Apabila gajah menghiasi bahu jalan…

Apabila gajah menghiasi bahu jalan…

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

dah lama rasanya tak menulis di sini, seperti biasa, apabila aku tidak menulis, kebiasaannya sebab sibuk dengan pelbagai urusan, bukannya disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan hidup di dunia ini.

Malam selasa yang lalu, aku menaiki bas shamisha untuk ke Changloon, Kedah, perjalanan bermula jam 9.30 malam, walaupun bas tersebut berhenti di beberapa tempat sebelum memulakan perjalanan yang sebenarnya. Jika dari kota bharu hendak ke kedah, pastinya laluan Gerik akan digunakan. Sudah beberapa kali juga aku menggunakan jalan ini semasa perlu berulang alik ke pulau pinang dan perak sekitar tahun 2010. Kadangkala melalui jalan tersebut ketika tengah malam, ada juga ketika sesubuh pagi.

Sepanjang pengalaman memandu di jalan Gerik ini, aku tidak pernah terserempak dengan kumpulan Gajah yang kebiasaannya akan berada di bahu jalanraya. Kali ini, perjalanan menggunakan bas memberi peluang untuk aku bertemu dengan Gajah-gajah liar yang berlegar-legar dan berehat di bahu jalan. Terdapat pelbagai saiz dari yang kecil hinggalah yang besar. Aku seperti seorang kanak-kanak yang tidak pernah melihat gajah, memanjangkan leher di tingkap untuk mendapatkan pandangan yang jelas.

Ianya memang pengalaman yang menyeronokkan, kerana selama ini hanya melihat gajah di Zoo, namun kali ini berpeluang untuk melihat gajah liar yang berada di jalanan. Jika bersendirian mungkin agak menakutkan kerana khuatir gajah itu akan menyerang kita. Namun berada dalam bas dua tingkat memberi peluang untuk menikmati pemandangan mereka bergerak secara kumpulan dengan agak jelas.


Tiada gambar yang sempat aku ambil kerana keadaan yang agak gelap kerana laluan Gerik ini adalah laluan berhutan. Jika anda biasa melalui jalan Gerik ini di waktu malam, pasti ada yang pernah terserempak dengan kumpulan gajah ini. Semoga sama-sama kita berhati-hati apabila memandu di laluan ini di waktu malam, kerana khuatir akan terlanggar gajah-gajah yang berlegar-legar di bahu jalan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
17 May 2012 21:00
12 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • dennis 16 September 2012 at 21:22

    Ada 3 kali je kot aku jumpa gajah – kat zoo negara dan zoo melaka. Bertuahnya kat kelantan…gajah kat bahu jalan je. Hidup aman dan harmoni….
    dennis menulis » SEBAB DAN PENGALAMAN BLOGGINGMy Profile

  • hafidz 29 May 2012 at 15:09

    mesti seronok dapat lihat sekumpulan gajah lalu-lalang.
    aku pernah melihat gajah melalui dikawasan kebun di satu kampung (lupa nama kampung tersebut). seronok betul dorang (gajah) lalu tanpa merosakkan tanaman di kebun itu. ;)
    hafidz menulis » Hafidz Life #2My Profile

  • Luthfi 22 May 2012 at 20:47

    Bahaya juga sang gajah ni. Jangan sampai pemandu bas terlanggar dia masa depa tengah main main.

  • Denaihati 18 May 2012 at 15:14

    nasib baik kat tepi jalan/bahui, kalau gajah tu tidur atas jalan pilih tempat panas memang risau juga. jalan malam mesti risau juga.

    • eizil 18 May 2012 at 19:50

      kadangkala memang ada juga yang duduk di atas jalan, cuma kebetulan waktu bas saya lalu tu, gajah tu hanya di bahu jalan… kalau tak puas juga menunggu sehingga gajah tu beralih dari tengah jalan.

  • Anarm 17 May 2012 at 23:46

    aku pernah juga nampak geng2 gajah kat jalan gerik tu.. tgh malam.. nasib baik tak nampak ‘geng alam lain’.. hehe..
    Anarm menulis » Birthday Orang Lain, Aku Pun Dapat HadiahMy Profile

    • eizil 18 May 2012 at 19:49

      hehehe… geng alam lain tu tak naklah nampak atau jumpa… huhuhu… mahu tak cukup lantai dah nak tekan minyak… hahaha

  • Anwar Osman 17 May 2012 at 21:26

    Pernah terserempak jugak.. yg penting jgn bunyikan hon. Kalau memandu, tukar guna low beam ja supaya gajah x terkejut ngan lampu. Jgn berhenti.. dan kalau gajah melintas jalan.. terpaksa berhenti kan. JANGAN guna HIGH BEAM semata2 nak tgk dengan lebih jelas.. Takut dia terkejut dan naik minyak.. HARU. Dan switch on hazard light supaya anda tidak dilanggar dari belakang.
    Anwar Osman menulis » Kenapa lelaki berubah selepas kahwin? (Isu Jarang Call)My Profile

    • eizil 18 May 2012 at 19:49

      betul juga tu… :D kalau dia terkejut, mesti berkeliaran dia berlari… silap2 kereta kita yang jadi mangsa di sondol atau dipijak

  • akubiomed 17 May 2012 at 21:16

    Kawan saya pernah terserempak sekumpulan gajah di Gerik. Memang laluan mereka agaknya.
    akubiomed menulis » Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

    • eizil 18 May 2012 at 19:48

      memang kawasan hutan sekitar tu tempat tinggal gajah2 tu… kita yang membina jalan di tempat “lepak” gajah-gajah tersebut… hehehe