DIY: Memasang jubin dinding

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

apa khabar pagi ni? Semoga sihat sejahtera hendaknya, pagi ini begitu nyaman di sini, hujan turun membasahi bumi, sudah hampir 2 minggu tidak tingga di rumah sendiri. Memang perasaan berlainan apabila berada di rumah sendiri (walaupun hanya rumah yang disewa). Sebelum ini aku berada di rumah emak untuk bercuti dan meluangkan masa di sana. Kali ini berkesempatan untuk bercuti agak lama di rumah, aku mengambi keputusan untuk memasang jubin pada dinding bilik air rumah mak.

Projek pemasangan jubin dinding bilik air bermua pada hari Sabtu lepas, seawal pagi sabtu selepas bersarapan dengan mak dan isteriku, aku pun pergi ke kedai jubin berdekatan, setelah memilih jubin yang sesuai, aku pun menelefon abang aku untuk bertanyakan berapa jumlah jubin yang perlu aku beli. Setelah berbincang selanjutnya, aku pun membeli barang-barang yang diperlukan. Antaranya:

  1. 220 keping jubin dinding
  2. 2 beg simen gam
  3. 2 beg simen biasa
  4. timbang air
  5. alat penyapu simen
  6. besi penukul.

Ini merupakan pertama kali aku cuba memasang jubin dan kebetulan tiada sesiapa yang boleh menunjukkan cara-cara bagaimana ianya patut dipasang, hanya penerangan ringkas daripada abang aku yang menjadi sumber panduan untuk projek D.I.Y kali ini. Perkara pertama yang aku lakukan adalah mengetuk dinding bilik air agar permukaannya menjadi kasar untuk memudahkan proses pemasangan jubin, kemudian campuran simen biasa dan simen gam dibancuh dengan air untuk digunakan dalam proses pemasangan jubin dinding ini. Aku mencuba pada satu dinding terlebih dahulu, setelah beberapa cubaan teknik pemasangan, aku berjaya menyiapkan dinding itu dalam tempoh kurang dari 2 jam.

Projek pemasangan jubin terpaksa dihentikan, kerana aku tidak mengetuk dinding-dinding dalam bilik air itu, kerana khuatir jika aku mengetuk dinding yang lain, jubin-jubin yang telah dipasang sebentar tadi akan tercabut. Setelah menunggu beberapa jam, aku meneruskan proses pemasangan jubin untuk dinding-dinding yang lain pula. Namun begitu, sekali lagi projek ini tergendala kerana aku tiada mata pemotong grinder untuk memotong jubin-jubin yang ingin digunakan pada bahagian-bahagian yang sempit. Projek tertangguh sehingga keesokkan harinya.

 

Projek berjaya disiapkan pada keesokkan harinya, walaupun mungkin hasilnya tidak sehebat tukang memasang jubin, namun begitu, untuk percubaan pertama, aku amat berpuas hati dengan hasil projek D.I.Y kali ini. Pengalaman ini amat berguna untuk beberapa perancangan projek lain yang akan dilakukan pada musim cuti yang lain pula.

Susulan dari kejayaan memasang jubin pada dinding bilik air, aku mengambil keputusan untuk memasang jubin untuk lantai pada tandas pula. Pergi semula ke kedai untuk mencari jubin yang sesuai digunakan untuk lantai, projek disambung pula dengan pemasangan jubin pada tandas, setelah berhempas pulas dengan lebih banyak proses pemotongan jubin, akhirnya lantai tandas juga siap dipasang dengan jubin. Proses pemasangan lantai perlu dibuat dengan lebih teliti, kerana jika tidak, jubin mungkin akan pecah apabila dipijak.


Disebabkan kesuntukan masa, dinding tandas yang aku ingin dipasang jubin akan aku sambung pada masa yang berlainan pula. Keseluruhan aku amat berpuas hati dengan projek kali ini, benarlah kata orang, selagi kita tidak mencubanya sendiri, kita tidak akan tahu apakah cabaran yang akan kita hadapi. Begitu juga dalam projek ini, ramai orang boleh memberikan pelbagai tips dan teori, namun apabila melakukannya sendiri, banyak perkara yang perlu kita atasi dengan penilaian akal fikiran kita sendiri.

 

 

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. topekz menulis

    Saya pun baru start d.i.y pasang tiles kt dapur..rasa pias hati bila tgk hasil kerja sendiri. Pasni nk try pasang tiles kt dinding dapur n kt bilik air..

  2. menulis

    tahniah en.eizil….ha….. kebetulan saya skrang ni pun duk pasang tiles kat dlm 3 bilik. baru siap 1 bilik. sekarang duk pasang bilik utama. sya pun tak pernah pasang tiles cuma duk tgk org pasang je. alhamdulillah… hasilnya saya puas hati sebagai org amatur dlm bab bertukang ni.

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.