Berpeluang untuk berkenalan dengan Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya,


seperti ramai yang sedia maklum, Lazada Malaysia merupakan salah seorang daripada penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Terus terang, sebelum ini memang tidak pernah berpeluang untuk mengenali Lazada dengan lebih mendalam.

Mula-mula aku membaca mengenai Lazada adalah pada tahun 2012 kalau aku tak silap, waktu tu ada beberapa isu yang panas seketika mengenai pihak Lazada. Memang pada masa itu, aku mengambil langkah berdiam diri dan cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pihak Lazada.

Namun begitu, hari berganti minggu berganti bulan, cerita-cerita positif mengenai pihak Lazada mula meniti bibir-bibir para blogger. Sejak daripada itu, aku mula membuka laman web Lazada untuk melihat tawaran-tawaran yang disediakan. Pada 22 Julai tahun lepas, pertama kali aku mendaftarkan akaun di laman Lazada.

Aku daftar sebab nak dapatkan baucar tunai yang ditawarkan untuk pendaftaran baru, tapi aku tak beli apa-apa sampai ke sudah. Baucar pun tamat tempoh begitu sahaja, atau mungkin masih sah tapi aku yang tak tahu. hehehe

no6 Berpeluang untuk berkenalan dengan Lazada Malaysia

Sebahagian team Lazada Malaysia

Haritu sempat bertanya pada wakil Lazada, apa yang berlaku dan perkembangan mereka sehingga ke hari ini. Lazada Malaysia mula dilancarkan pada March 2012, sebulan kemudian mereka berjaya mengumpulkan 3000 pelanggan pertama. Kemudian, disebabkan pelbagai isu yang terpaksa ditangani, Lazada telah membuka gudang mereka sendiri untuk memastikan perkhidmatan mereka berada pada tahap yang boleh dibanggakan.

JP Morgan telah menambah pelaburan dalam syarikat Lazada pada bulan September tahun yang sama. Pelaburan ini membolehkan mereka merancang pelbagai strategi dan mencapai 100k likes di facebook pada Oktober 2012. Pada bulan seterusnya, Kinnevik pula menambah pelaburan ke dalam Lazada.

Menang Kereta Berpeluang untuk berkenalan dengan Lazada Malaysia

pemenang kereta Mazda 2 hatchback

Selepas sambutan ulangtahun pertama syarikat, pihak Lazada telah menawarkan Mazda 2 hatchback baharu kepada pelanggan mereka yang bertuah. Ini telah diadakan pada pertengahan tahun 2013 dan sebulan kemudian Lazada telah melancarkan kumpulan penunggang motorsikal mereka sendiri untuk penambahbaikan perkhidmatan keseluruhan.

Penghujung tahun lepas menyaksikan pihak Lazada menerima pelaburan tambahan daripada Tesco PLC, Access Industries, Investment AB Kinnevik dan Verlinvest. Dan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam zaman serba moden ini, pihak Lazada juga telah melancarkan aplikasi telefon pintar untuk iPhones dan iPads pada awal tahun baru-baru ini.

Secara dasarnya, memang banyak perkembangan positif yang dapat dilihat sepanjang penglibatan Lazada dalam pasaran Malaysia. Ramai pelanggan sudah lebih yakin dengan perkhidmatan mereka atas inisiatif demi inisiatif yang diambil untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik.

Aku ingin juga mencuba untuk membeli keperluan harian ataupun barangan yang diperlukan di pihak Lazada selepas ini. Semoga perniagaan mereka lebih maju, insyaAllah aku akan kongsikan pengalaman membeli daripada pihak Lazada Malaysia selepas pembelian dibuat.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    Tak pernah lagi beli dari Lazada. Banyak betul komen negatif dari orang. Tapi tak tahulah sekarang sebab dah lama tak ambil kisah tentang lazada. Bila baca blog ni baru teringat nak try lihat laman web lazada.
    Arieon menulis » Semakan Keputusan SPM 2013My Profile

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.