Bagaimana segalanya bermula.
Assalamualaikum dan selamat tengahari,
pasti hari ini ramai yang mengambil peluang untuk berehat ataupun bersiar-siar bersama keluar atau rakan taulan ke tempat-tempat yang menarik. Aku pula, hari ini hari kembali ke meja kerja setelah beberapa hari keluar untuk beberapa urusan di sekitar selangor dan kuala lumpur. Sesekali membuat kerja luar memang memenatkan, namun ianya memberi aku ruang untuk merehatkan minda agar boleh meneruskan kerja-kerja pengaturcaraan dengan lebih baik.
Alhamdulillah, setakat ni aktiviti penulisan terbaik sudah menerima banyak penyertaan, antaranya seperti yang tersenarai di bawah ini.
Senarai penyertaan kategori penulisan terbaik.
- http://www.sukacuka.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog/
- http://duniainfodantips.blogspot.com/2012/09/tujuan-pertama-ngeblog.html
- http://papankekunci.com/2012/09/pengalaman-saya-sebagai-penulis-blog/
- http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/09/contest-eizil-kenapa-aku-menulis-blog.html
- http://roketmonster.com/tujuan-aku-menulis-di-blog-roketmonster-com/
- http://www.sensasi2020.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-dan-apakah.html
- http://pondokkecil.com/blog/pengalaman-membina-pondok-kecil/
- http://live.carnine9.net/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizil/
- http://www.azri.my/2012/09/sebab-kritikal-azri-johan-blogging.html
- http://hatiputera.com/pengalaman-blogging
- http://www.spudinpunya.com/2012/09/pengalaman-membawa-kejayaan.html
- http://budakfelda.com/buat-blog-kerana-duit.html
- http://mykeledek.com/sebab-dan-pengalaman-blogging/
- http://wanwidget.com/2012/09/sebab-dan-punca-utama-saya-menulis-di-blog/
- http://ibumifzal.com/mula-menulis-kerana-anak/
- http://www.ajumohit.com/contest-ga/dari-suka-suka-jadi-serius-pula.html
- http://bardboo.com/contest-giveaway/kenapa-saya-buat-blog
- http://miri4evernet.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-menulis-blog-contest-eizilcom.html
- http://yanmieonline.com/2012/09/dulu-suka-suka-sekarang-terlebih-suka/
- http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/09/buat-blog-pengalaman-bercerai.html
- http://fandyz-blog.blogspot.com/2012/09/kenapa-aku-tulis-blog.html
- http://mylifemyprimaryplan.blogspot.com/2012/09/blogkenapa-ia-wujud.html
- http://akubiomed.com/ada-apa-pada-blogging/
- http://naziman.com/blogging/contest-giveaway/tujuan-blogging-pengalaman-blogger/
- http://daddydee.net/2012/09/menulis-untuk-berkongsi/
- http://hairulazni.my/aktiviti-blog/saya-seorang-yang-sangat-suka-menulis-di-blog
- http://wanzawawi.com/2012/09/bermulanya-kisah-seorang-blogger/
- http://jebengotai.com/jebengotai-com-bagaimana-ianya-bermula/
- http://lilynrman.com/blog/silly-lily-a-new-girl-in-blogtown/
- http://www.akmaomar.com/pengalaman-mula-menulis-blog/
- http://topotato.com/2012/09/5-tahun-perjalanan-hidup-sebagai-seorang-penulis-blog-episod-1/
- http://affanruslan.com/kenapa-saya-tulis-blog/
- http://cahayacinta.com/contesttag/tersingkaplah-gerbang-cahayacinta-com.html
- http://aziewan.com/mengapa-dan-kenapa-ku-terjerat-perjalanan-meniti-mencari-sesuatu/
- http://www.namiacinta.com/2012/09/suka-duka-penulis-blog-picisan.html
- http://leedonghwanoeyda.blogspot.com/
- http://didikasi.com/?p=5339
- http://zulseffort.com/tujuan-sebenarnya-lain-hasilnya-pula-lain/
- http://ligakampung.com/blog/sebab-menulis-blog-dan-pengalaman-seorang-blogger-picisan/
- http://studioaksara.com/blogging-biar-sampai-mati
- http://nosaka-ila.blogspot.com/2012/09/8-tahun-yang-lalu.html
- http://syaisya.com/2012/09/aku-syaisya-dan-blog.html
- http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/10/cara-nur-buat-blog-earning.html
- http://blog.amirez.com/bagaimana-amirez-mendapat-nama/
- http://blogsyarih.com/bermulanya-blogsyarih-com
- http://bloggertheory.blogspot.com/2012/10/masihkah-kau-ingat-part-1.html
- http://mohamadfaiz.com/blog/eizels-contest/
- http://earncent.com/blog/2012/10/22/kenapa-awak-suka-tulis-blog/
Kepada yang belum menyertai, bolehlah ke halaman Blogging Contest Eizil untuk mengetahui cara-cara untuk penyertaan.
Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi kisah yang sama seperti tugasan pertama aktiviti penulisan terbaik yang dianjurkan. Semuanya bermula pada tahun 2004, bulan mei, apabila aku diminta untuk menyediakan pengkalan data pelajar. Aku bukanlah seorang yang pandai dalam bidang IT pada ketika itu, tetapi khabar angin yang aku tidak tahu datang daripada mana, menyebabkan wakil persatuan pelajar menghubungi aku untuk tugasan tersebut. Ketika itu, aku tidak akan sekali-kali mengatakan tidak apabila bantuan dipinta, cuma aku memohon untuk berikan sedikit masa untuk aku mengenalpasti bagaimana ianya dapat dibuat.
Walaupun aku tidak pandai dalam bidang IT pada ketika itu, namun aktiviti di atas talian memang sudah kerap dilakukan, pada ketika itu aku lebih banyak menghabiskan masa dengan berborak di IRC atau forum-forum yang aku rasakan menarik. Aku mempunyai seorang kenalan yang mempunyai sebuah portal, beliau menggunakan nama samaran jeddy pada ketika itu, beliaulah yang memperkenalkan aku dengan aktiviti pembagunan laman web. Skrip cms yang pertama aku cuba pasang adalah PHP Nuke, skrip yang sekarang ini sudah tidak dibangunkan lagi. Ketika itu, aku menggunakan nama internet slumbermann, mungkin ada yang mengenali nama tersebut ketika itu.
14 Jun 2004, merupakan tarikh aku menulis artikel pertama dalam blog yang dibina menggunakan blogdrive, sejak dulu hingga tahun 2012 ni, rekabentuk dan susun atur muka depan blogdrive ini seakan tidak berubah, tetapi yang pasti, dalamannya ada perubahan sedikit demi sedikit. Aku banyak menggunakan platform blogdrive ini untuk menulis segala perkara yang aku rasa ingin tulis. Sekiranya aku sedang marah, maka penulisan akan berkisar mengenai perkara yang aku marahkan itu, dan begitulah juga dengan perasaan-perasaan lain, sesuatu yang aku akan elakkan di masa sekarang kerana ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Hampir setahun menulis di blogdrive, aku membeli domain Eizil.com pada 28 mei 2005, pada mulanya eizil.com menggunakan skrip blogging yang aku bina sendiri kerana perasaan ingin belajar dan sebagainya, namun ianya hanya bertahan beberapa bulan sebelum aku bertukar menggunakan platform WordPress pada awal tahun 2006. Sejak itu, Eizil.com tidak pernah bertukar lagi, platform WordPress seperti sudah sebati dengan domain ini. Sedikit demi sedikit, gaya penulisan, bahan penulisan dan pelbagai lagi perkara mengenai penulisan di Eizil.com bertukar dari masa ke semasa, mungkin ianya dipengaruhi oleh keadaan persekitaraan aku dan pelbagai lagi faktor yang menyebabkan aku ingin memastikan penulisan aku lebih bermanfaat.
Walaupun aku telah lama menulis di Eizil.com, tetapi ada peristiwa hitam yang menyebabkan aku tidak bergiat aktif di persada blogging tanahair. Sekitar penghujung tahun 2006 sehingga awal 2009 aku lebih aktif di dunia blogging atau pengaturcaraan di luar. Ada beberapa laman sesawang yang aku bergiat aktif ketika itu, namun kebanyakannya telah ditutup atau bertukar pihak pengurusan. Peristiwa hitam itu masih utuh diingatan aku, namun biarlah ianya hanya diketahui oleh aku dan beberapa rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu aku mengharungi perkara tersebut. Apa yang pasti, aku tidak akan mengulangi perkara yang aku terima itu kepada orang lain.
Tahun 2009 aku cuba kembali untuk berkenalan dan berjinak-jinak dengan persada alam maya di tanahair, pastinya begitu banyak yang telah berubah, yang dahulunya ada sudah tiada, dan yang baru juga tumbuh berjela-jela. Perlahan-perlahan mencari kenalan-kenalan lama yang mungkin masih bergiat cergas menulis blog dan sebagainya, ada beberapa yang aku temui, namun ramai yang lain telah berhenti daripada menulis.
Sepanjang tempoh beberapa tahun dari 2006 sehingga sekarang, Eizil.com tetap menerima penulisan daripada aku, walaupun ada kalanya aku bercuti sampai berbulan-bulan, namun setakat ini aku tidak ada perancangan untuk menutup domain Eizil.com ini, jika dipanjangkan umur, aku ingin pastikan Eizil.com terus berada di persada ini walau apa juga halangan dan cabaran yang mendatang. Semperna aktiviti yang sedang dijalankan ini, aku ingin berkenalan dengan lebih ramai blogger tanahair, pengalaman yang lebih indah ingin dicoretkan dalam diari kehidupan bersama rakan-rakan blogger, semoga kita semua akan mencapai apa yang kita cita-citakan.
Salam perkenalan dan salam silaturahim kepada yang baru mengenai Eizil dan yang telah lama mengenali Eizil.


Batu belah batu bertangkut,
Apa halangan jgnlah takut,
Banyak yang telah tersangkut,
Tapi segala diatur boleh diikut.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Tempat jatuh lagi di kenang,
Inikan pula hasil kerjaya kita,
Pasti banyak yang perlu dirancang,
Supaya segala hasrat dan impian menjadi nyata.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Semoga semua rakan2 dpt apa yg dimpikan. Perjalan masih jauh tanpa penhujung, namun langkah setusnya harus ditujui, w/pun byk rintangan yg datang, sama2 mencari sesuatu yg berharga utk diri, keluarga serta rakan lain semua.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Kena skrg ni, blogdrive dilupakan, pasti yg ada skrg lebih bik drpnya.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
2004, blogdrive sememangnya terkenal masa tu, tapi perlu byk tahu tth HTML, pening dibuatnya segala aturcara programer ni. Apaun tahnia saudara Eizil, semoga terus maju jaya spt yg sudah top.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
wow… memang hebat pengalaman bro tu…. tahniah kerana berjaya seperti sekarang…
bujang3 menulis » Kerana sayangkan anak-anak !!!
blogdrive tahun 2004 memang top,pengalaman kita lebih kurang sama la bro
wazy menulis » Bermulanya Kisah Seorang Blogger
Wah 8 tahun dalam dunia blog. Saya baru setahun jagung. Hujung bulan depan genap setahun. Best juga, ada screenshot setiap tahun. Saya selama setahun blogging ni. 3 kali sudah tukar tema. Mungkin tema kali ni saya akan kekal lama sikit. Sebab dah terlalu banyak setting kan. Tapi tak tahu la dapat sambung atau tak domain ngan hosting ni. Saya pun sayang dengan domain ni walaupun dapat secara tiba-tiba. Tapi kalau ada rezeki, saya teruskan. Kalau takda, mungkin blogging bukan tempat saya.
Naziman menulis » Populariti dan Pendapatan online
Wow…Bro Eizil buat pertandingan besar-besaran…Mcm seronok je nk join jgak…Nnt daftar blog ek~
Perhentian Island menulis » Perhentian Island Hotel
Jemputlah join kalau ada kelapangan…
alamak dah ramai dah join! kena join nih.. huhu.. Best baca pengalaman cmne bermula blog .. blog drive tu cam takde org guna je kan..
muazfaris menulis » Blog muazfaris.com kena hack oleh Dbuzz
skangni memang takder orang guna dah kot blogdrive, ramai terpengaruh untuk mula dengan blogspot jer, tapi perkhidmatan blogdrive masih aktif sehingga ke hari ini.
Satu perjalanan yang agak panjang dalam dunia blogging. Yang pasti pengalamannya pun panjang dan mantap. Semoga diberi kekuatan untuk terus berkarya.
samdaddycool menulis » Kerja part time yang berbaloi di internet
terima kasih bro… setakat ni masih bergiat cergas lagi dalam menulis pendapat peribadi… akan datang tak tahulah kan…
harapnya berterusan
Saya baru akhir tahun lalu mengenal dunia blogging
Dadan menulis » Halaman Profil Baru Twitter
Sehingga harus banyak belajar dari para terdahulu, seperti bro Eizil
Dadan menulis » Halaman Profil Baru Twitter
tidak mengapa bang dadan, yang penting kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu…
ooo baru lagi la ni..ingtkan dah lama..hehe
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
Terharu rasanya… semacam berada di tapak yang sama… Salam, irsah disini dari blog MummyAkmar… semoga terus berkarya… insya-allah ada kesinambungan dari Eizil.com ini.
Terima kasih banyak irsah… salam perkenalan daripada saya.
seronok baca pengalaman kawan blogger..sbnrnya x pernah dgr blogdrive..rupanya ia antara platform utk blogger juga..
wordpress juga menjadi pilihan sy sbb ia mudah n friendly utk digunakan..
Ibu Mifzal Arsyad menulis » Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA Sesi 2012 / 2013
zaman 2004 tu, wordpress masih tak sepopular sekarang… tapi sekarang saya pun pengguna tegar WordPress… walaupun ada juga menggunakan platform lain, tapi lebih untuk keperluan client.
Permulaan dunia siber yang menarik. Pengalaman lalu mematangkan bro Eizil.
akubiomed menulis » Wordless Wednesday – # Tercabut
dapat tahu blog eizil nie dari denaihati bila bertanyakan pasal pengaturcaraan web. Ingat nanti nak mintak khidmat nasihat dari eizil.Apa pun pengalaman mendewasakan kita bro dan ianya juga merupakan guru sejati.
hatiputera menulis » wordless wednesday – Pulau Pisang
owhh okay… kalau perlukan khidmat nasihat, boleh gunakan borang hubungi saya tu. InsyaALLAH akan cuba dibantu mana yang termampu…
Salam Kenal Eizil..
Dapat tahu pasal blog ni dari blog budakfelda dan ajumohit. Seronok baca cerita di sini. Semoga apa yang di harapkan tercapai.
Nak jugak join contest ni. Masih sempat kan? Tak ditulis pulak tarikh tutupnya. InsyaAllah kalau sempat saya menulis untuk contest ni.
Take Care Bro!
Mummy Akmar menulis » Alkisah Ke Cameron Highlands Heritage Hotel
Salam kenal juga Mummy Akmar,
owhh ye ke, masih sempat lagi nak join, dipersilakan, tapi jangan tunggu lama-lama…
Take care too sis.
kak jie pun bermula di blogdrive….setelah aktif di forum² terlebih dahulu.
moga eizil.com terus dan lebih cemerlang
kujie menulis » Ulangtahun Perkahwinan Ke 21 #TillJannah
terima kasih kak jie… semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicitakan.
wahhh sama geng ngn eizil la ni..hehe
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
Salam perkenalan dari ourkizuna juga..
Semoga eizil.com terus maju ke hadapan walau apa pun cabaran dan rintangan yang mendatang.
Salam perkenalan… Ourkizuna tu apa maksud dia? Ke tu memang nama ya? Maaf kalau soalan sensitif… Cuma macam tertanya-tanya…
salam…sudah lama rupanya bro eizil ni dalam dunia blog…peristiwa hitam tu mesti makin mematangkan diri sendiri dalam dunia sebenar kan? saya budak baru belajar, minta tolong ajar ye.. =)
bardboo menulis » Check-up Kedua Baby I.A
wassalam, harapannya macam tulah, tapi kita ni sentiasa perlu belajar, lebih banyak kita lalui sesuatu perkara, dari situ kita boleh membuat penilaian yang lebih baik. Sama-samalah kita saling tolong-menolong…
Ajari sy juga yer eizil..hehehe
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
good luck kepada semua yang menyertai

puteri kasih menulis » Hui Yee Meninggal Dunia
aik boleh pualk…ooo dah tahu dah kenapa…jeng..jeng…jeng…
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah