Jul17hb

Shout Out: To All Matlab User

Comment komen? Filed Carcamarba, Karya, Kehidupan, Studio, Tips and tricks, Tutorial, Universiti

matlab_logo.gif

Kepada sesiapa yang mahir, atau separa mahir, atau tak mahir tapi nak gak mencuba, boleh aa menyertai tawaran ni. Tawaran ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh, mampu atau mahu mencuba untuk menyelesaikan tugasan ini. Terdapat dua tajuk yang akan terlibat iaitu “Simulasi pelanggaran terus antara dua objek (Simulation of head on collision between two object)” dan tajuk kedua “Simulasi reaksi bangunan terhadap gempa bumi (Simulation of Building reaction towards earth quake”.

Sesiapa yang berminat boleh memilih salah satu daripada dua tajuk ini, atau dua² tajuk ini. Bayaran sejumlah beberapa Ratus ringgit akan disediakan kepada sesiapa yang dapat menyiapkan simulasi ini. Simulasi hendaklah menggunakan atau simuLink untuk tugasan kali ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyahut cabaran ini dan menyelesaikan tajuk ini. Sila hubungi aku untuk keterangan lanjut.

Tempoh untuk tajuk ini buat masa ini adalah 3 bulan dari sekarang, namun tempoh ini akan di bincangkan semula mengikut individu atau kumpulan yang akan melaksanakan simulasi ini. Selepas projek ini selesai, sebuah e-book akan di lancarkan mengenai simulasi tersebut berserta beberapa dan contoh mengenai simulasi tersebut. E-book ini akan diedarkan secara kepada sesiapa yang memerlukannya.

Projek ini adalah untuk menyediakan sumber kepada mereka yang memerlukan walaupun kami membayar mereka yang akan menyelesaikan tajuk tersebut. Tajuk² dalam bidang yang lain akan di perkenalkan dari masa ke semasa. Ini akan merangkumi pelbagai bidang dan topik dan tujuan akhir yang sama, iaitu menyediakan e-book kepada semua untuk diguna bersama…

Kepada sesiapa yang berminat… bolehlah hubungi aku dengan mengisi komen di ruangan di bawah… Harap Maklum..

Baca juga...
Mar18hb

Istimewa untuk bakal suami

Comment 7 Komen Filed Carcamarba, Karya

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah & ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari
nanti. Kata ibu, “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.”, jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.

Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu ku daripada mana-mana kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana kerana aku tidak mahu mengenali lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang
lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang .

Baca Selanjutnya…

Baca juga...
Feb11hb

Kenangan…

Comment 2 Komen Filed Carcamarba, Karya

Dikeheningan malam sepi
ku duduk termenung seorang diri
memikirkan perkara yang tidak pasti
hari mendatang semakin menghantui

terimbas kembali disatu kala
ku tersarat beban tak hingga
tidak mampu rasanya diriku
menghadapinya sendiri

kutabahkan jua
bagai unta si musafir
meredah gurun dikala terik
tanpa hirau keadaan sekitar

pilu hatiku bila mengenangkan
kenapa begini sekali nasibku
namun itu semua hanya liku²
yang mematangkan hidupku

hari demi hari berlalu
ku masih disini menanti
mengharap suatu yang sukar
tiada berita dari sang camar

perit hatiku menahannyer
kuluah jua pada tinta ini
dengan hanya satu diharap
ringan hendaknyer beban di pundak

sekian dahulu aku mengakhiri
akan ku sambung dilain ketika
semoga hidupku semakin bahagia
doamu itu ku pinta

21 Jun 2004,
nukilan: hadihaizil

selamat semua

Baca juga...
Feb1hb

Alam Fana

Comment komen? Filed Carcamarba, Karya

tatkala embun membasahi bumi
kita sering lena diulik mimpi
tanpa terfikir apa yang akan menimpa
atau sebarang masalah yang telah menimpa
kita lena tanpa seribu kata

saban hari dilalui
onak dan duri menjadi isi
asam garam duniawi
harus ditelan menjadi penawar
agar hidup semakin berseri

walau sering dilukai
syukur dipanjatkan kepada Ilahi
kerana ianya pengalaman abadi
yang tidak dikecapi semua insani

jiwa merintih saban masa
tatkala harapan menggunung tinggi
diri kehausan meneruskan penantian
namun tiada yang kunjung tiba

seringkali diucapkan
hidup ini ibarat roda
terkadang di atas, terkadang di bawah
namun tiada siapa yang menyedari
itulah dia ….

namun ianya memberikan kita seribu satu pengertian
kerana itulah yang mendewasakan diri
tiada pengajaran yang lebih baek dari itu
pahit getir,sorak sorai,gundah gulana,
itulah penyeri dalam rempah
sedarlah wahai diri ini…

hidup duniawi hanya sementara
akhirat adalah segalanya
abadi yang DIA janjikan
namun janganlah alpa dengan segalanya
siapkan bekalan untuk masa hadapan…

21 September 2004,
nukilan: hadihaizil

Selamat maju jaya semua… study…

Baca juga... halaman seterusnya... »

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites