Canon MP258

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apa khabar semua hari minggu ni? Aku doakan semoga semua sihat-sihat sejahtera hendaknya. Selama 2 hari tak dapat nak online sebelum ni, disebabkan ada urusan di kemaman dan kuantan. Harini dapat online seperti biasa kembali, banyak betul kerja-kerja yang perlu diuruskan selama 2 hari tak online. Harini aku sekadar nak berkongsi satu gadget yang aku baru tambah dalam studio aku ni. Printer photo all in one, canon MP258. Sebelum ni aku pernah ada printer all in one lexmark. Tapi printer tu cartridge dia mahal sangat, nak maintain jenuh. Aku dah tinggalkan printer tu kat rumah aku dulu, sesaper yang nak ambil tu, silalah ambil.

Print Canon MP258 ni macam aku beli sebab kadangkala nak kena print ticket online, nak kena scan dokumen la dan pelbagai lagi. Selama takder printer ni, aku biasanya gi Cyber Cafe yang ada scanner n printer untuk mencapai tujuan tersebut. Kalau asik gi Cyber Cafe semata-mata untuk selesaikan kerja-kerja camni, aku rasa macam tak berbaloi, duit minyak, masa, tenaga bila di campur, akan dah mampu untuk beli sebuah printer. So aku pun gi aa cari printer kat kedai. Cari punya cari, dalam fikiran aku ada 2 tujuan jer, harga printer kena murah, dan harga untuk refill dakwat pun kena murah gak.

Lepas dah usha2 sana sini, tu yang terbeli Canon MP258 ni, walaupun harga cartridge dia tu macam mahal gak, tapi printer ni boleh ditambah tangki dakwat(ink tank). So boleh refill dakwat masuk dalam tank tu jer. Dakwat refill tu lebih murah daripada beli cartridge baru. So memang berbaloi gak aa untuk jangka masa panjang. Tapi printer aku ni belum di tambah lagi tangki dakwat tu, sebab aritu aku gi beli kedai dah nak tutup, nantilah aku bawa balik printer aku ni untuk pasang tangki dakwat. Harapnya tangki dakwat ni boleh berfungsi dengan sebaiknya.

Selamat hujung minggu semua… :)

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    ini dah nk masuk tahun ke2 guna printer ni..perit jugala…pakai ciss pun nk kna byk kuar duit juga repair….last2 dh jupe kedai yg tahu repair..dia siap ajar cara kalau ink hitam xkuar…masa tu duk kt johor.pastu..dah pindah ke Pahang ni..dekat2 dgn bahau ni…wujud pulak e03 yg tak tahu nk kobek2 mcm mana dah..tgk panduan internet pun xjalan juga…kna antor kedai…xmahir lg e03 ni..reset2 pun ntah apa la masalah dia..bongok..xnk bli dah canon….canon ni dia ada kapas..tu kalau absorber penuh nk kna reset balik.. nak usha brother pula..tp tetap nk repair..skurang2 kalau ada dua…boleh back up kalau urgent

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.