Dalam mengejar arus kemajuan, ada yang di anak tirikan

Dalam mengejar arus kemajuan, ada yang di anak tirikan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

[dropcap3]S[/dropcap3]aban hari kita sering diwar-warkan dengan pelbagai berita berkaitan dengan arus pembangunan dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang teknologi. Pelbagai perkara yang diperkenalkan demi kemajuan bersama, dari perkhidmatan pembayaran atas talian dan bermacam-macam lagi. Kebanyakannya adalah untuk kebaikan, aku sendiri gembira apabila melihat teknologi demi teknologi diperkenalkan dan diperkenalkan di negara kita ini. Namun begitu, dalam kita sibuk mengejar arus kemajuan dan kemodenan ini, pernahkah kita menoleh sebentar dan melihat keadaan di luar kawasan tempat tinggal kita yang serba maju itu?


Sekiranya jawapan anda adalah ya, syukur alhamdulillah, maksudnya anda masih mengambil berat mereka-mereka yang di anak tirikan dalam arus kemajuan ini, dan sekiranya jawapan anda adalah tidak, juga tidak mengapa, kerana mungkin sebelum ini anda tidak sedar akan situasi ini. Apa yang aku ingin kongsikan ini adalah demi kesejahteraan bersama, apa guna kita berbangga kononnya menuju ke arah negara maju, namun masih ada ramai golongan yang tidak menikmati kemudahan asas yang sepatutnya sudah diselesaikan. Maafkan aku sekiranya aku tidak pandai dalam bidang ekonomi, tetapi rasanya penilaian perikemanusiaan aku masih tidak begitu teruk.

Kenapa mereka membayar harga yang sama dengan semua orang, tetapi tidak menerima perkhidmatan/produk sepertimana mereka yang lain?

Bolehkah anda menjawab persoalan ini? Aku sendiri masih keliru kenapa perkara sebegini boleh terjadi, seperti semua sedia maklum, bekalan air di rumah kita kebiasaannya dalam keadaan yang sudah dirawat untuk keselesaan penggunaan kita di rumah, ada sesetengah yang hanya membayar beberapa ringgit dan ada pula yang tidak perlu membayar kerana tidak melebihi tahap penggunaan untuk perkhidmatan percuma. Air yang kita terima biasanya telah dirawat agar tidak berbau ataupun berwarna keruh, kita saban hari menggunakan air tersebut untuk pelbagai kegunaan, daripada bangun pagi untuk mandi manda, sehinggalah kegiatan memasak, dan lain-lain yang memerlukan air.

Namun begitu, dalam pada kita bergembira dengan bekalan air bersih yang diterima di rumah kita, masih banyak kawasan yang menerima bekalan air di rumah, tetapi air tersebut tidak dirawat. Mereka hanya diberi kemudahan menerima bekalan air yang ditakung terus dari bukit atau mana-mana kawasan tadahan air., kemudian disalurkan ke rumah. Penduduk kawasan ini tetap membayar bil bekalan air seperti orang lain, tetapi kenapa mereka tidak menerima tahap kualiti air yang diterima oleh orang lain? Walaupun mungkin ada berkata, “Air kat rumah aku pun bukan bersih sangat walaupun duduk di Kuala Lumpur ini”, tetapi anda pasti akan bersyukur apabila pergi ke kawasan-kawasan ini, kerana ada masanya, anda tidak tergamak untuk menggunakan bekalan air yang disalurkan kerana berbau dan berwarna kotor.

Adakah kita hanya ingin melangkah maju ke hadapan tanpa menghiraukan penduduk-penduduk di kawasan ini? Bukanlah mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia. Perkara ini bukanlah untuk mengkritik pentadbiran kerajaan mahupun pembangkang, tetapi sekadar ingin berkongsi bahawa kemudahan yang kita kecapi saban hari bukanlah di kecapi oleh seluruh rakyat pelusuk negara. Masih ramai yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih ini. Seandainya perkara asas seperti ini kita tidak titik beratkan, bagaimana rakyat kita secara keseluruhan boleh maju kehadapan? Bagaimana ingin mendapatkan kesihatan yang cemerlang apabila bahan asas badan (Air) juga tidak dapat dibekalkan dengan baik.

Semoga kita semua bersama-sama berganding bahu untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemudahan dan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat-rakyat yang lain. Selamat hujung minggu semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
14 May 2011 09:16
6 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Fairulazmi 22 May 2011 at 13:38

    Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Barang senang dapat memang tak pandai bersyukur.. kalau Allah swt dah tarik balik nikmat ni baru nak sedar
    Fairulazmi menulis » Home Tuition- BM Standard 1 Kelana JayaMy Profile

  • zik 17 May 2011 at 1:43

    yang masih tak dapat saluran air pun kena ambil berat juga (masalah kewangan )…. mengenai masalah air yang kotor itu masih tak berapa pasti…
    zik menulis » Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

    • eizil 17 May 2011 at 21:31

      setuju sangat aa tuh bro… :) masih ada yang tak disediakan kemudahan untuk bekalan air bersih ini.

  • deCrewz 14 May 2011 at 18:47

    Hinggalah krisis air berlaku, rasanya barulah rakyat akan sedar semua ni..
    deCrewz menulis » Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

    • eizil 14 May 2011 at 21:52

      Ni bukan masalah rakyat bro, mungkin aku tersilap tulis… tapi ni masalah kemajuan yang meninggalkan mereka-mereka yang berada di bandar yang tidak terlalu besar.

  • wazy 14 May 2011 at 16:27

    Bekalan air begitu penting sekarang ni
    tetapi masih ada jugak yang suka membazir
    wazy menulis » Sofaz -Dan Bila EsokMy Profile