Cinta di Depan Surau

Assalamualaikum dan selamat petang,

sudah lama tidak berkesempatan untuk menulis di ruangan ini, sejak selesai majlis SBB2014, ada banyak urusan outstation yang perlu diselesaikan. Minggu lepas sempat menyertai kembara ke Makassar bersama rombongan DPIM. Sepanjang 5 hari di sana, memang banyak perkara menarik yang dialami. InsyaALLAH akan dikongsikan dalam artikel berbeza.

Kali ini sekadar ingin berkongsikan kisah seorang sahabat yang bertemu dengan cinta hatinya di surau. Perkara yang berlaku tanpa sedar (atau mungkin juga dengan sedar) telah membuahkan bibit-bibit cinta yang akhirnya, alhamdulillah telah berakhir di jinjang pelamin.

love stories1 Cinta di Depan Surau

Sekadar gambar hiasan

Aku tertarik dengan kisah ini, kerana jarang-jarang surau digunakan untuk mencari cinta. Namun semua ini mungkin telah menjadi aturan kehidupan untuk beliau, bertemu pasangan hidup di tempat yang baik. Mungkin ada juga yang akan memberi komen yang berunsur negatif, harap boleh simpan elok-elok komen tu dalam hati sendiri. Tak perlu diluahkan di sini, kerana kita semua hanyalah insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Aku dan isteri juga bertemu di ruangan yang tidak disangka-sangka, benarlah jodoh pertemuan itu ketentuan Ilahi. Kita boleh berusaha untuk mendapatkan pasangan dengan menambah baik peribadi diri, menjaga amalan hidup dan perkara berkaitan. Itu antara usaha-usaha yang akan menjuruskan kepada pasangan hidup yang sekufu dengan kita.

Bila teringat kisah bersama isteri sepanjang perkenalan dan perhubungan sebagai suami isteri, memang banyak kisah pahit manis yang dilalui bersama. Syukur alhamdulillah dikurniakan pasangan hidup yang sangat memahami, sanggup berkorban dan sama-sama mengharungi susah senang kehidupan. Berjuta kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, semoga perhubungan kami ini diberkati dan dipelihara insyaALLAH.

Kepada semua pasangan di luar sana, hargailah pasangan anda, tidak kira bagaimana saat pertemuan itu bermula, sama ada di surau, masjid, sekolah, pasar atau di mana jua. Semoga anda dan pasangan berbahagia selamanya.


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.