Apa yang anda inginkan dalam sebuah theme WordPress?
Assalamualaikum dan selamat pagi,
sejak dua menjak ni, hujan lebat turun saban hari, ada beberapa kawasan yang mulai ditenggelami air disebabkan hujan lebat yang mencurah-curah, semoga tiada banjir besar yang akan berlaku, dan sekiranya banjir sekalipun, di harap semua akan berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian supaya tiada kemalangan jiwa yang akan berlaku. Kali ini aku ingin membuat sedikit survey berkenaan perkara yang anda inginkan dalam sebuah theme WordPress?
Apabila aku bertanya sedimikian, pasti ada projek pembangunan theme WordPress yang akan dilepaskan kepada umum yang akan dilakukan dalam masa terdekat. Tujuan aku ingin membina theme ini adalah untuk memberi kemudahan kepada sesiapa yang sudah lama inginkan perkara-perkara yang mungkin masih tidak ada dalam theme lain, ataupun hanya terdapat dalam theme Premium yang mahal. Jika anda ingin mencadangkan fungsi-fungsi atau elemen untuk theme yang akan dibangunkan ini, bolehlah mengisi borang di bawah.
Theme ini juga dibangunkan sebagai salah satu penghargaan atas tajaan atau hadiah yang telah aku terima setakat ini. Semoga pembangunan theme ini akan memberikan faedah kepada semua pengguna WordPress di Malaysia ataupun di seantero Dunia.
sy nak themes yang kemas dan selesa jer..hehe..yang penting mesra SEO..
Hafizul menulis » Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir
ramai org nak theme yg cantik dan kemas…tak serabut bila nak baca
terima kasih kerana sudi beri maklum balas
Aku suka theme untuk magazine/news sebab kalau pembaca tengok, mereka akan minat dengan gambar-gambar untuk setiap entri
kalau theme ni aku cuma pilih yang cantik2 je la.rasanya semua orang pun sama.selain cantik,susunan dan warna pun mainkan peranan dalam pemilihan jugak…
Pacifista menulis » Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
terima kasih atas maklum balas tu bro…
insyaALLAH akan cuba terapkan semua cadangan2 dari rakan-rakan.
Semoga bro berjaya dalam projek ini. Saya sudah memberi sedikit pandangan

muhammad fakhruddin menulis » Anonymous, Bukan Saasatul Ibaad
terima kasih banyak bro atas pandangan yang diberikan.
Kalau secara umum, macam taktau nak cakap apa.
Tapi kalau theme sendiri, macam2 rasa nak buat, tapi tak reti je sob3.
Btw, skg ni mungkin bro blh buat responsive theme pulak.

Dengar cerita child theme untuk framework genesis (framework yg saya sedang guna) lepas ni pun akan di standardizekan untuk jadi responsive theme. Rasanya dlm setahun dua lg semua theme baru akan jadi responsive
Affan Ruslan menulis » Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!
Menarik cadangan bro ni, alang2 nak buat kan… worait, akan dijadikan salah satu feature theme ni nanti insyaAllah, terima kasih atas cadangan.
responsive theme tu natang apa??
Ahmad Fikrizaman menulis » Yes 4G Installer Untuk Linux 64bit dan 32 bit (Ubuntu)
responsive theme ni akan ikut saiz browser device, biasanya akan rujuk kepada kelebaran sesuatu browser tu, so theme camni, bila dibuka dari telefon atau device yang lebih kecil, susun atur setiap elemen akan berubah untuk memastikan user boleh menikmati pelayaran laman sesawang yang baik.
ooo.. okeyh.. paham2.. macam guna css3 element media tu kan?
Ahmad Fikrizaman menulis » Yes 4G Installer Untuk Linux 64bit dan 32 bit (Ubuntu)
opoo baru faham sikit2…banyak lagi yang kena belajar bab ni..adoii…terima kasih pada yang bertanya dan pada yang menjawab..hehe
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #33 – Alhamdulillah