam. haha
dennis menulis » TUPPERWARE
Byk bagus buat semtara, sebelum di bawa anak ke klinik.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Pernah pakai memang berkesan
Syukur Alhamdulillah
ProfHariz menulis » Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia
saya setuju
Juan menulis » Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Terbaik
Pernah gunakan semacam ini untuk menurunkan panas anak saya…
Dadan menulis » Say No To Innocence of Muslim
selalu guna ni utk legakan demam anak..
Ibu Mifzal Arsyad menulis » Nickname Saya Boboy
Pernah mendengar akan pelekat seperti gel ini cuma belum pernah menggunakannya
Blog Keperawatan menulis » Keluhan Ibu Hamil Yang Umum
Kalau ada keperluan nanti… Bolehleh dicuba…
Ada jual ke di Indonesia, kat Mly byk dijual. Di kedairuncit ada, di pasar raya, farmasi, toko2 ubat dll.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
boleh dicuba nanti, saja saja pon boleh, sejuk ja bila pakai, hehehe
Juan menulis » Resepi Ayam Masak Paprik Sedap Terbaik
Tak pernah cuba lagi produk ni. Berkemungkinan kesan yang dirasai sama seperti cool fever kan?
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cm
tak pernah guna cool fever… mungkin lebih kuranglah rasanya…
Sama je cool fever dgn yg ini, fungsi sama cuma lain jenama aje.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
mungkin lepas ni kena sedia daun2 beku jd xperlu cari klu suhu naik.hehe..
qadar menulis » Kata-Kata Motivasi: 11/9/2012
betul juga tu, mudah sedikit nak digunakan apabila diperlukan…
kurang sihat ke? get well soon ye..

Nadot menulis » Melalak Sampai Pagi
aah, kurang sihat sket, terima kasih, dah beransur pulih… alhamdulillah
Esok saya hendak kereta untuk major service. Harap lepas tune kereta akan menjadi lebih berkuasa dan ringan.

akubiomed menulis » KepadaNya kita kembali
next service akan kena buat major juga, bro minta diorang tune, sebab kalau tak diorang tak tune computer kalau kita tak beritahu ada masalah kereta berat dan sebagainya.
alternatif len selain kool fever..

Jebeng Otai™ menulis » WordPress Update : 3.4.2 Ada Bug?
Tak tahu pulak kena sejukkan dalam peti ais dulu untuk kesan yang lebih baik..sebelum ni pakai tarok ke..terima kasih atas info bro..lepas ni kalau perlu nak guna benda ni,sure aku sejukkan dulu..
Hairul Azni menulis » Pembentangan Bajet 28 September 2012-Bonus Kakitangan Awam Akan Diumum?
memang ada nota kecil di belakang kotak, kalau nak pakai terus pun takder masalah, tapi jangan letak kat bahagian sejuk beku pula, letak kat bahagian sejuk biasa jer…
Tak pernah guna pun benda ni. best tak lekat kat dahi? hehe.
Semoga cepat sembuh, dan jaga kesihatan.
kalau dah letak dalam peti, waktu letak tu, memang tersangat sejuk sebab dianya permukaan tu macam gel.. terima kasih bro…
Past sejuk punya, dpt hilangkan pening dlam masa 15 minit je, belum cuba belum tahu.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
ini lebih kurang macam kool fever tu kan
beckhr00y menulis » Sihir Voodoo Dan Peralatan Ritual Sihir
aah… lebih kurang jer ngan kool fever tu, brand jer berbeza…
Sebelum ni dengar produk cool fever… Sekarng ni byebye super cool pulak. hehe
Hazmin Hamudin menulis » Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I
hehehe… fungsi dia sama jer, brand jer berbeza…
Dua produk ni sama2 fungsinya dan sama2 top di pasaran, kalau yg lain belum di uji guna lagi.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?