Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.
Assalamualaikum dan selamat pagi petang semua,
mungkin ada yang sudah ternanti-nanti pengumuman ini, terlebih dahulu ribuan maaf kerana kesihatan kurang memuaskan sebelum ini untuk buat pengumuman lebih awal, namun usah digusar, apa yang dijanji telah tiba, contest besar-besaran pertama kali diadakan di Eizil.com di bawah pengurusan Eizil Network. Memang banyak tujuan kenapa aku mengadakan pertandingan kali ini, antaranya adalah ingin berkenalan dengan para blogger dalam mahupun luar negara. Semoga dengan aktiviti ini, akan dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Di samping itu, ada beberapa lagi tujuan yang aku akan kongsikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Aktiviti kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori, ada yang khusus untuk mereka yang mempunyai laman sesawang ataupun blog, dan ada pula untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang atau blog. Ini untuk membolehkan sesiapa sahaja berpeluang untuk memenangi sesuatu dalam aktiviti yang dianjurkan kali ini. Ini adalah pertama kali aku mengadakan aktiviti seperti ini, suka ataupun tidak, mungkin ada kekurangan dalam perjalan aktiviti ini, aku mohon maaf terlebih dahulu, walaupun pelbagai persiapan telah aku rancang demi kelancaran aktiviti ini. Panjang pula mukadimah artikel kali ini, mari kita lihat kategori-kategori yang boleh anda sertai.
Kategori Penulis Pendapat Terbanyak
Seperti yang sedia maklum, anda boleh berkongsi pendapat di ruangan akhir artikel, untuk kategori ini, sesiapa yang menjadi penyumbang pendapat atau komen terbanyak akan diberikan hadiah. Sudah lama sebenarnya ingin menyediakan hadiah untuk ruangan ini, tetapi tidak pernah berkesempatan. Bermula dari aktiviti ini, setiap bulan aku akan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada penyumbang pendapat terbanyak. Bagi permulaan, penyumbang pendapat terbanyak akan menerima:
- Penulis pendapat terbanyak akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan.
Kategori Penulis Pendapat Terbaik
Seterusnya, ini untuk mereka yang tidak gemar untuk menulis banyak-banyak pendapat, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi pendapat yang bernas dan jitu, untuk memenangi kategori ini, anda hanya perlu berkongsi pendapat yang berkait dengan artikel yang ditulis, dengan penerangan dan cara penulisan yang baik. Kesalahan bahasa juga dititikberatkan di sini untuk mengelakkan ejaan yang tidak baik digunakan dalam proses penulisan pendapat yang baik. Anda bebas untuk memilih cara penulisan, tetapi jika singkatan yang digunakan terlalu teruk, pastinya menjejaskan proses penilaian.
- Penulis pendapat terbaik akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan. Selain itu ada ganjaran tambahan jika penulis bersetuju dengan tawaran yang akan diberikan.
Seterusnya adalah kategori yang lebih memberi kelebihan kepada para blogger dalam atau luar negara. Kategori ini mempunyai hadiah yang lebih menarik jika dibandingkan dengan kategori terdahulu, dan pastinya ada tugasan yang menanti para peserta kategori ini.
Kategori Penulisan Terbaik
Usah khuatir dengan tajuk kategori ini, penulisan di sini bermaksud artikel yang anda akan tulis di blog anda, ada beberapa tugasan yang akan diberikan secara berperingkat, ini adalah setanding dengan tujuan akviti ini di buat. Beberapa tugasan atau aktiviti ini akan diumumkan secara berperingkat dalam artikel-artikel akan datang. Jadi anda perlu kekal aktif di eizil.com untuk memastikan anda tidak ketinggalan.
Tugasan pertama yang anda perlu tulis adalah “Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda” . Anda bebas untuk menggunakan gambar, video atau penulisan semata-mata, bahasa malaysia, english, jerman atau indonesia juga tiada masalah selagi aku faham. Apa yang penting, pengisian dalam itu perlulah lengkap. Sila gunakan ruangan di bawah ini untuk memasukkan pautan artikel anda itu, ianya akan terpapar secara automatik selepas anda masukkan. Sila pastikan anda memasukkan pautan dalam ruangan yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan di penghujung aktiviti ini.
Tarikh tutup untuk penghantaran tugasan pertama adalah pada 30 September 2012, penyertaan dilanjutkan sehingga tamat aktiviti ini iaitu 31 Oktober 2012.
Penyertaan artikel baru telah ditutup
Senarai Penyertaan tugasan pertama
Senarai ini dikemaskini secara automatik setiap 5 minit. Sila jangan ulang penghantaran berkali-kali.
- http://www.sukacuka.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog/
- http://duniainfodantips.blogspot.com/2012/09/tujuan-pertama-ngeblog.html
- http://papankekunci.com/2012/09/pengalaman-saya-sebagai-penulis-blog/
- http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/09/contest-eizil-kenapa-aku-menulis-blog.html
- http://roketmonster.com/tujuan-aku-menulis-di-blog-roketmonster-com/
- http://www.sensasi2020.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-dan-apakah.html
- http://pondokkecil.com/blog/pengalaman-membina-pondok-kecil/
- http://live.carnine9.net/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizil/
- http://www.azri.my/2012/09/sebab-kritikal-azri-johan-blogging.html
- http://hatiputera.com/pengalaman-blogging
- http://www.spudinpunya.com/2012/09/pengalaman-membawa-kejayaan.html
- http://budakfelda.com/buat-blog-kerana-duit.html
- http://mykeledek.com/sebab-dan-pengalaman-blogging/
- http://wanwidget.com/2012/09/sebab-dan-punca-utama-saya-menulis-di-blog/
- http://ibumifzal.com/mula-menulis-kerana-anak/
- http://www.ajumohit.com/contest-ga/dari-suka-suka-jadi-serius-pula.html
- http://bardboo.com/contest-giveaway/kenapa-saya-buat-blog
- http://miri4evernet.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizilcom.html
- http://yanmieonline.com/2012/09/dulu-suka-suka-sekarang-terlebih-suka/
- http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/09/buat-blog-pengalaman-bercerai.html
- http://fandyz-blog.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog.html
- http://mylifemyprimaryplan.blogspot.com/2012/09/blogkenapa-ia-wujud.html
- http://akubiomed.com/ada-apa-pada-blogging/
- http://naziman.com/blogging/contest-giveaway/tujuan-blogging-pengalaman-blogger/
- http://daddydee.net/2012/09/menulis-untuk-berkongsi/
- http://hairulazni.my/aktiviti-blog/saya-seorang-yang-sangat-suka-menulis-di-blog
- http://wanzawawi.com/2012/09/bermulanya-kisah-seorang-blogger/
- http://jebengotai.com/jebengotai-com-bagaimana-ianya-bermula/
- http://lilynrman.com/blog/silly-lily-a-new-girl-in-blogtown/
- http://www.akmaomar.com/pengalaman-mula-menulis-blog/
- http://topotato.com/2012/09/5-tahun-perjalanan-hidup-sebagai-seorang-penulis-blog-episod-1/
- http://affanruslan.com/kenapa-saya-tulis-blog/
- http://cahayacinta.com/contesttag/tersingkaplah-gerbang-cahayacinta-com.html
- http://aziewan.com/mengapa-dan-kenapa-ku-terjerat-perjalanan-meniti-mencari-sesuatu/
- http://www.namiacinta.com/2012/09/suka-duka-penulis-blog-picisan.html
- http://leedonghwanoeyda.blogspot.com/
- http://didikasi.com/?p=5339
- http://zulseffort.com/tujuan-sebenarnya-lain-hasilnya-pula-lain/
- http://ligakampung.com/blog/sebab-menulis-blog-dan-pengalaman-seorang-blogger-picisan/
- http://studioaksara.com/blogging-biar-sampai-mati
- http://nosaka-ila.blogspot.com/2012/09/8-tahun-yang-lalu.html
- http://syaisya.com/2012/09/aku-syaisya-dan-blog.html
- http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/10/cara-nur-buat-blog-earning.html
- http://blog.amirez.com/bagaimana-amirez-mendapat-nama/
- http://blogsyarih.com/bermulanya-blogsyarih-com
- http://bloggertheory.blogspot.com/2012/10/masihkah-kau-ingat-part-1.html
- http://mohamadfaiz.com/blog/eizels-contest/
- http://earncent.com/blog/2012/10/22/kenapa-awak-suka-tulis-blog/
Pemarkahan akan dibuat oleh Eizil.com, dan terdapat beberapa markah bonus yang anda boleh dapatkan dengan memasang badge aktiviti ini, dan juga banner yang disediakan di ruangan di bawah. Setiap badge atau banner mempunyai bilangan markah bonus yang berbeza-beza, anda dibenarkan untuk memasang kesemuanya sekali jika anda mahukan. Anda dimestikan memasang sekurang-kurangnya satu badge dalam artikel yang ditulis oleh anda.
Kepada yang sudah menyelesaikan tugasan pertama, sila ke pautan berikut untuk tugasan yang kedua Perancangan dan impian yang ingin dicapai dan pautan berikut untuk tugasan yang ketiga dan terakhir Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir
Seterusnya mari kita lihat apakah hadiah yang akan ditawarkan.
- Tempat pertama akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM2500 dan pengurusan laman blog anda selama 3 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM1000, perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- Tempat kedua akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM1500 dan pengurusan laman blog anda selama 1 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM350, perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- Tempat ketiga akan menerima domain dan hosting percuma (jika anda masih tidak mempunyai domain atau hosting bernilai kira-kira RM185) dan/atau perkhidmatan selenggara keselamatan untuk platform WordPress (self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
- tujuh hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta kategori ini.
Beberapa peserta juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, ini akan diadakan pada penghujung aktiviti ini, peserta perlu melengkapkan semua tugasan dalam tempoh aktiviti ini dijalankan dan akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Hadiah berupa latihan online mengenai topik-topik berkaitan laman sesawang akan diberikan, selain hadiah-hadiah misteri yang akan diberitahu kelak.
Kategori Referal/Backlinks Terbanyak
Setiap pautan yang merujuk kepada eizil.com akan dikira dan pemantauan akan diselia menggunakan beberapa peralatan yang telah disediakan. Pada penghujung aktiviti ini, laman sesawang atau blog yang paling banyak memberi pautan kepada Eizil.com akan diumumkan sebagai pemenang. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut
- Tempat pertama akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 3bulan yang bernilai kira-kira RM1000 dan perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
- Tempat kedua akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 1bulan yang bernilai kira-kira RM350 dan perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
- tiga hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang terlibat.
Bahan-bahan seperti banner dan badge boleh anda perolehi di penghujung artikel ini.
Bahan-bahan untuk penyertaan pertandingan
Badge (mesti dimasukkan di setiap entri/artikel yang ditulis), anda boleh pilih warna yang anda gemari.
Web ribbon (paparan di bucu atas kanan/kiri laman web anda), lihat contoh pada bucu artikel ini. Anda boleh pilih warna yang anda gemari
Banner pelbagai saiz.
Penafian
Aktiviti ini diadakan oleh pihak Eizil Network tanpa sebarang waranti, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pengguna atas talian, namun begitu sekiranya pihak anda mengalami sebarang kesulitan semasa menyertai aktiviti ini, pihak Eizil Network tidak akan bertanggungjawab atas kesulitan tersebut. Semua bahan-bahan promosi untuk aktiviti ini dihost atas platform amazon s3 untuk memudahkan peserta menggunakannya tanpa sebarang masalah bandwidth atau seumpamanya. Semua keputusan pemenang adalah muktamad, ianya akan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah dirancang untuk aktiviti ini. Penyertaan anda akan diterima hanya jika anda mengikuti semua arahan atau tugasan yang telah diberikan. Pihak Eizil Network ada menggunakan cookies dan beberapa peralatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan ini, dengan penyertaan anda, anda bersetuju dan membenarkan Eizil Network membuat pemantauan.Penafian ini akan dipinda dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.














[...] Artikel ini merupakan sebahagian daripada penyertaan untuk kontest yang dianjurkan di Eizil.com. Jangan lupa untuk turut serta, sebab terdapat beberapa hadiah menarik yang [...]
[...] jujurnya, saya mula rajin singgah di blog Eizil ini sejak saya sertai contest blogging yang dianjurkannya. Walaupun Eizil ini boleh dianggap sebagai seorang blogger otai, tapi dia sangat [...]
[...] The Red Warriors kerana telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2012.Tahniah juga buat Bro Eizil dan Bro Shahrul yang juga merupakan anak [...]
dah terlambat rasanya.
albaihaqie menulis » Tempat Ini Mengajarku
Wah best betul ni..boleh masuk ke?
Azmil menulis » Dato K Rajagobal not get upset?
Salam,Boss!!!
saya tanya awak,
boleh saya masuk kerja Legoland tak xke???
@Eizil
Wow! Pertandingan yang menarik ni.
Enjin tengah overhault lah pulak..
Selamat berjuang semua.

AminJohar.com menulis » iPhone 5 Gadget Impian
contest yg mnrik,,tapi masih baru brkecimpung, xapa akan dtg pon nk join jgak,,hehe
oyye menulis » ikan ikan ikan!!!!
fuhhh ramai betul yg joint contest nie hmmm InsyaAllah saye pun nkk sertai jugala
latif menulis » Terpilih Untuk Contest “iPhone 5 Gadget Impian”
Ramai betul yang ambil bahagian..

CMRatu menulis » Akhirnya bertukar juga..
menariklah contest ni.. baca byk kali bru faham..hihi..nak join tapi macam tak layak je.. huhu.. peserta lain semua hebat2.. ayat dya dh lah tunggang terbalik..haha
dyabunga menulis » Kembar sofia #juliatv3
wooohoooo ada banyak kategori…tak tau nak masuk mana satu haha
ROJAK menulis » Premium Beautiful Corset
ooopppp…baru letak badge…terlupa pulak..harap updatekan
Syarih menulis » Bermulanya Blogsyarih.com.
Satu contest yang bagus kerana dengan menceritakan bagaimana pengalaman memulakan blog nih terasa lapang didada dan dapat berkongsi pengalaman….tahniah kepada semua.
Syarih menulis » Bermulanya Blogsyarih.com.
[...] sampai terkeluarlah segala yang terbuku di hati. Begitu jugalah dengan entri penyertaan kedua untuk contest Eizil ini. Sudah beberapa hari saya merangkakan di dalam fikiran apa yang ingin di perkatakan, dan baru [...]
thniah kpd semua

Sara menulis » Siapa Pemilik Tulang Rusuk Kiriku?
bagus nih contesnya, sukses untuk peserta contes
blog pendidikan menulis » iPhone 5 Gadget Impian