Cuti-cuti Malaysia : Puncak Gunung Jerai.

Cuti-cuti Malaysia : Puncak Gunung Jerai.

Assalamualaikum dan selamat hari selasa semua,

sudah hampir seminggu tidak menulis sebarang artikel di blog, bukan disebabkan tiada bahan untuk menulis, tetapi banyak menghabiskan masa bercuti dan melakukan aktiviti-aktiviti luar rumah. Justeru itu, tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti di atas talian. Tempoh hari aku berkunjung ke Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis pernikahan kawan baik semasa berada di sana dulu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selepas kenduri, cadangan asal untuk pulang terus ke Kelantan, tetapi disebabkan hari sebelumnya itu aku hanya tidur tiga jam, badan terasa letih untuk memandu pulang. Kami berjalan-jalan di sekitar Sungai Petani untuk mencari tempat penginapan, tetapi malangnya banyak hotel yang penuh, mungkin disebabkan musim cuti sekolah, dan banyak kenduri-kendara di serata kawasan.

Aku meneruskan perjalanan menghala ke Alor Setar, entah mengapa aku terasa ingin menuju ke sana, aku menggunakan jalan raya biasa kerana ingin melihat permandangan sekitar kawasan tersebut, memang jarang sekali aku berjalan-jalan di sekitar Kedah ini, semasa dalam perjalanan, aku ternampak sebuah papan tanda pusat peranginan yang berada di puncak Gunung Jerai, isteriku sempat bertanya di pusat informasi mengenai resort tersebut, kemudian kami meneruskan perjalanan. Kami bermalam di Alor Setar pada hari tersebut, dan keesokan harinya, aku bercadang untuk pergi melihat dan melawat puncak Gunung Jerai ini, kami tiba di kaki gunung jerai kira-kira pukul 1.15 petang. Setelah mendapatkan info mengenai masa untuk daftar masuk ke resort dan sebagainya, aku memulakan perjalanan mendaki Gunung Jerai dengan kereta, perjalanan sejauh 12km itu berliku-liku, banyak selekoh-selekoh sempit dan juga jalan yang sempit, anda perlu berhati-hati terutama jika pertama kali mendaki gunung ini. Aku mengambil masa hampir 20 minit sebelum tiba di kawasan resort tersebut.


Setiba di resort yang diberi nama Regency Jerai Hill Resort, aku terpegun dengan keindahan kawasan resort tersebut, semasa tiba di kawasan resort tersebut, keadaan persekitaran berkabus, terasa seperti berada di Cameron Highland, cuma bezanya, kawasan puncak jerai ini lebih indah. Aku dan isteri mengambil keputusan untuk menginap di pusat peranginan ini, boleh berbulan madu di kawasan yang indah, kadar bayaran bilik bermula dari RM240++ (harga belum termasuk service charge dan cukai kerajaan), kami mengambil bilik yang paling murah, tetapi kedudukan bilik tersebut menghadap lereng bukit yang mempunyai permandangan yang sangat indah. Anda boleh melihat pulau, lautan, pantai, dan bendang-bendang sawah padi yang terbentang hijau di kaki gunung Jerai itu. Permandangan yang sangat indah, walaupun pada mulanya, keadaan agak berkabus dan hanya sedikit sahaja yang kelihatan.

Terus terang aku katakan, permandangan di sekitar resort ini amat cantik, anda pasti akan berasa tenang semasa berada di sini, walaupun berada di puncah Gunung Jerai, resort ini menyediakan kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tetapi pada hari aku berada di sini, liputan WiFi nya seperti agak bermasalah, aku tidak dapat membuat beberapa perkara yang sepatutnya aku lakukan, tetapi ia memberikan aku peluang untuk menikmati percutian di sini. Pada petang hari, aku dan isteri menyewa sebuah buggy untuk sesi joy ride di sekitar kawasan resort dan kawasan gunung Jerai, joy ride ini hanya berharga RM15, seorang pemandu akan membawa anda sekitar resort dan menerangkan pelbagai perkara mengenai perancangan dan perkara-perkara berkaitan resort tersebut. Selepas selesai berjalan-jalan sekitar resort, kami di bawah pula mendaki gunung Jerai ke kawasan yang seterusnya menaiki buggy tersebut.

Kami singgah di telaga tok sheikh, tok sheikh ini merupakan pendakwah yang mengislam sultan kedah suatu masa dahulu, telaga ini dikatakan mempunyai kandungan kristal yang tinggi, walaupun tidak setinggi air zam-zam, dan disebabkan ianya mengalir di celah akar-akar kayu, airnya di percayai mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Kelihatan beberapa orang sedang mandi manda di kawasan telaga ini, kami meneruskan pendakian dan bertemu dengan bekas bangunan tentera british yang digunakan semasa zaman penjajahan british suatu masa dahulu. Bangunan yang telah bertukar kegunaannya untuk menanam cendawan Shitake ini kelihatan masih teguh berdiri di tapaknya. Kemudian kami berhenti sebentar di sebuah simpang yang menuju ke sebuah batu yang seakan-akan bentuk kapal, batu yang dikatakan menyerupai kapal pada zaman pemerintahan Merong Mahawangsa. Disebabkan kami perlu berjalan agak jauh ke dalam, kami tidak pergi ke kawasan batu tersebut. Perjalanan kami tamat apabila tiba di Padang Tok Sheikh & Batu Shaff. Menurut pemandu buggy kami, Padang ini dipercayai bekas tapak masjid tok sheikh, dan batu shaff itu adalah batu semulajadi yang mempunyai jalur-jalur seakan-akan shaff. Ramai yang pergi ke kawasan ini untuk bertapa dan pelbagai lagi.

Padang Tok Sheikh ini adalah kawasan tertinggi yang boleh dijelajahi oleh orang ramai, walaupun Gunung Jerai ini masih belum sampai ke puncak sebenarnya, ini adalah disebabkan, di atas puncak gunung Jerai ini adalah markah tentera yang mengawal pelbagai perkara termasuk bahagian penyiaran. Anda akan dapat melihat kawasan larangan semasa berada di jalan masuk Padang Tok Sheikh ini. Setelah itu kami turun semula ke kawasan resort, ramai juga keluarga yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sini, tidak kurang juga yang berjogging, berkayuh basikal mendaki gunung Jerai. Sememangnya mengagumkan melihat aktiviti-aktiviti riadah yang dilakukan oleh masyarakat setempat.

Pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh pihak resort, anda boleh pergi melawat pulau-pulau berhampiran, atau mengikuti ekspedisi meredah hutan, mahupun bermain Paint Ball di kawasan hutan sekitar resort. Pastinya percutian anda lebih bermakna di sini, aku tidak membawa sebarang pakaian yang sesuatu untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, terpaksa melupakan hasrat, mungkin akan datang sekiranya berpeluang untuk pergi ke sini lagi, aku akan cuba pelbagai aktiviti yang disediakan. Kawasan resort ini dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah, tetapi diuruskan oleh pihak Regency. Banyak lagi pembangunan yang sedang dilakukan disekitar resort, semuanya demi memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Sekiranya anda mencari tempat untuk berbulan madu, mahupun sekadar untuk menenangkan fikiran, ini adalah satu lagi tempat peranginan yang aku syorkan kepada semua. Anda pasti berpuas hati dengan kawasan puncak gunung Jerai ini.

Banyak lagi gambar yang telah aku ambil semasa berada di sana, anda boleh melihat melalui slideshow di bawah.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
07 June 2011 15:19
40 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • samdaddycool 13 November 2012 at 9:39

    Kena masuk dalam senarai whishlist ni..
    samdaddycool menulis » Shout awards ? Apa tu ?My Profile

  • norzila bt hashim 11 November 2012 at 11:32

    dah plan nk pegi gunung jerai..xsabar rasanya..

  • Hafizul 28 September 2012 at 23:06

    Hehe..teringin nak ke sini..tapi kena kumpul modal dulu la..
    Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh SouqMy Profile

  • rose 24 May 2012 at 11:38

    Kg sendiri- Sg kunyit gurun..Mmg rumah mak tepi sungai dr Gunung Jerai nilah Dulu best air bersih sejuk tapi la ni banyak perumahan yg mencemar alam sekitar..
    Ni cuti sekolah nak bawa anak2 naik gunung jerai..sbb diri sendiri pun x pernah naik lagi hehehe. Dri KL balik kg niat nak bawa mak ayah sekali dgn adik2 semua..Baru happening..

  • Haniff 29 March 2012 at 14:49

    Just nak tanye, boleh ke nek atas tu pakai kete sendiri? Teringin plak nak gi bile tgk gambar2 kat atas tue.

    • eizil 29 March 2012 at 14:49

      boleh naik ke atas menggunakan kereta sendiri, memang ada jalan disediakan.

  • Azhar 6 March 2012 at 16:54

    Boleh ke daki gunung jerai ni dengan hanya berjalan kaki? atau memang kena naik kenderaan?

    • eizil 6 March 2012 at 19:02

      Kalau larat, memang boleh nak daki dengan berjalan kaki, rasanya memang ada juga laluan hiking yang boleh digunakan.

  • SHIDA 29 February 2012 at 11:11

    Pemandangannya sgt cantik…sejuk dan nyaman sekali…utk hilangkan stress tempat ini amat sesuai sekali….balik Kedah saya pasti akan ke sana…jom !

  • mutalib 22 January 2012 at 21:10

    Saya bercadang bawa keluarga ke Alor Setar, tapi singgah sekejap ke Gunung Jerai ( bila teringat blog bro eizil) . Apabila melihat pemandangan dan suasana, langsung saya check-in… TQ Mr Eizil.

    • eizil 25 January 2012 at 7:00

      Wah, sampai terus check-in ya, best kan pemandangan di atas tu, menenangkan fikiran.

  • hanim 18 January 2012 at 23:20

    sy nak pegi minggu depan… Tp risau tgk jalan sempit n dgr nya selekoh tajam macam v…. Risau pulak nak naik dgn kereta.. Boleh selisih ker kereta? Klu tak brani ingat nak naik van atau jeep berbayar jer… Ada ker?. Selamat ke kereta tinggal kat kakibukit?

    • eizil 19 January 2012 at 4:28

      Kalau tak pandu sendiri ke atas tu, boleh juga naik kenderaan hotel, tapi memandu ke puncak jerai tu bagi saya tak merbahaya jika dibandingkan dengan jalan ke ladang teh boh di cameron… :D jalan cukup selesa. Kalau tinggal di kaki bukit, saya tak berani nak komen, sebab saya memang memandu naik ke atas. :D

  • ariffin mat hashim 10 January 2012 at 12:37

    Saya dan sebahagian dari famili dah menginap 3 hari 2 malam.Sunggguh memuaskan. Suasana cuaca yg sejuk nyaman.Infrastruktur serta olahan taman taman yg ada kelainan(cantik).Staff resepsi,restoran yang mesra,walaupun ada juga yg “kurang mesra alam” biasalah manusia bukan robot.Saya akan kembali lagi insy’Allah.Tahniah kepada pengusaha The Regent.

  • azu 5 January 2012 at 17:17

    boleh naik dgn kete sendiri ke klu nk naik puncak g.jerai ni?

    • eizil 5 January 2012 at 18:37

      yup boleh naik dengan kereta, jalan elok untuk mendaki ke atas tu… :)

  • NOOR AIZA BT JOHAN 15 December 2011 at 15:58

    Hai Eizil. Thanks for the info. Saya ada travel company dan kebetulan baru semalam saya pergi buat survey tempat untuk pakej tanah tinggi. Saya setuju udara dan keaadaan disana sangat nyaman. Rasa nak tinggal kat sana.
    Kalau Eizil nak gi sabah boleh hubunbgi saya. Dan saya minta izin boleh kah saya copy gambar Gunung Jerai masuk kat blog saya dengan tujuan untuk promosi dan saya juga perlu kan seorang programmer. Terima Kasih.

    • eizil 15 December 2011 at 16:03

      Hai Noor Aiza,

      Di persilakan untuk gunakan gambar tersebut, tetapi di harap jangan hotlinking terus dari blog saya ni, kalau Noor perlukan khidmat programmer, boleh hubungi saya menggunakan borang pada halaman Hubungi Saya.

  • ila 19 September 2011 at 21:25

    Pnah daki Gunung Jerai tahun 1996 pas abis SPM..daki amik masa 4 jam utk smpai ke tempat camping di puncak..penat..tp mmg best sbb pmandangan dia mmg cntik..

  • Fong Wai Chee 23 August 2011 at 12:53

    Bolehkah kami pelajar maktab MPsyah Sg. Petani dari Sabah dan Sarawak bersama seorang guru sekolah sains Bukit Mertajam pada masa Raya Aidilfitri ini iaitu 30 Ogos hingga 2 September bercuti di Gunung Jerai? Berapa bayarannya?

    • eizil 23 August 2011 at 20:32

      Hi Fong Wai Chee, saya mohon maaf, kerana saya tidak pasti jika rombongan sekolah, berapa bayaran yang akan dikenakan, mungkin Fong boleh hubungi pihak resort sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Mahadzir 23 June 2011 at 15:55

    Ramai yang minat bercuti termasuk saya, cara yang berkesan menghilangkan stress

  • aimannajmy 15 June 2011 at 3:41

    hehe dekat ja gunung jerai dengan umah aku, 10 minit smpai hehe

    • eizil 15 June 2011 at 7:19

      Owhh… 10 minit jer, memang dekat sangat tuh, bro biasa ke ke Gunung Jerai ni?

  • Kujie 12 June 2011 at 19:00

    Kak Jie sekolah kat Sek Men Gurun, di kaki Gunung Jerai… dari rumah boleh nampak view…kat belakang sekolah selalu buat jungle tracking ke satu air terjun di kaki gunung…owh..kenangan!

    • eizil 15 June 2011 at 7:13

      Owhhh, kak jie memang asal dari sana ke yer? Saya tak sempat nak merasa air terjun di sekitar gunung Jerai ni, sebab kesuntukan masa… :D

  • afzal laidin 10 June 2011 at 8:03

    dah pergi jugak awal tahun ahri tu. Memang best pemandangan dari atas. Walaupun dekat je dgn kampung kat Yan, bar first time naik. Between, ada lagu rock kapak berkaitan gunung jerai ni.
    afzal laidin menulis » Cara Fikir dan Sikap Strategis Individu CemerlangMy Profile

    • eizil 15 June 2011 at 7:06

      best kan permandangan dia, lagu rock kapak berkaitan gunung jerai? lagu dari kumpulan siapa yer?

  • titan 9 June 2011 at 7:54

    tak nak try naik gunung kinabalu?

    • eizil 9 June 2011 at 21:25

      belum ada kesempatan lagi… memang teringin gak nak ke sabah… :)

  • Jai 8 June 2011 at 21:14

    Macam menarik je view kat situ.. Pernah lalu tapi x pernah naik..he3
    Jai menulis » Maharaja Lawak Minggu Ke 11 Serbu Nak Dapatkan Pas Masuk PercumaMy Profile

    • eizil 9 June 2011 at 21:24

      memang menarik bro, kalau ada kesempatan, lerh aa try naik plaks… :)

  • yas 8 June 2011 at 2:25

    Aku x penah sampai lagi kt gunung jerai tu..x sangka view kt situ cun jugak…err resort kat situ mmg satu tu je la ye bro?
    yas menulis » Video azan didalam gerejaMy Profile

    • eizil 8 June 2011 at 13:10

      Aah bro, atas tuh ada satu jer resort… :) kalau tak nak menginap pun takper, boleh pergi jalan-jalan jer kat atas tuh… :)

  • iza 7 June 2011 at 21:55

    Assalam…
    Wah, Gunung Jerai….walaupun tempat sendiri, tak pernah lagi naik sampai ke atas sana. Sekadar jejak tangga kenari 1000 tahun je, tu pun sekerat jalan…penat ooo…
    iza menulis » Percutian TerakhirMy Profile

    • eizil 8 June 2011 at 13:09

      Wassalam,

      Ruginya kalau dah kat tempat sendiri tapi tak gi, nanti iza try aa gi naik Gunung Jerai tuh, memang menarik. Tangga kenari 1000 tahun tuh kat mana yer?

      • iza 8 June 2011 at 13:54

        Tangga kenari tu kena naik melalui Titi Hayun dekat Yan. Tangga tu menghubungkan titi hayun ke gunung jerai.
        Dulu pernah kena orientasi panjat gunung jerai masa upper six tp melarikan diri..haha…
        iza menulis » Percutian TerakhirMy Profile

        • eizil 8 June 2011 at 16:48

          Owhh okay, nanti kalau ada kesempatan ke Yan, nak kena melawat Tangga kenari pulak nampaknya… boleh plaks melarikan diri yer… hehehe… :D