Buffet makan malam Prince Hotel

Assalamualaikum dan selamat pagi,

harini bermula kursus 3 hari bersama Terence mempelajari ilmu menjalankan aktiviti Affiliate yang sebenar. Kursus yang akan diadakan di G Tower ini akan menerangkan bagaimana langkah demi langkah dan semua tools yang akan digunakan untuk menjana pendapatan melalui Sistem Affiliate. Semoga semuanya akan dipermudahkan.


Pada hari Rabu tempoh hari, aku dijemput untuk meraikan Hari Ulangtahun perkahwinan oleh seorang sahabat, merangkap mentor, penasihat, rakan niaga dan rakan blogger. Majlis makan malam tersebut diadakan di Prince Hotel, hanya majlis kecil bersama rakan-rakan beliau pada malam itu.

Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke Prince Hotel ini. Pandang pertama seperti mana hotel-hotel mewah yang lain, hiasan dalaman yang simple tapi tampak eklusif. Aku lupa nak tengok nama restoran di mana buffet makan malam itu disediakan. Nak kena check semula nampaknya nanti.

Betik dan buah naga sebagai pembuka selera

Buah-buahan segar menjadi pilihan pembuka selera

Kebiasaannya apabila aku pergi ke restoran yang baru untuk menikmati hidangan buffet mereka, aku akan terlebih dahulu membuat pusingan untuk meninjau semua pilihan makanan yang tersedia. Semasa di Prince Hotel juga rutin ini aku lakukan, setelah mengenalpasti apa hidangan yang boleh dipilih, aku memulakan dengan buah-buahan segar yang terhidang di sana.

Pilihan buffet makanan yang menarik

Seterusnya aku mengambil nasi briyani, roti naan, kuah dhal, daging kurma dan ayam bakar sebagai hidangan utama. Sememangnya sekiranya menikmati hidangan buffet seperti ini, aku hanya mengambil kuantiti yang sedikit untuk setiap makanan pilihan. Ini untuk memberi ruang, agar aku boleh merasa makanan yang lain juga.

Kebiasaannya orang akan mengelak daripada makanan berat seperti roti dan nasi ini, tapi disebabkan aku telah mengetahui apa yang ingin dimakan malam itu, berdasarkan survey awal tadi. Pilihan ini sedang elok untuk kapasiti pemakanan aku. :D

Hidangan kambing, smoked salmon dan sushi yang enak

Smoked salmon, sashimi dan sushi yang lazat.

Selepas selesai hidangan utama, aku berehat sambil berbual-bual dengan rakan-rakan yang hadir. Hidangan seterusnya aku memilih untuk mencuba hidangan daging kambing bakar yang dihiris nipis, smoked salmon, sushi dan sashimi. Aku memang berpuas hati dengan pilihan aku kali ini, memang enak hidangan yang disediakan.

Akhir sekali aku mencuci mulut dengan sedikit kuih-muih dan aiskrim vanilla dan strawberri. Aku terlupa nak ambil gambar yang ni. Mungkin sebab dah kekenyangan, otak dah malas hendak berfikir untuk mengambil gambar. Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan kualiti makanan di sini, cuma mungkin jumlah pilihan makanan tidak sebanyak jika dibandingkan dengan restoran di hotel-hotel yang lain.

Restoran Prince Hotel
Review oleh Eizil pada .
Rating: 4.0

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.