Antara sebab #MobileOffice menjadi pilihan.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

syukur alhamdulillah, harini cuaca sejuk sebab hujan membasahi bumi sejak pagi tadi, walaupun sebelum ini sudah beberapa hari cuaca begitu panas, sehinggakan pokok-pokok bunga di halaman rumah juga mengalami kesan atas cuaca yang begitu panas. Aku sudah beberapa hari berehat dari kegiatan atas talian disebabkan sibuk dengan beberapa urusan lain, tidak lama lagi aku akan memperkenalkan sebuah laman web baru yang bakal dibuka untuk memenuhi keperluan wanita-wanita atau pencinta wanita di luar sana.

icon smile Antara sebab #MobileOffice menjadi pilihan.
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Kembali kita kepada tajuk artikel kali ini, apakah sebab aku memilih #MobileOffice sebagai pilihan untuk aku menyiapkan kebanyakan kerja-kerja yang diberikan kepada aku? Kepada yang masih belum mengetahui apakah #MobileOffice, sila baca artikel berikut untuk mengetahui terma ini dengan lebih mendalam WTH is Mobile Office. Di dalam artikel tersebut, terdapat juga slides menerangkan sebab-sebab mengapa beliau memilih #MobileOffice, dan dalam artikel ini, aku akan berkongsi kenapa aku juga memilih perkara yang sama.

Kebebasan


Sebab utama mengapa aku memilih untuk #MobileOffice di samping aku juga melakukan SOHO, adalah disebabkan kebebasan yang aku boleh capai. Secara asasnya, di mana sahaja yang mempunyai talian internet dan juga punca kuasa elektrik (disebabkan Ruby hanya mampu bertahan tanpa bateri sehingga 1 jam setengah sahaja), aku boleh melakukan kerja aku. Maksudnya aku boleh melakukan kerja di mana-mana restoren, di tepi pantai, di kawasan tanah tinggi seperti cameron dan di mana-mana sahaja yang boleh memberikan aku ruang untuk bekerja. Kebebasan ini membolehkan aku bekerja di mana sahaja tanpa sebarang batasan, di tanahair sendiri mahupun di luar negara bukan soalnya lagi.

Masa kerja yang berbeza

Ada sesetengah orang gemar untuk bekerja dalam tempoh masa yang tetap, tetapi aku akan cepat bosan jika aku mempunyai masa kerja yang tetap, aku tetap akan memastikan aku akan bekerja sekitar 8jam sehari, tetapi masa aku mulakan kerja adalah tidak sama, ini memberikan aku ruang untuk memastikan produktiviti sentiasa berada di tahap yang memuaskan untuk memastikan aku tidak membuang masa begitu sahaja. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang tidak akan memberikan aku produktiviti 100%, aku akan bekerja mungkin dari jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi, kemudian jam 2 petang hingga 4 petang dan bakinya pada waktu malam, atau dari jam 10 pagi sehingga 2 petang pada hari berikutnya, dan sebagainya mengikut keperluan aku pada hari tersebut.

Jika aku memilih untuk bekerja di dalam pejabat, corak masa yang berbeza ini akan mengganggu pekerjaan aku, kerana aku akan banyak membuang masa untuk perjalanan ke pejabat dan jika aku akan keluar pejabat pada bila-bila masa, dan perlu kembali pula pada bila-bila masa yang diinginkan, ini pastinya akan mengekang dan mengganggu produktiviti pekerjaan aku. Dengan mobile office, aku boleh mencapai perkara ini dengan mudah, kerana di mana-mana sahaja adalah pejabat aku, jika aku kebetulan perlu berjumpa dengan client di pejabat mereka atau di mana-mana lokasi, dan selepas itu aku perlu meneruskan kerja, aku hanya perlu mencari lokasi berdekatan yang sesuai untuk meneruskan kerja-kerja aku.

Suasana tempat bekerja

Dalam pekerjaan seharian, pasti ada masa yang kita akan rasa tertekan, sakit hati, marah dan sebagainya, jika aku terperap dalam kiub tempat kerja yang sama setiap hari, pasti akan menjadi cabaran yang besar untuk mengatasi semua perasaan ini, kebanyakan memilih untuk memendam rasa dan melepaskannya semasa di rumah. Oleh yang demikian, aku memilih untuk bekerja di kawasan yang berbeza-beza, kadangkala di taman-taman yang mempunyai pohon-pohon yang menghijau, kadangkala di gerai-gerai yang penuh dengan orang ramai, adakalanya pula memilih untuk bekerja di rumah sahaja. Tempat dan kawasan yang berbeza ini memberikan aku ketenangan dan peluang untuk mengatasi perasaan-perasaan negatif yang perlu di hadapi ini. Aku tidak sekuat mereka yang lain, yang mampu mengatasi perasaan ini di pejabat mereka.

Itu adalah serba sebanyak sebab aku memilih untuk menggunakan mobile office bagi memenuhi keperluan kerja aku. Aku tidak memaksa untuk semua orang mengikut gaya kerja aku, cuma janganlah sampai menghina atau memandang rendah jika dikalangan kenalan atau rakan anda, ada yang memilih mobile office sebagai gaya hidup pekerjaan mereka, kerana setiap orang mempunyai pendapat, perasaan, perangai dan prinsip yang berbeza. Tidak semestinya hanya kerana beliau tidak duduk di pejabat tetap, beliau tidak mampu untuk menyamai kualiti kerja yang dilakukan oleh orang lain. Sama-samalah kita menghormati gaya hidup pekerjaan masing-masing. Apa yang penting, lakukan kerja kita dengan penuh tanggungjawab, semoga rezeki yang diperolehi diberkati dan dapat memberikan faedah kepada semua masyarakat sekeliling.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    Salam eizil,

    Tahniah sebab gaya berkeja yang “mobile” Antara “Mobile” dan “Soho”, secara peribadi aku lebih kepada stail “Soho.” Tapi tuu la, stail masing2 yang penting tu, sebab bila suka stail tu, kita pun senang bekerja.

    Kalau kat luar negara tuu, Kerja dalam RV syiok juga ; konsep gabungan SOHO dan Mobile.

    Working desk yang cun bagi aku, suasana nyaman dan ada secawan, ehh semug kopi di atas meja : )
    incik RestNrilekS menulis » Nokia N8 – It is Really Nothing to Some- But I still Like ITMy Profile

    • menulis

      Salam Incik RestNrilekS,

      yup, masing-masing ada stail tersendiri… selagimana ianya tidak mengganggu kerja yang kita lakukan, tidak salah untuk bekerja secara mobile, soho, mahupun di pejabat. :D

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.