Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.
Assalamualaikum dan selamat pagi petang semua,
mungkin ada yang sudah ternanti-nanti pengumuman ini, terlebih dahulu ribuan maaf kerana kesihatan kurang memuaskan sebelum ini untuk buat pengumuman lebih awal, namun usah digusar, apa yang dijanji telah tiba, contest besar-besaran pertama kali diadakan di Eizil.com di bawah pengurusan Eizil Network. Memang banyak tujuan kenapa aku mengadakan pertandingan kali ini, antaranya adalah ingin berkenalan dengan para blogger dalam mahupun luar negara. Semoga dengan aktiviti ini, akan dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Di samping itu, ada beberapa lagi tujuan yang aku akan kongsikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Aktiviti kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori, ada yang khusus untuk mereka yang mempunyai laman sesawang ataupun blog, dan ada pula untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang atau blog. Ini untuk membolehkan sesiapa sahaja berpeluang untuk memenangi sesuatu dalam aktiviti yang dianjurkan kali ini. Ini adalah pertama kali aku mengadakan aktiviti seperti ini, suka ataupun tidak, mungkin ada kekurangan dalam perjalan aktiviti ini, aku mohon maaf terlebih dahulu, walaupun pelbagai persiapan telah aku rancang demi kelancaran aktiviti ini. Panjang pula mukadimah artikel kali ini, mari kita lihat kategori-kategori yang boleh anda sertai.
Kategori Penulis Pendapat Terbanyak
Seperti yang sedia maklum, anda boleh berkongsi pendapat di ruangan akhir artikel, untuk kategori ini, sesiapa yang menjadi penyumbang pendapat atau komen terbanyak akan diberikan hadiah. Sudah lama sebenarnya ingin menyediakan hadiah untuk ruangan ini, tetapi tidak pernah berkesempatan. Bermula dari aktiviti ini, setiap bulan aku akan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada penyumbang pendapat terbanyak. Bagi permulaan, penyumbang pendapat terbanyak akan menerima:
- Penulis pendapat terbanyak akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan.
Kategori Penulis Pendapat Terbaik
Seterusnya, ini untuk mereka yang tidak gemar untuk menulis banyak-banyak pendapat, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi pendapat yang bernas dan jitu, untuk memenangi kategori ini, anda hanya perlu berkongsi pendapat yang berkait dengan artikel yang ditulis, dengan penerangan dan cara penulisan yang baik. Kesalahan bahasa juga dititikberatkan di sini untuk mengelakkan ejaan yang tidak baik digunakan dalam proses penulisan pendapat yang baik. Anda bebas untuk memilih cara penulisan, tetapi jika singkatan yang digunakan terlalu teruk, pastinya menjejaskan proses penilaian.
- Penulis pendapat terbaik akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan. Selain itu ada ganjaran tambahan jika penulis bersetuju dengan tawaran yang akan diberikan.
Seterusnya adalah kategori yang lebih memberi kelebihan kepada para blogger dalam atau luar negara. Kategori ini mempunyai hadiah yang lebih menarik jika dibandingkan dengan kategori terdahulu, dan pastinya ada tugasan yang menanti para peserta kategori ini.
Kategori Penulisan Terbaik
Usah khuatir dengan tajuk kategori ini, penulisan di sini bermaksud artikel yang anda akan tulis di blog anda, ada beberapa tugasan yang akan diberikan secara berperingkat, ini adalah setanding dengan tujuan akviti ini di buat. Beberapa tugasan atau aktiviti ini akan diumumkan secara berperingkat dalam artikel-artikel akan datang. Jadi anda perlu kekal aktif di eizil.com untuk memastikan anda tidak ketinggalan.
Tugasan pertama yang anda perlu tulis adalah “Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda” . Anda bebas untuk menggunakan gambar, video atau penulisan semata-mata, bahasa malaysia, english, jerman atau indonesia juga tiada masalah selagi aku faham. Apa yang penting, pengisian dalam itu perlulah lengkap. Sila gunakan ruangan di bawah ini untuk memasukkan pautan artikel anda itu, ianya akan terpapar secara automatik selepas anda masukkan. Sila pastikan anda memasukkan pautan dalam ruangan yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan di penghujung aktiviti ini.
Tarikh tutup untuk penghantaran tugasan pertama adalah pada 30 September 2012, penyertaan dilanjutkan sehingga tamat aktiviti ini iaitu 31 Oktober 2012.
Penyertaan artikel baru telah ditutup
Senarai Penyertaan tugasan pertama
Senarai ini dikemaskini secara automatik setiap 5 minit. Sila jangan ulang penghantaran berkali-kali.
- http://www.sukacuka.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog/
- http://duniainfodantips.blogspot.com/2012/09/tujuan-pertama-ngeblog.html
- http://papankekunci.com/2012/09/pengalaman-saya-sebagai-penulis-blog/
- http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/09/contest-eizil-kenapa-aku-menulis-blog.html
- http://roketmonster.com/tujuan-aku-menulis-di-blog-roketmonster-com/
- http://www.sensasi2020.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-dan-apakah.html
- http://pondokkecil.com/blog/pengalaman-membina-pondok-kecil/
- http://live.carnine9.net/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizil/
- http://www.azri.my/2012/09/sebab-kritikal-azri-johan-blogging.html
- http://hatiputera.com/pengalaman-blogging
- http://www.spudinpunya.com/2012/09/pengalaman-membawa-kejayaan.html
- http://budakfelda.com/buat-blog-kerana-duit.html
- http://mykeledek.com/sebab-dan-pengalaman-blogging/
- http://wanwidget.com/2012/09/sebab-dan-punca-utama-saya-menulis-di-blog/
- http://ibumifzal.com/mula-menulis-kerana-anak/
- http://www.ajumohit.com/contest-ga/dari-suka-suka-jadi-serius-pula.html
- http://bardboo.com/contest-giveaway/kenapa-saya-buat-blog
- http://miri4evernet.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizilcom.html
- http://yanmieonline.com/2012/09/dulu-suka-suka-sekarang-terlebih-suka/
- http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/09/buat-blog-pengalaman-bercerai.html
- http://fandyz-blog.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog.html
- http://mylifemyprimaryplan.blogspot.com/2012/09/blogkenapa-ia-wujud.html
- http://akubiomed.com/ada-apa-pada-blogging/
- http://naziman.com/blogging/contest-giveaway/tujuan-blogging-pengalaman-blogger/
- http://daddydee.net/2012/09/menulis-untuk-berkongsi/
- http://hairulazni.my/aktiviti-blog/saya-seorang-yang-sangat-suka-menulis-di-blog
- http://wanzawawi.com/2012/09/bermulanya-kisah-seorang-blogger/
- http://jebengotai.com/jebengotai-com-bagaimana-ianya-bermula/
- http://lilynrman.com/blog/silly-lily-a-new-girl-in-blogtown/
- http://www.akmaomar.com/pengalaman-mula-menulis-blog/
- http://topotato.com/2012/09/5-tahun-perjalanan-hidup-sebagai-seorang-penulis-blog-episod-1/
- http://affanruslan.com/kenapa-saya-tulis-blog/
- http://cahayacinta.com/contesttag/tersingkaplah-gerbang-cahayacinta-com.html
- http://aziewan.com/mengapa-dan-kenapa-ku-terjerat-perjalanan-meniti-mencari-sesuatu/
- http://www.namiacinta.com/2012/09/suka-duka-penulis-blog-picisan.html
- http://leedonghwanoeyda.blogspot.com/
- http://didikasi.com/?p=5339
- http://zulseffort.com/tujuan-sebenarnya-lain-hasilnya-pula-lain/
- http://ligakampung.com/blog/sebab-menulis-blog-dan-pengalaman-seorang-blogger-picisan/
- http://studioaksara.com/blogging-biar-sampai-mati
- http://nosaka-ila.blogspot.com/2012/09/8-tahun-yang-lalu.html
- http://syaisya.com/2012/09/aku-syaisya-dan-blog.html
- http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/10/cara-nur-buat-blog-earning.html
- http://blog.amirez.com/bagaimana-amirez-mendapat-nama/
- http://blogsyarih.com/bermulanya-blogsyarih-com
- http://bloggertheory.blogspot.com/2012/10/masihkah-kau-ingat-part-1.html
- http://mohamadfaiz.com/blog/eizels-contest/
- http://earncent.com/blog/2012/10/22/kenapa-awak-suka-tulis-blog/
Pemarkahan akan dibuat oleh Eizil.com, dan terdapat beberapa markah bonus yang anda boleh dapatkan dengan memasang badge aktiviti ini, dan juga banner yang disediakan di ruangan di bawah. Setiap badge atau banner mempunyai bilangan markah bonus yang berbeza-beza, anda dibenarkan untuk memasang kesemuanya sekali jika anda mahukan. Anda dimestikan memasang sekurang-kurangnya satu badge dalam artikel yang ditulis oleh anda.
Kepada yang sudah menyelesaikan tugasan pertama, sila ke pautan berikut untuk tugasan yang kedua Perancangan dan impian yang ingin dicapai dan pautan berikut untuk tugasan yang ketiga dan terakhir Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir
Seterusnya mari kita lihat apakah hadiah yang akan ditawarkan.
- Tempat pertama akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM2500 dan pengurusan laman blog anda selama 3 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM1000, perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- Tempat kedua akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM1500 dan pengurusan laman blog anda selama 1 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM350, perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- Tempat ketiga akan menerima domain dan hosting percuma (jika anda masih tidak mempunyai domain atau hosting bernilai kira-kira RM185) dan/atau perkhidmatan selenggara keselamatan untuk platform WordPress (self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- tujuh hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta kategori ini.
Beberapa peserta juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, ini akan diadakan pada penghujung aktiviti ini, peserta perlu melengkapkan semua tugasan dalam tempoh aktiviti ini dijalankan dan akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Hadiah berupa latihan online mengenai topik-topik berkaitan laman sesawang akan diberikan, selain hadiah-hadiah misteri yang akan diberitahu kelak.
Kategori Referal/Backlinks Terbanyak
Setiap pautan yang merujuk kepada eizil.com akan dikira dan pemantauan akan diselia menggunakan beberapa peralatan yang telah disediakan. Pada penghujung aktiviti ini, laman sesawang atau blog yang paling banyak memberi pautan kepada Eizil.com akan diumumkan sebagai pemenang. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut
- Tempat pertama akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 3bulan yang bernilai kira-kira RM1000 dan perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
- Tempat kedua akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 1bulan yang bernilai kira-kira RM350 dan perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
- tiga hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang terlibat.
Bahan-bahan seperti banner dan badge boleh anda perolehi di penghujung artikel ini.
Bahan-bahan untuk penyertaan pertandingan
Badge (mesti dimasukkan di setiap entri/artikel yang ditulis), anda boleh pilih warna yang anda gemari.
Web ribbon (paparan di bucu atas kanan/kiri laman web anda), lihat contoh pada bucu artikel ini. Anda boleh pilih warna yang anda gemari
Banner pelbagai saiz.
Penafian
Aktiviti ini diadakan oleh pihak Eizil Network tanpa sebarang waranti, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pengguna atas talian, namun begitu sekiranya pihak anda mengalami sebarang kesulitan semasa menyertai aktiviti ini, pihak Eizil Network tidak akan bertanggungjawab atas kesulitan tersebut. Semua bahan-bahan promosi untuk aktiviti ini dihost atas platform amazon s3 untuk memudahkan peserta menggunakannya tanpa sebarang masalah bandwidth atau seumpamanya. Semua keputusan pemenang adalah muktamad, ianya akan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah dirancang untuk aktiviti ini. Penyertaan anda akan diterima hanya jika anda mengikuti semua arahan atau tugasan yang telah diberikan. Pihak Eizil Network ada menggunakan cookies dan beberapa peralatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan ini, dengan penyertaan anda, anda bersetuju dan membenarkan Eizil Network membuat pemantauan.Penafian ini akan dipinda dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.














Sudah 10 blogger yang join kategori Penulisan Terbaik…
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Dari 10 itu kelihatannya hanya baru saya yang dari Indonesia…
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Moga ada sahabat blogger lain dari Indonesia yang segera join
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
bang dadan perlu ajak rakan-rakan indonesia yang lain agar join…
pasti lebih meriah…
hehehe….udah dicoba tuh bro, katanya sih ada yang mau ikutan…
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
tidak mengapa bang dadan…
dah ada yang sudi sertai sekarang pun sudah cukup bagus… terima kasih
saya boleh masuk lagi ? saya nak masuk …hehe..nak fikir ayat dulu ..
syaifuddin alias menulis » Pembaharuan Minda
dipersilakan bro… selamat memikirkan ayat yang sesuai…
Blog eizil banyak entrinya,
Pelbagai cerita boleh dikongsi,
Siapa nak terjah bila-bila masa boleh saja,
Apa-apa cadangan boleh disertai.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Dari Kuala Lumpur terbang ke Bali,
Hendak membuat lawatan sambil bekerja,
Eizil membuat contest buat pertama kali,
Ada masa bolehlah turut serta.
Tahniah..semakin ramai yang sertai..
Saya?..masih lagi berfikir2..
Entah sempat ke tidak..
jangan fikir lama-lama bro…
insyaALLAH sempat jer tu nak sertai…
eizil…saya dah join. valid tak penyertaan saya itu.
hatiputera menulis » Pelan YES 4G
Salam Eizil, Tq adakan contest nih
wassalam, terima kasih kembali…
Salam bro Eizil..saya ada hantar message melalui borang contact..mintak tolong review ye..
Wassalam, maaf saya outstation beberapa hari ni, nanti saya reply ya…
Eizil..utk pengomen terbanyak tu untuk entri tertentu saje ke ? utk kepastian…
anjangman menulis » 404 error: The page you are looking for can’t be found.
rasanya pengomen terbanyak merangkumi semua artikel kat blog nie kot.
hatiputera menulis » Pembukaan rasmi Legoland Malaysia di Johor
pengomen terbanyak tu tak kisah entri mana, yang penting dalam tempoh aktiviti ini dijalankan
Ok bro Eizil..dah faham dah..pas ni lepak lama sikit kat blog eizil..he..he..
anjangman menulis » 404 error: The page you are looking for can’t be found.
lepak lama banyak pun okay… hehehe…
owh yaka, kalau macam t
Juan menulis » Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
kalau mcm tu boleh lah saya komen dientry yg lain
Juan menulis » Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
sampai bila aktiviti pengomen terbanyak nie.
hatiputera menulis » wordless wednesday – Pulau Pisang
untuk contest kali ni, pengomen terbanyak akan dikira pada penghujung oktober, tapi bulan-bulan seterusnya tu bergantung kepada sambutan…
mungkin juga akan diteruskan dengan hadiah berbeza-beza.
dah masuk dalam list.entri berjaya disiapkan tak sampai 15 minit.hehe
Daddy Monster menulis » Tujuan aku menulis di blog roketmonster.com
terima kasih kerana menyertai, nantikan tugasan seterusnya pula…
wah sangat pantas bro menyiapkan tugasan, terbaik lah
Juan menulis » Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
wahh memang laju betul daddy siapkan tugasan.semoga berjaya.
hatiputera menulis » wordless wednesday – Pulau Pisang
wow manrik hadiahnya..insyaallh akan join
Sara menulis » Download Filem Seram Sejuk
wah… makin ramai join…. tak leh jadi nie….
Manan Qayyim menulis » Menangkis Penghinaan Terhadap Rasulullah – Isu Video Innocence Of Muslim.
Jom cepat-cepat join. Hadiah sungguh menarik.
hatiputera menulis » Pengalaman Blogging
Sangat menarikl bro ! InsyaAllah akan turut serta
ProfHariz menulis » Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia
dah hantar penyertaan, hope diterima ye
Terima kasih
azriMy menulis » Sebab Kritikal Azri Johan Blogging
Semoga berjaya bisa dapatkan hadiahnya bro…
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Akhirnya setelah berpenat lelah 2 malam, siap juga entri aku untuk tugasan pertama ni..Alhamdulillah…
Hafizul menulis » Pengalaman Membina Pondok Kecil
Wahh..bro PK pun join. Semoga berjaya dengan tugasan pertama bro.
hatiputera menulis » Carta Kedudukan Pasukan Piala Malaysia 2012
tahniah bro… tak sempat lagi nak baca entri yang sebab dua hari ni banyak ada di jalanan, tak sempat nak online…
[...] beliau ada buat giveaway berkenaan dengan penulis pendapat terbanyak setiap bulan. Seperti saudara Eizil sedang lakukan di blog beliau sekarang ini. Mungkin rezeki aku di awal blogging, dapat hadiah [...]
ohhh jadi kira boleh lah join semua ye? okay noted
azriMy menulis » Projek Mersing Laguna di Johor Dibatalkan
haha, tau xpe… saya habiskan lebih 2 jam untuk fahami setiap ayat dalam post ni
alhamdulillah segalanya jelas
azriMy menulis » Melancong Ke Negara Kemboja Sambil Beribadah
hebat bro, pertama kali buat tapi hadiah dia memang gempak habis… saya anjurkan contest pertama hadiah cuma topup rm10 sahaja
azriMy menulis » Fakta Menarik Mengenai iPhone 5
hadiah paling menarik setakat ni, bagi orang yang mengetahuinya
azriMy menulis » Profil Ariff Shah – Blogger Hebat Malaysia
ohhh okay, jadi saya nak bertanya lah…
macam mana kalau nak join banyak2 kategori sekaligus… valid atau tidak ye?
azriMy menulis » Projek Mersing Laguna di Johor Dibatalkan
rasanya valid kot kalau join semua kategori.
hatiputera menulis » Spesifikasi iPhone 5
boleh sertai semua kategori sekali gus, tiada masalah…
betul, saya pun lagi usaha untuk sertai semua kategori…hehehe
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
wah, pertandingan ni sememangnya sangat menarik, tapi ada beberapa soalan penting nak tanya sebelum proceed join lah… boleh tak ye?
azriMy menulis » Profil Ariff Shah – Blogger Hebat Malaysia
Insya Allah boleh, saya juga banyak bertanya sebelum mengikutinya…
Dadan menulis » Info Lowongan Kerja PT Dirgantara Indonesia (Persero) 2012
Dan dijawab dengan jelas oleh bro Eizil
Dadan menulis » Info Lowongan Kerja PT Dirgantara Indonesia (Persero) 2012
tanya ja bro supaya x silap mana mana, lagipun tarikh tutup masih x diumumkan lagi
Juan menulis » Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
sangat menarik hadiahnya..
Ibu Mifzal Arsyad menulis » Kisah Rumah Kami Lagi
Makanya cepat-cepat ikutan bu…
Dadan menulis » Say No To Innocence of Muslim
memang menarik ibu terutama hadiah themes bernilai Lebih 2000 tu.
hatiputera menulis » Iphone 5 dilancarkan 12 September 2012?
betul, betul, betul hadiah itu yang sangat menarik hati tuh
Dadan menulis » Nasi Tutug Oncom Kuliner Khas Tasikmalaya
Baru ada 4 yang join kategori penulisan terbaik
Dadan menulis » Panggilan Mana Yang Sering Kita Penuhi?
Boleh pilih mana-mana kategori yang dirasakan sesuai.
hatiputera menulis » Dapat semula status glitterati dari nuffnang
Ni pertama kali singgah di blog Eizil. Salam perkenalan utk Eizil dan rakan2 yg lain. Hadiah contest sangat menarik. pasti ramai yg akan join nanti. Akupun teruja dengan kontest ini..mana tahu rezeki..dapatlah hadiah tu…
Salam kenal juga bro, memang menarik contest ini ada tiga kategori yang bisa kita ikuti sekaligus
Dadan menulis » Say No To Innocence of Muslim
Tq… jadi pengomen terbanyakpun ok bro..
anjangman menulis » Ikan Terubok Masin Sarawak
Salam perkenalan juga untuk anjangman.memang menarik hadiah contest. ada bermacam-macam kategori.
hatiputera menulis » Pengalaman Blogging
contest ni bagus untuk tingkatkan jenama Eizil
Juan menulis » Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog