Apabila telefon berhenti berfungsi
Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua,
mungkin ramai yang layan blues pagi ni, tapi aku masih dalam mood bercuti walaupun harini perlu mula bekerja seperti biasa di kampung. Sepanjang seminggu ni, memang jarang sekali membuka laptop kerana sibuk dengan kenduri kahwin sepupu dan pelbagai fungsi lain. Hanya si hitam manis yang menjadi teman di kala memerlukan, itupun kalau liputan talian tiada gangguan. Perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia ini masih belum menyeluruh, masih terlalu banyak kawasan yang masih belum mempunyai liputan yang diperlukan, sedang ramai di bandar yang gah dengan perkhidmatan-perkhidmatan terkini seperti 4G dan sebagainya.
Namun sekarang ini si hitam manis sudah tidak berfungsi lagi, aku tidak tahu apa puncanya, tetapi secara tiba-tiba ianya sudah tidak boleh digunakan, tiada kerlipan lampu mahupun bunyi yang keluar daripadanya, aku mula-mula ingatkan bateri telah habis, tetapi selepas cubaan untuk mengecas telefon juga menemui jalan buntu nampaknya. Telefon yang telah banyak membantu aku dalam menguruskan aktiviti seharian sememangnya akan dirindui. Sementara ni sedang berkira-kira untuk mencari telefon baru. Sudah lama rasanya tidak ada sebarang keperluan untuk mencari telefon.
Selepas ini nampaknya pasti banyak urusan harian yang akan terganggu kerana ketiadaan si hitam manis menemani, nak mencari telefon pintar yang baru, rasanya seperti sudah tiada bajet yang boleh digunakan bulan ini. Tunggulah dulu bulan-bulan akan datang untuk telefon pintar yang lain, sementara ni kita layan telefon murahan jer aa dulu yer… hehehe
bila baca entri ni hati pun berkata “kita senasib la ni bro…”..hehehe…S2 aku rosak skang ni…semua aktiviti tergendala..termasuk lah update blog…paling haru bila S2 tu rosak 2 bulan slps warranty expired… skang ni dah pakai Samsung gak…Samsung SIII MICRO….orang lain tak pakai..aku je yg ada handphone model tu…
Fauzi Blues menulis » Blogging On The Go.
emm bagus la tu..layan telefon murahan pun dah kira strategi untuk menguruskan perbelanjaan…hehehe..memang akan dikenang pada barang yang byk meninggalkan jasa..tapi apa kan daya, dah takdir tak panjang untuk terus bersama dengan eizil..hehe..saba je la..
Hafizul menulis » Santapan Rohani – Kepentingan Mentaati Suami
apabila telefon berhenti…aku pun start meroyan tak tentu hala
dennis menulis » KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAH
aku pon bru je repair samsung aku…dkt seminggu rosak…sakit btul rasanyer xde telefon
terjatuh lg hp sy ni…. mmmm ….bila buat call atau terima call, dah xleh dgr org cakap tp orang dgr sy cakap… hehehe
[kena gi hantar repair]
haha..speaker dia masalah tu..memang stress bila telefon rosak..hehe
Hafizul menulis » Santapan Rohani – Kepentingan Mentaati Suami
ala kesiannya…. akak 4 hari di kampung, talian memang out, so tak tahu pulak hp cikgu rosak…. cari siputih gebu lebas ni yer
sweetkurma menulis » Insaf
si putih gebu tak mampu nak dipinang… hehehe… pinang si hitam manis madu plaks…
Henfon skrang dah cam keperluan seharian……..Iphone 4s lah pulak pasnie
Mohd Ilham menulis » Promosi Domain .My dari Rm0.99 sahaja
tu aa bro…
sekadar beli telefon yang dalam harga yang mampu bayar jer… iphone 4s tu macam dah di luar kemampuan jer…
Telefon bimbit sudah menjadi keperluan kalau tak ada disisi macam terasa lain sahaja.

akubiomed menulis » Separuh dari rakyat Malaysia membazir
tu aa bro, bukan setakat terasa lain, memang banyak urusan tergendala, biasa bila keluar pun masih boleh nak balas email dan sebagainya, ni nak kena tunggu balik rumah duduk depan laptop baru boleh selesaikan semua urusan.
aku pun tak pasti model apa yang ok.. tapi kalo yang murah2 dalam RM500 camtu ada orang recommend angkat Sony Xperia ok skit katanya.. X10 mini ke, X8 ke.. aku pun teringin gak nak angkat sebijik jadikan 2nd phone.. tak pernah lagi pakai phone Sony.. Galaxy Y pun harga lebih kurang jugak tapi org ckp banyak masalah.. kalo bajet 1k ke atas ok sikit nak angkat phone Samsung..
kadang2 pening jugak nak pilih phone.. salah beli kang menyesal plak.. tapi smartphone Android tetap jadi pujaan hatiku.. hehe..
Anarm menulis » Roti Pau Penyek – #WordlessWednesday
tadi dah usha2 gak, kalau range RM500 tu, memang macam yang bro cakap tu aa… kalau yang cam best sket, kalau yang baru, dalam 1k gak yang cam best, skangni dalam dilema nak beli yang biasa2 atau tambah sket dapatkan yang macam best sket, bro rasa antara HTC ngan Samsung mana lagi ok erk? dok usha dua tadi, HTC One V pakai ice cream sandwich vs Samsung Galaxy S Advance pakai Gingerbread.
ayoo.. macam susah plak nak compare dua tu.. huhu.. cer try tengok sini: http://www.gsmarena.com/compare.php3?idPhone1=4575&idPhone2=4469
Anarm menulis » Dah Kunci Pun Tak Selamat
thanks bro…
tadi try usha2 jumpa link ni http://geekaphone.com/compare/HTC-One-V-vs-Samsung-Galaxy-S-Advance tapi macam nak try repair dulu phone yang rosak tu, kalau kos repair murah jer, tak perlu aa kot beli baru… huhuhu
kalau boleh repair, repair dulu.. phone lama sayang jugak kalau buang atau dibiar macam tu je.. ada sentimental value tu.. hehe..
Anarm menulis » Dah Kunci Pun Tak Selamat
hehe… betul tu bro… tapi sekali kos repair estimated RM500… huhuhu… terpaksa beli gak telefon baru…
mak aihh.. repair saje dah RM500.. baik beli baru je.. angkat iPhone terusss.. baru puas hati.. hehe..
Anarm menulis » Dulu Aku Kurus – #WordlessWednesday
tu aa pasal… banyak sangat rosaknya… tak mampu laks nak angkat iPhone… beli tepon samsung jer…
RM500 lebih camtu dah bleh angkat sebijik telefon pintar dan bijak.. cuma tak sepower yang harga ribu2 tu.. tapi untuk kegunaan dan pengurusan harian takde masalah..
Anarm menulis » Roti Pau Penyek – #WordlessWednesday
ada apa2 model yang bro boleh cadangkan tak? dah lama tak usha phone ni, macam tak pasti plaks model apa yang ok untuk kegunaan dan pengurusan harian.
telefon dah menjadi barang keperluan zaman sekarnag. banyak urusan harian menggunakan telefon. kalau tak ada handphone boleh ‘blank’ sekejap. kalau tak ada kenderaan masih boleh steady lagi. handphone memang sangat penting. terutama orang macam bro yang kerja berkaitan dengand dunia maya ni
wandisini menulis » Aktiviti Ketika Cuti Sekolah Dulu-Dulu
betul tu bro, dah menjadi sebahagian daripada hidup telefon ni, sebab banyak urusan yang diuruskan menerusi telefon sahaja. Bila ada benda urgent pun dengan telefon lebih mudah untuk menguruskan benda-benda tersebut.
Mmg susah bila hp rosak. Akak pun pernah mengalaminya sebulan yg lalu. Kita skrg byk bergantung pd smart phone. Nak buat mcm mana kan sbb ianya dah jd satu keperluan dlm hidup sekrg ni. Mmg separuh nyawa melayang lah.. Sabarlah eizil.. Kene pakai telefon murah dulu ler..
tu aa kak, memang terasa gak bila dah sekian lama guna telefon tu, tapi yang paling sadis, bila nombor2 telefon semua kebanyakan save dalam tu, dah lama tak backup telefon… huhuhu
pe lagi, pakai iPhone ke lepas ni, si putih manis namanye.. hehe
Syaz menulis » Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum Lagi Haus.
kalau iphone tu dua tiga ringgit jer, mungkinlah boleh dipertimbangkan… hehehe
tak pe, ada rezeki nnti boleh aje..

Syaz menulis » Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum Lagi Haus.