Biggest Loser Asia 2 week 3

Biggest Loser Asia 2 week 3

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

semalam celcom broadband buat hal lagi, tetiba jer tak boleh nak surfing atas sebab yang aku sendiri tak tahu, so malam semalam aku tak dapat nak online seperti biasa. Sekali sekala celcom broadband buat masalah memang menyiksakan terutama untuk aku yang sememangnya memerlukan talian internet setiap masa. Namun apakan daya, memang kadangkala perkara sebegini akan terjadi. Semoga hari ini tiada lagi gangguan seperti semalam.

Seperti biasa, aku tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan the Biggest Loser Asia Season 3 untuk minggu yang ketiga kali ini. Permulaan episod melihatkan jurulatih kumpulan merah memarahi mereka atas sebab penyingkiran scott yang merupakan peserta paling kuat di dalam kumpulan merah, beberapa babak perbalahan antara peserta dan jurulatih berlaku dan mereka menerima latihan yang lebih keras disebabkan itu. Kumpulan biru memperdaya jurulatih mereka dengan kononnya salah seorang ahli kumpulan mereka telah disingkirkan, walaupun ianya hanya lakonan.

Minggu ini mereka diberi cabaran untuk mengangkut 10kg beg pasir dari point A ke point B sejauh 25 meter, terdapat 100 beg pasir yang perlu dialihkan yang menjadikan jumlah berat yang perlu diangkut seberat 1 tan. Kumpulan biru memenangi cabaran ini sekali lagi, memberikan kemenangan yang berturut-turut bagi kumpulan biru, tahniah buat mereka kerana mempunyai semangat berkumpulan yang begitu tinggi. Namun begitu, semasa sesi penimbangan, kumpulan merah mendahului kumpulan biru dengan peratusan penurunan sebanyak 2.48% berbanding kumpulan biru yang hanya memperolehi 2.09%.


Pada minggu ini Nai dari kumpulan merah merupakan the Biggest Loser dengan peratusan penurunan yang tertinggi, dan semasa penyingkiran, Yana yang merupakan peserta dari Malaysia telah disingkirkan oleh kumpulan biru. Nampaknya peserta dari Malaysia berkurang dari tiga orang peserta kepada dua orang peserta sahaja sekarang. Semoga Saw dan Shakira akan meneruskan perjuangan di dalam rancangan ini untuk minggu-minggu mendatang. Persaingan bertambah sengit sekarang ini.

Mari kita lihat pencapaian peserta-peserta dari Malaysia yang masih kekal di dalam rancangan ini setakat ini.

The Biggest Loser Asia Season 2 Saw Week 3

The Biggest Loser Asia Season 2 Shakira Week 3

Tips minggu ini: Menurunkan berat badan bukan sekadar memerlukan kekuatan fizikal, anda juga perlu bersedia dari segi mental, kerana tanpa semangat yang kuat, anda akan mudah berputus asa semasa proses penurunan berat badan dilakukan. Fokuskan minda anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal, pasti akan berjaya.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
06 October 2010 10:46
6 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • madlut 7 October 2010 at 11:38

    yang paling penting memang semangat…kena melawan nafsu sendir, nafsu makan, melawan rasa malas bersenam..tanpa semangat yang kuat, memang susah nak kuruskan badan..struggle orang kata

    • eizil 7 October 2010 at 13:15

      tuh aa… ramai yang gagal sebab tak kuat semangat, bila tgk takder perubahan, terus rasa lemah semangat.

  • zik 7 October 2010 at 1:12

    owh bukan sahaja fizikal..mental pun kena juga ada…. mindset kena tukar.. aku mahu tambah berat badan 5 kg!!!
    zik menulis » Konvokesyen Unikl kali ke 7 part1My Profile

    • eizil 7 October 2010 at 5:27

      yeah… ini sebahagian daripada mainan minda gak bro… better bro tulis matlamat, set skali tempoh bila nak capai matlamat tuh, pastu tampal kat tempat yang bro selalu tgk, contoh depan pintu bilik atau cermin… :D

  • wazy 7 October 2010 at 1:00

    owhh ade gak rrancangan macam ni
    best tu kalau tengok
    wazy menulis » WordPress For Dummies 3rd EditionMy Profile

    • eizil 7 October 2010 at 5:25

      hehehe… ada kat saluran 702 astro bro… sila aa tgk klu berminat…