Game: Pro Evolution Soccer 2009
komen?
Hiburan, Tips and tricks
Hari ni tadi aku berpeluang untuk mencuba Pro Evolution Soccer 2009 yang diwar-warkan akan dilancarkan pada 17 Oktober 2008 di Eropah, ataupun esok hari. Berbanding Pro Evolution Soccer(PES) 2008, PES 2009 lebih perlahan rentak permainan dan pergerakan, di samping grafiknya yang sangat lawa. Larian pemain lebih realistik, kelajuan larian tidak seperti PES 2008 dan tandungan dan tendangan memerlukan kawalan yang lebih jitu.
Interface PES 2009 juga telah dikemaskinikan. Lagu latar belakang, menu dan style persembahan team juga amat berbeza dan lebih menarik jika dibandingkan dengan PES 2008 atau PES versi yang sebelumnya. PES 2009 sememangnya menampilkan grafik yang lebih menawan dan disebabkan itu, computer yang menawan juga diperlukan.
Aku bernasib baik sebab rakan serumah aku ni, abg dol kita, mempunyai computer yang power… hehehe… So dapat aa merasa main game ni tanpa sebarang masalah. Walaupun di”lauk”kan oleh abg dol kita… kekeke… tapi sesaper peminat PES, lerh aa cuba… lerh gak tgk trailer PES yang aku letak kat awal entri ni tadi… Selamat bermain game semua… hehehe…
Baca juga...Private Profile di Friendster?
2 Komen
Tips and tricks, programming

Hari ni aku sajer jejalan di Friendster.com. Rasanya tak perlulah nak terangkan apa benda friendster ni kan, macam semua orang malaysia yang online tau jer benda ni. Tapi kalau yang tatau, lerh aa gi tgk, ni laman web kenalan internet yang telah wujud sejak 2002 lagi. Aku dah lama gak tak login ke friendster aku. Dan hari ni pun aku tak login gak aaa sebenarnya, sekadar jejalan kat friendster jer.
Dalam aku dok godek-godek friendster tu, ramai gak aaa aku terjumpa profile-profile yang limited untuk kekawan jer kan. So takper aaa, nak wat caner, dah dia nak jadikan private profile, takkan nak larang laks kan. Tapi aku dok jejalan lagi, pastu aku dok try serba sedikit code asas, dan beberapa function kat friendster ni. Aku terdiscover benda cam best…
apa benda jer laa tu kan. Sebabkan aku takmao susahkan orang lain, tak perlu aa rasanya aku nak kongsi apa yang aku terdiscover tu. Tapi yang pasti ini ada beberapa peringatan yang aku nak pesan aa kepada mereka-mereka yang menggunakan friendster.
Sebab kalau aku lerh kenal pasti function yang lerh dikatakan vulnerable ni kat friendster, sure nanti ada gak orang lain yang akan jumpa gak pasal benda ni. So kat bawah ni pesanan dari eizil.com
Perkara perlu dielakkan semasa di friendster
- Jangan letak gambar-gambar yang boleh menyusahkan diri sendiri pada kemudian hari.
- sebab laman friendster ini, sehingga saat aku sedang menulis artikel ini untuk tatapan pembaca eizil.com, masih mempunyai lubang-lubang yang menyebabkan orang lain boleh memperolehi gambar anda.
- Sentiasa pastikan anda moderate rakan anda jika anda ingin memastikan private profile anda terlindung.
- sebab jika tidak, last name di dalam friendster boleh diperolehi dengan mudah jika kena caranya.
walaupun kita dah hidden dalam main profile.
- Sentiasa berhati-hati dengan gambar yang diletakkan di private album.
- sebab terdapat sesetengah album yang masih boleh ditembusi di dalam friendster. Jika terdapat gambar-gambar panas atau separa panas yang terdapat di dalam itu, kebarangkalian ianya jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya masih tinggi.
Ini antara nasihat aku dengan penemuan aku siang tadi, walaupun mungkin #3 tu hampir mustahil untuk dijumpai, namun berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan di sana…
Walaupun friendster sering melakukan security patch di merata tempat, namun masih terdapat lubang-lubang yang boleh digunapakai untuk menembusi sistemnya.
Mungkin ramai yang akan bertanya, aku akan kongsi selepas friendster dah patch sistem diorang untuk mengelakkan perkara ini disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
komen?
Tips and tricks, programming
Hari ni tadi, Localhost Data Viewer aku dah dapat approval untuk di listed di hotscripts.com. Script pertama yang aku letak kat public nyer script listing… hehehe… Sesaper yang nak tgk detail pasal Localhost Data Viewer ni lerh aa tgk kat sini. Kalau dah test tu, lerh aa rerajenkan tangan tu untuk rate kat hotscripts tu erk… hehehe…
okay laa… aku nak kena sambung game designing laks… huhuhu… selamat semua…
Resepi: Itik masak merah bermadu

Hari ni sajer nak kongsi resepi itik masak merah ni… hehehe Resepi orang bujang jer pun, ringkas-ringkas nyer resepi, takder komplikated sangat. so lerh aa sesaper nak cuba kan.
Bahan-bahan
- Itik yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, aku potong dia bagi lebih kurang satu inci tebal supaya senang digoreng nanti.
- Bawang merah dan putih diricik (untuk tumisan)
- Cili giling/boh
- Madu
- Kacang pis
- Sos tomato
- Halia lebih kurang seinci di ricik
- Garam/gula/kunyit
- Minyak
- Air
- Bawang dipotong bulat untuk hiasan
Cara-cara
- Garam dan kunyitkan itik yang telah dipotong dan dicuci bersih. Kemudian goreng itik sehingga separa garing.
- Tumis bawang merah dan putih serta halia yang telah diricik tadi. Kemudian masukkan cili giling/boh dan tumis sehingga garing.
- Tambah madu selepas itu, kemudian gaul sehingga warna cili tadi bertukar menjadi merah gelap.
- Tambah itik yang telah digoreng tadi, kemudian tambah sos tomato sedikit serta air.
- Masak sehingga itik sebati dan kuah menjadi pekat. Masukkan kacang pis selepas itu. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat tadi. Selepas itu boleh di tutup air dan dihidangkan semasa sedang panas.
Okay itu jer aaa… simple jer kan… hehehe… skali skala makan itik best gak sebenarnya…
time goreng itik tu seeloknya guna api kecik, supaya daging dia masak bebetul empuk… baru macam syiok sket nak makan… kat bawah ni ada gambar² hidangan, featuring popia serunding, budak umah aku luqman buat… cian dia, bertungkus lumus selama 4 jam nak menyiapkan, kitorang abeskan tak sampai 15 minit… kekeke
Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center

