Guna aplikasi android terus dari Desktop anda
Assalamualaikum dan salam hormat,
kali ini sekadar ingin berkongsi tips ringkas bagaimana kita boleh menggunakan aplikasi android kegemaran terus dari desktop kita. Dalam artikel kali ini, aku akan menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai contoh kerana aku menggunakan aplikasi ini untuk pelbagai perbincangan. Ada kalanya telefon perlu di cas semula, maka gunakan kemudahan ini untuk meneruskan perbincangan terus dari desktop.
Perisian yang membolehkan kita menggunakan pelbagai aplikasi android terus dari desktop ini dipanggil Bluestack, anda boleh memuat turun secara percuma dari halaman Bluestack – Run Mobile Apps on Windows, ianya jua memberi sokongan untuk platfom mac, jadi jika anda pengguna windows atau mac, anda masih berpeluang untuk menggunakan perisian ini.
Kepada pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar (smartphone), anda boleh juga mencuba teknik ini untuk mencuba memasang aplikasi Android di komputer anda dan menikmati pelbagai kemudahan yang sebelum ini mungkin gak sukar untuk digunakan disebabkan kekangan kemudahan telefon anda.
Selepas anda memuat turun dan memasang perisian Bluestack ini, anda akan dapat melihat paparan seperti Google Play Store untuk memasang aplikasi yang anda gemari, aku menggunakan aplikasi Whatsapp untuk artikel kali ini.
Selepas selesai memuat turun aplikasi Whatsapp ke perisian bluestack anda, anda boleh memilih menu pilihan MyApps untuk melihat senarai aplikasi yang boleh digunakan. Klik pada icon Whatsapp dan paparan muka hadapan Whatsapp akan kelihatan seperti gambar di bawah.
Kemudian seperti biasa, Whatsapp akan menghantar sms untuk tujuan pengesahan gajet, disebabkan komputer kita tiada kemudahan tersebut, proses ini akan berterusan sehingga Whatsapp gagal mengesahkan nombor tadi, tetapi dalam masa yang sama, sms itu akan dihantar ke telefon bimbit kita. Dalam sms tersebut, akan tertulis sekali nombor pengesahan yang akan kita gunakan.
Selepas Whatsapp gagal untuk membuat pengesahan secara automatik melalui sms yang dihantar, kita akan diberikan cara seterusnya iaitu pilihan call me for verification. Anda boleh klik butang call me, atau terus memasukkan nombor yang anda terima melalui sms tadi, sebab kod panggilan dan sms adalah sama sahaja.
Setelah selesai membuat pengesahan, anda sudah boleh menggunakan aplikasi Whatsapp terus dari komputer anda. Mudah bukan? Gambar dibawah contoh paparan aplikasi Whatsapp yang telah selesai dipasang menggunakan perisian bluestack, setakat ni takder masalah yang dihadapi untuk berkomunikasi menggunakan aplikasi Whatsapp menerusi perisian bluestack ini. Selamat mencuba.
Nota kaki: Whatsapp hanya membenarkan pengguna memasang aplikasi mereka pada satu gajet untuk setiap nombor, jika anda menggunakan cara ini, Whatsapp di telefon anda akan menghadapi masalah, Whatsapp akan meminta anda untuk membuat pengesahan semula.





Salam !!! Baru tahu… tapi nanti masalah pulak kalau nak guna aplikasi ni kat smartphone, macam yg bro kata kat Nota Kaki tu…. Maknanya kena pilihlah, samada suka pakai Whatsapp nie kat desktop atau smartphone yer ???
bujang3 menulis » Kote mamak pun laku? ??
Wah bagus ada aplikasi alternatif untuk mengunakan aplikasi di Androids.
serius tak pernah lagi seumur hidup sy buat mcm ni..terima kasih eizil atas info yang diberikan..hehe..baru la selaras dengan teknologi ICT kini..hehe
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #30 – Penawar Racun Sekiranya Ketiadaan Air Kelapa
Untuk pengguna android sahaj ke? Kalau iOS tak boleh ke? Hehe.. Tapi susah jugak nak buat pengesahan banyak kali untuk whatsapp tu.
Hazmin Hamudin menulis » Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?
wahhh.. baru ku tahu.. tak semestinya ada smartphone untuk guna whatsapp.. bagus tutorial ni.
samdaddycool menulis » Mula melukis untuk bisnes
x pernah cuba lagi nih
nnti pasni terus cuba laaa…
auc dot com menulis » Kalimah Syahadah Terukir di cincin Barack Obama
Belum pernah menggunakan aplikasi whatsapp ini, perlu juga untuk mencobanya
Blog Keperawatan menulis » Penyebab Bayi Menangis
thanks untuk perkongsian ni…saya baru tahu pasal bluestack ni…lepas ni bolehlah try…
Puan Bardboo menulis » Tiga Tahun Dari Sekarang
Untuk blackberry ada?
Naziman menulis » Cara menghapus folder Shortcut Virus
blackberry 10 nanti rasanya akan banyak aplikasi2 dari android yang akan boleh dipasang dengan mudah, sebab developer boleh menggunakan kod android sedia ada untuk membangunkan aplikasi atas platform blackberry 10.
Ala, blackberry 10 pula. Saya nak upgrade ke iphone tak nak upgrade blackberry. hehe
Naziman menulis » Cara menghapus folder Shortcut Virus
Berjaya donlod. Tapi belum sempat install lagi
Sobri Mansor menulis » Wordless Wednesday #11
alang-alang dah download tu, jangan lupa install dan cuba bro…

eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner
Kena ye tak boleh install bluestacks ni, bila install keluar error :
Bluestacks currently doesn’t recognize your grapphics card.
It is posssible your Graphics Driver may need to be update. please update them and try installing again.
Bila dah di update graphics card, kemudian install kembali, jadi sama jugak.
# Hmm…it seems BlueStacks couldn’t be installed onthis computer. We’d love to fix the problem-can you help us? Search your computer for the file:
C:\User|SENSAS~\AppData\Local|temp\MSIdf990.LOG and email it to us a Support@BlueStack.com. Thanks!
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
mungkin bro boleh cuba install versi yang lain… atau boleh hubungi support bluestack tu untuk bantuan lanjut.
eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner
wah besnye…terus donlod bluestack. thanks for this
Shahrul menulis » Final Piala Malaysia 2012 – Pahlawan Merah lwn Tentera
selamat mencuba bro…

eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner
Kalau mahu gunakan whatsapp di komputer, adakah ia memerlukan microfon dikomputer kita utk berkomunikasi dgn rakan2?
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
tak perlu microfon, sebab fungsi whatsapp ni macam sms, kita boleh berbual dengan rakan-rakan kita dengan cara menghantar mesej, boleh juga dikepilkan gambar dan sebagainya.
eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner
Ini bermakna apa2 saja apps android di smartphone boleh dikendalikan di komputer kita.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Jadi semua yg kita mahukan boleh digunapakai. Amat menarik sekali, tahniah eizil kongsi tip apps ini.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Wow..satu Apps yg menarik utk dicuba, apps beginilah yg ditunggu-tunggu utk kemudahan pengguna.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Menarik bluestack ni. Boleh dicuba nanti. Mahu test instagram!
hehe…
anif menulis » F1 – Sebastian Vettel Menang Di Korea
hehehe… selamat mencuba bro…

eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner
Untuk instagram online, bro boleh cuba followgram atau webstagram. Saya cadangkan guna followgram, interface yang cantik, menarik dan lebih banyak fungsi.
Naziman menulis » Cara menghapus folder Shortcut Virus
buat main game best pkai bluestack ni
Anarm menulis » Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.com
Kalau begitu gamepun boleh bermain juga dgn menggunakan bluestack. Canggih…canggih…semaupun boleh. Di harap tiada masalah yg timbul nanti.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
tu aa pasal…
tapi ada sesetengah game jadi kekok pula nak main atas desktop… hehehe
eizil menulis » Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix Baumgartner