Hebatnya sedekah
Assalamualaiku
m dan selamat pagi semua,
Hari ini akan menghadiri aktiviti devfest kuala lumpur yang diadakan di berjaya times square hotel and convention center. Sudah lama rasanya tidak ke kawasan sekitar ni. Suatu ketika dahulu, di awal pembukaannya aku seringkali melepak di times square ni sebab waktu tu tak ramai orang.
Kali ini sekadar ingin berkongsi hebatnya sedekah, seperti kita semua sedia maklum, aku kita dituntut untuk mengeluarkan zakat dan sedekah kerana setiap rezeki yang kita terima bukanlah sepenuhnya hak kita, kita ada bahagian yang perlu kita keluarkan untuk menyucikan harta yang kita perolehi.
Namun begitu, hebatnya sedekah ini bukan sekadar dapat menyucikan harta, ianya adalah lebih daripada itu. Ini sesuatu yang aku pelajari selepas mendalami tagline bro @denaihati hidupkan untuk memberi. Tagline itu telah mengubah persepsi aku dalam konsep memberi ini.
Jika suatu masa dahulu aku ada tanggapan yang bagi aku buruk dan menyebabkan aku kurang mengamalkan perkara ini, tetapi setelah mencubanya sendiri, dan begitu banyak kehebatan sedekah ini yang baru aku ketahui. Sukar sebenarnya untuk bercerita kehebatan sedekah ini hanya melalui penulisan. Ianya memerlukan pengalaman kita melakukannya sendiri.
Cuma apa yang boleh aku kongsikan, dengan sedekah, hati yang gundah gulana boleh menjadi tenang, kesihatan yang kurang baik akan menjadi lebih baik, masalah yang menemui jalan buntu diberikan petunjuk dan ada beberapa lagi perkara.
Benarlah jika kita yakin dengan janji Allah, buat baik akan dibalas baik, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan izinNya. Jika anda ingin merasai kehebatan bersedekah dan hidup untuk memberi, mulakanlah hari ini, insyaAllah anda tidak akan menyesal.
Nak sarapan pagi dulu sebelum gi event Google devfest.
baru terbaca ulasan artikel ini di blog studioaksara dot com tadi.. memang di antara artikel yang terbaik
donnyien menulis » Fokus utama menulis, berblogging
saya jugak seperti eizil … suatu masa dulu tiap kali nak bersedekah mesti akan ada fikiran negatif yang hadir … tapi sejak setahun ini cara saya berfikiran lebih kepada positif .. membaca entry denaihati buat kan saya berfikiran lebih terbukan dalam setiap apa yang saya berikan…
sometime akan ada sesuatu yang akan kita dapat secara tidak sengaja melebihi apa yang kita berikan pada mereka yang memerlukan …..
namia menulis » Hanya Kerana RM10
bagi orang yang cepat marah, eloklah perbanyakkan sedekah. sikit pun takpe walaupun seposen asalkan istiqamah. paling mudah sedekah kat tabung masjid. insyaAllah baran tu akan kurang
Amirez menulis » Video Klip Kedua OST Drama Adam & Hawa
Bersedekah banyak ganjarannya,
Kalau manusia tahu hikmahnya,
Pasti semua harta kita diberikannya,
Tanpa berfikir akan kehilangannya.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
ibarat satu pelaburan
kita tak akan dapat apa2 tanpa memberikan apa2
tehr menulis » Mencari Kad Merah