Masih berjuang untuk ke garisan penamat
Walaupun macam dah macam hampir-hampir nak putus asa sebelum ni, aku masih terus berjuang untuk meneruskan perjuangan yang sudah hampir ke garisan penamat. Begitu banyak dugaan yang di alami sebelum ni telah berjaya diharungi, tinggal last stage ni macam susah sangat nak habiskan.
Alhamdulillah, masih ramai yang ingin membantu, aku berterima kasih kepada kawan-kawan, kenalan, keluarga, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan situasi yang aku alami skang ni. Setiap sokongan, pendapat, idea, pandangan atau apa sekalipun yang diberikan amat dihargai dan telah membantu aku untuk masih terus berjuang. Walaupun berat masalah aku kali ni, tapi alhamdulillah, sehingga sekarang aku masih mampu bernafas… huhuhu… Doakan polis masih tidak menjumpai aku erk… Sebelum aku sempat gi settle ngan pejabat daerah kat sini. huhuhu…
Okay laa… selamat semua… ![]()
Kehidupan yang sibuk
2 Komen
Carcamarba, Kehidupan, Universiti

Lama betul aku tak sempat nak tulis apa² kat blog aku ni, kepada semua yang selalu singgah ke sini, aku minta maaf aa sebab beberapa bulan ni memang busy ngan memacam hal. Lepas satu, satu keje datang yang perlu diuruskan. Tapi sedikit demi sedikit nampaknya keje² yang banyak tu mula selesai, so makin lama makin sket aa keje yang nak kena diselesaikan. InsyaALLAH kalau semua berjalan lancar, bermula bulan September ni aku akan kembali aktif dalam alam maya ni.
Time tu insyaALLAH banyak benda-benda yang tak sempat nak diselesaikan sebelum ni akan cuba aku selesaikan. Harap semua doakan segala yang aku tgh buat ni berjalan lancar dan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih.
Wassalam
Baca juga...Klausur, klausur und noch klausuren….
komen?
Carcamarba, Kehidupan, Universiti

Malam sebelum peperiksaan kembali bermula… walaupun macam dah lama jer dah aku dok studi, dah banyak jer dah aku studi, tapi kali ni aku rasa macam tak yakin jer ngan exam yang akan aku hadapi esok pagi. Sejak beberapa semester akhir-akhir ni, jarang sekali aku berasa kurang yakin dengan exam yang aku akan hadapi.
Subjek esok pagi, sememangnya telah aku ulangkaji sehingga petang tadi, dan setakat ini, semuanya boleh di jawab. Tapi, disebabkan pensyarah yang aku ni untuk subjek esok ni, dia suka jer nak bagi bebenda yang di luar dari skop yang dia ajar. So memang dah beberapa kali gak aaa yang aku dapat kejutan demi kejutan yang memang macam best… huhuhuhu
Harap semuanya berjalan lancar esok pagi… Tawakkal jer aa kan…
okay laa… nak masuk tido dulu…
Exam skali lagi…
5 Komen
Carcamarba, Kehidupan, Universiti

uhuhuu.. Kesengalan rasanya pala otak bila time² nak exam ni. Tambahan plaks skang ni aa melambak² keje nak kena buat… tapi nak wat caner… lerh jer nak tunggu exam week nanti untuk amek paper ni, tapi dah dia offer untuk lerh amek awal plaks kan… itu satu peluang keemasan namanya tu… hehehehe… tapi kesengalan aa jawabnya.
Tak pernah2 aku amek final exam tgh² sem ni… hehehe… biasanya dah penghujung sem baru aku terkial² nak amek exam² ni. isk isk isk… bila laa aku nak abes study ni erk… macam dah bosan² jer nak study dah skang ni… walaupun tinggal beberapa subject jer lagi nak abeskan aku nyer study ni… tapi apasal aa rasa lama sangat sem ni berlalu…. huhuuhuhu…. presentation demi presentation bersilih ganti sebelum ni… ni datang exam plaks… adoi…
okay aa… aku nak sambung study…
doakan kejayaan aku… maceh…
Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center

