Hindarkan perkara-perkara yang menjejaskan ibadat Puasa

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, sedang aku surfing2 tadi, aku terjumpa satu artikel menarik mengenai amalam di bulan ramadhan ini. Berikut adalah sebahagian daripada artikel yang ditulis.

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ibadat puasa bulan Ramadhan merupakan peluang untuk umat Islam mengaut pahala serta ganjaran sebanyak-banyaknya. Ia merupakan satu ibadat rahsia dan peribadi antara hamba dengan Tuhannya. Pahala ibadat puasa pula tidak seperti pahala ibadat-ibadat yang lain. Pahala puasa serta ganjarannya tidak terbatas kerana ia adalah hak milik mutlak Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda daripada Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu:


Maksudnya:
“Setiap amal anak Adam itu dilipatgandakan sebanyak sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, dia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: Satu kegembiraan ketika dia berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau harum kasturi.”

(Hadits riwayat Muslim)

Dalam usaha untuk mencapai kebaikan yang telah dijanjikan dalam hadits di atas, seorang itu mestilah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang haram dan juga perkara-perkara yang dimakruhkan semasa berpuasa. Sungguhpun perkara-perkara itu hanya makruh, akan tetapi sebagai seorang Muslim yang ingin puasanya diterima dengan sempurna oleh Allah Ta‘ala, perkara-perkara tersebut mesti dijauhi kerana hukum makruh itu sendiri membawa maksud sesuatu yang dilarang sungguhpun tidak berdosa namun dikurniakan pahala kerana meninggalkannya. Ini dapat membantu seseorang itu supaya dapat menjalani ibadat puasanya dengan lebih sempurna agar ianya selari dengan rahsia dan hikmah pensyariatannya.

Pembuka kata pun bagi aku dah menarik dah…

icon biggrin Hindarkan perkara perkara yang menjejaskan ibadat Puasa
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
so apa kata kita teruskan dengan isi mengenai perkara-perkara yang hukumnya makruh dan sebagainya.

Perkara-perkara yang makruh dilakukan semasa berpuasa itu ialah:

1. Meninggalkan adab-adab puasa.

Meninggalkan adab-adab yang dianjurkan dalam ibadat puasa itu bererti melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dihindari untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat tersebut.

Adab-adab puasa itu termasuklah mengerjakan perkara-perkara yang sunat dikerjakan ketika berpuasa selain meninggalkan perkara-perkara yang dituntut supaya ditinggalkan. Perkara-perkara yang sunat dilakukan oleh orang yang berpuasa itu umpamanya ialah menyegerakan berbuka puasa. Menyegerakan berbuka puasa terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang Maghrib adalah sunat, kerana ia merupakan sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sebagai contoh lagi bagi perkara-perkara yang disunatkan itu ialah melambatkan waktu bersahur. Kadar waktu yang disunatkan untuk bersahur ialah ketika hampir waktu fajar, iaitu tempoh masanya kira-kira dalam kadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat al-Qur’an sebelum terbit fajar.

Daripada Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

Maksudnya: “Umatku sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.”

(Hadits riwayat Ahmad)

Meninggalkan perkara-perkara yang disunatkan sudah tentu kurang menepati apa yang telah dikehendaki oleh syara‘.

Begitu juga makruh melakukan perbuatan-perbuatan yang dituntut oleh agama untuk meninggalkannya walaupun pada dasarnya perbuatan-perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Perbuatan yang dimaksudkan itu seperti tidak memelihara anggota tubuh badan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong, berangan-angan yang terlalu panjang dan sebagainya. Meninggalkan perkara-perkara maksiat adalah lebih-lebih lagi dituntut seperti mengeluarkan kata-kata yang ditegah atau haram umpamanya mengumpat, berdusta, memfitnah, berbantah-bantah (berdebat) kerana perkelahian dan bersumpah bohong .

Walaupun meninggalkan perkara-perkara di atas ketika mengerjakan ibadat puasa merupakan perkara sunat, hal ini tidak mengubah kedudukan asalnya sebagai perkara-perkara haram yang wajib dijauhi. Dalam makna yang lain, apabila seseorang menjauhkan dirinya daripada melakukan perkara-perkara di atas, dia akan memperolehi dua pahala; pahala wajib kerana memelihara anggota tubuh-badannya daripada perkara yang haram dan pahala sunat kerana meninggalkan perkara tersebut semasa mengerjakan puasa..

Sebaliknya pula, jika orang yang berpuasa itu tidak memelihara lidahnya daripada perkara-perkara yang keji dan terlarang seperti berdusta atau mengumpat, dia mendapat dosa kerana melakukan perkara yang haram dan dia juga telah menyalahi tuntutan perkara sunat kerana tidak menjaga dirinya daripada perkara-perkara di atas ketika berpuasa.

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang batil (dusta) dan (sebaliknya) melakukannya (pula) maka Allah tidak menghendaki (memerlukan) untuk dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata yang keji.”

(Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Banyak lagi perkara yang disenaraikan di dalam artikel ini, anda boleh layari laman web berikut Nurazuwachoh – Hindarkan perkara-perkara yang menjejaskan kesempurnaan ibadat puasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam di seluruh pelusuk dunia.


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Trackbacks

  1. […] selamat berpuasa kepada semua, semoga kehidupan anda di bulan ramadhan ini terhindar daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan puasa. Masa untuk meneruskan mengaturcara Modx CMS versi mobile web. Anda mungkin berminat dengan artikel […]

  2. […] yang perlu aku cuba alami. Kepada yang akan menjalani ibadat puasa, jangan lupa membaca artikel Hindarkan perkara-perkara yang menjejaskan ibadat puasa. Semoga ianya akan memberikan kebaikan kepada semua.Dalam artikel kali ni, aku sekadar ingin […]