Oct16hb

Game: Pro Evolution Soccer 2009

Comment komen? Filed Hiburan, Tips and tricks

Hari ni tadi aku berpeluang untuk mencuba Pro Evolution Soccer 2009 yang diwar-warkan akan dilancarkan pada 17 Oktober 2008 di Eropah, ataupun esok hari. Berbanding Pro Evolution Soccer(PES) 2008, PES 2009 lebih perlahan rentak permainan dan pergerakan, di samping grafiknya yang sangat lawa. Larian pemain lebih realistik, kelajuan larian tidak seperti PES 2008 dan tandungan dan tendangan memerlukan kawalan yang lebih jitu.

Interface PES 2009 juga telah dikemaskinikan. Lagu latar belakang, menu dan style persembahan team juga amat berbeza dan lebih menarik jika dibandingkan dengan PES 2008 atau PES versi yang sebelumnya. PES 2009 sememangnya menampilkan grafik yang lebih menawan dan disebabkan itu, yang menawan juga diperlukan.

Aku bernasib baik sebab serumah aku ni, abg dol kita, mempunyai yang power… hehehe… So dapat aa merasa main game ni tanpa sebarang masalah. Walaupun di”lauk”kan oleh abg dol kita… kekeke… tapi sesaper peminat PES, lerh aa cuba… lerh gak tgk trailer PES yang aku letak kat awal entri ni tadi… Selamat bermain game semua… hehehe…

Baca juga...
Oct15hb

Si Tua yang masih menyengit!!!

Comment komen? Filed Gaya Hidup, Hiburan

starcraft broodwar logo

Hari ni tadi tetiba bebudak rumah aku nak ajak main game LAN, lepas aku main game WORM 4 Mayhem, macam sengal sbb dah jadi 3D, lagi syiok main WORM 2D tu aku rasa… hehehe… So kitorang pun main balek Starcraft Broodwar ni yang dah tua sangat aku rasa untuk sebuah game strategi.

Tapi aku selaku peminat starcraft memang seronok aa main game ni. Walaupun macam dah tua, tapi tak pernah aku terasa tak nak main benda ni. Walaupun dah lebih 5 tahun aku tak main benda ni, sebab takder gang nak main kat sini. Hari tadi game ni terinstall kembali dalam laptop buruk aku ni… hahaha… aku tulis artikel ni, aku baru lepas habis main lawan komputer, sebab bebudak rumah semua dah melelapkan mata. Tengok aa esok, rasanya sure akan bertarung balek aa antara bebudak rumah ni…

Hehehhe… kekadang rasa macam bebudak jer dok sebuk main game lelama ni, tapi dah seronok… nak wat caner kan… :D kepada peminat-peminat starcraft seperti aku ni, lerh aa kongsi2… kot2 nanti lerh buat LAN Parti sesama kan… :D apa salahnya… hehehe… Aku dok tunggu lagi Starcraft II untuk official release. huhuhuhu… Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.

Baca juga...
Sep29hb

Desperate Housewives Season 5

Comment 2 Komen Filed TV

DH season 5

Minggu ni, giliran Desperate Housewives Season 5 plaks yang telah kembali ke persana … hehehe… Bertambah lagi koleksi aku kali ni… ari ahad dengan Entourage dan Desperate Housewives skang ni, Isnin dengan Prison Break n Heroes… huhuhu… Hari lain-lain dengan siri lain laks, tak campur ngan anime lagi… :D Jangan aa kutuk erk… ini jer sumber aku pun, takder pun buat benda lain… :D

Okay aa… tgh busy memasak untuk , stakat ni baru siap sambal kacang, daging masak hitam ngan tgh atas dapur lagi, ketupat, dah siap, pastu ketupat daun palas tgh atas dapur gak… hehehe… memember umah aku tgh sebuk buat kuih … Almond London atau London Almond.. memaner aa kan… yang penting kuih tu sedap dimakan… hehehe…

OKay laa… selamat hari semua… sini sehari awal dari :D

Baca juga...
Sep22hb

TV: Heroes Season 3 kembali lagi

Comment komen? Filed Gaya Hidup, Hiburan, Kehidupan, TV

heroes-cast-3

Akhirnya Heroes Season 3 start gak arini. hehehe setelah sekian lama berhenti, keluar gak akhirnya, isk isk isk… :D Skang ni banyak tul yang “terpaksa” di layan disebabkan mogok penulis awal tahun aritu… :D Antara yang aku dok layan skang ni.

tu antara yang sedang on going aa kan… ni plaks senarai yang aku dok layan, dan dok tunggu season baru kuar… :D

Pastu ni antara yang aku tak sempat nak layan, tapi dok ada dalam kat umah ni.

hehehehe… tv? series yang lain pun ada gak lain kekadang…

so skang ni ari isnin aku busy ngan beberapa … huhuhu… heroes, entourage, prison break… naper aa dorg tak buat hari lain erk… :D okay laa… tgh tunggu heroes ngan entourage ni siap, pastu nak layan jap… selamat semua…

Baca juga... halaman seterusnya... »

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites