Banjir di Kelantan

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

pagi tadi aku pulang ke rumah mertua aku di Pasir Putih, Kelantan, walaupun rancangan asalnya untuk pulang malam semalam, tetapi disebabkan hujan terlalu lebat semalam, rancangan dibatalkan dan pagi ini baru pergi. Ternyata banyak kawasan di sepanjang perjalanan pulang ke Pasir Putih ditenggelami air, terutama rumah-rumah yang dibina berdekatan dengan sungai, ada yang tenggelam teruk, hanya paras bumbung yang kelihatan, aku tumpang simpati kepada keluarga yang dilanda bencana ini, tentu banyak kerugian yang dialami, barang-barang di dalam rumah semuanya pasti akan rosak bila ditenggelami air yang dalam itu. Susah untuk dibayangkan, kerana tidak pernah mengalami perkara sedemikian, dan sentiasa berdoa untuk diselamatkan daripada bencana sebegini.

Sepanjang musim banjir ini, ramai juga yang mengambil peluang untuk memasang pukat di kawasan ditenggelami air, bapa mertua aku pun tidak terkecuali melakukan aktiviti yang sama di kawasan belakang rumah yang sudah ditenggelami air juga. Tengahari tadi menikmati ikan-ikan sungai yang telah sangkut pada pukat, memang enak bila dapat menikmati ikan-ikan seperti ini. Waktu pulang tadi pun, kelihatan ramai yang sedang melihat pukat-pukat yang telah dipasang dengan harapan ada hasil yang diperolehi.

Suka atau tidak, musim banjir ini boleh mendatangkan kerugian (apabila rumah atau barang-barang ditenggelami air) dan juga keuntungan (apabila boleh menangkap ikan-ikan untuk dijadikan hidangan seisi keluarga). Kali terakhir aku mengharungi banjir adalah pada kira-kira 16 tahun dahulu, masih kecil lagi, kawasan sekolah rendah aku pada waktu itu yang terletak kira-kira 16km dari rumah, ditenggelami air. Kebetulan waktu itu pada musim cuti sekolah, dan aku berbasikal bersama-sama dengan abang untuk pergi melihat dengan mata sendiri keadaan banjir di kawasan tersebut. Pengalaman mengharungi banjir dengan mengayuh basikal memang sesuatu yang tidak dapat dilupakan, sehingga sekarang aku masih ingat bagaimana aku menggunakan basikal yang mempunyai gear boleh ubah, terpaksa menggunakan gear paling ringan untuk memudahkan mengharungi banjir di atas jalan raya.

Di bawah ini aku kongsikan beberapa permandangan kawasan-kawasan yang ditenggelami air sepanjang perjalanan aku dari Pengkalan Chepa ke Pasir Putih.

banjir kelantan 1 Banjir di Kelantan
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak

Kawasan belakang rumah yang ditenggelami air

Ada beberapa gambar yang kabur kerana diambil semasa kereta sedang bergerak, kepada keluarga yang dilanda banjir di rumah masing-masing, aku hanya mampu mendoakan semoga keluarga anda akan diberi pertolongan yang sepatutnya dan anda semua bersabar menghadapi dugaan daripada Ilahi ini. Jika menimpa aku juga pasti akan termenung jauh mengenangkan barang-barang yang rosak ditenggelami air tersebut.


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    Kampun aku kat Kuantan di kawasan tinggi so takdelah kena..tapi kawasan sekitar selalu tenggelam ..terputus hubungan dengan dunia luar..

    P/S aku pun suka tahan pukat time banjir…kalau tidak pun tolong tolak kereta yang terkandas dalam banjir (selalunya orang luar la)
    adamfaiz menulis » Nak Memasak Minyak Masak Takde!My Profile

    • menulis

      Owhh, nasik baik kampung ko di kawasan tinggi, kalau tak sure jenuh gak kan, tolong tolak kereta erk, bagus2, biasa orang luar yang tak biasa ngan jalan tuh akan terkandas, sebab ingat tak dalam.

    • menulis

      yang banyak ditutup dalam berita dekat pahang kan pastu terengganu, arini nampak macam dah semakin okay sebab dah tak hujan kat area sini… semoga berterusan aa hendaknya

    • menulis

      bantuan memang ada rasanya, tapi dari segi kerosakan barang-barang rumah dan sebagainya, memang terpaksa bantu diri sendiri aa kan, sebab kalau ada bantuan pun, mesti tak mencukupi untuk semua kerosakan yang terlibat

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.