Hidup tanpa cabaran?

Hidup tanpa cabaran?

Assalamualaikum dan selamat pagi,


Syukur alhamdulillah masih mampu untuk bernafas pagi ini, semalam seharian dihabiskan dalam majlis ilmu di pejabat denaihati network. Walaupun mungkin ada kekurangan di sana sini, namun majlis ilmu itu berjaya diselesaikan menjelang jam 10malam. Program yang berlangsung sehari suntuk itu memberi peluang untuk saling berkongsi maklumat dan banyak lagi.

Sesudah majlis itu, aku ingatkan bolehlah merehatkan badan dan minda, namun kejadian yang tidak diingini telah berlaku, salah sebuah server telah crash dan semua file system dalam server tersebut telah rosak dan memerlukan pemasangan semula sistem operasi dan sebagainya. Cabaran sebegini seringkali membuatkan kehidupan lebih menarik. Jika kehidupan kita mendatar sahaja tanpa sebarang perkara yang menarik berlaku, pasti kita akan mulai merasa bosan dan perkara sewaktu dengannya.

Sekiranya kita sedang dalam keadaan yang penat, menghadapi masalah yang tiba-tiba kunjung tiba tanpa kita pinta bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu menghadapinya dengan tenang untuk membolehkan kita menganalisa masalah tersebut dengan lebih baik dan seterusnya mendapatkan penyelesaian yang sepatutnya. Seandainya kita tidak bertenang, kita hanya akan menyebabkan masalah yang mungkin tidak sesukar mana untuk diselesaikan menjadi sesuatu yang sukar untuk dihadapi.

Semoga semuanya akan dapat diatasi sebaiknya, selamat menjalani hari anda yang mungkin akan dihiasi dengan pelbagai cabaran juga. Usah mengeluh sekiranya kita perlu menyelesaikan masalah yang besar, bermohonlah kepada Dia agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan yang perlu kita selesaikan hari ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
19 July 2012 06:59
10 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.