Anda ingin belajar WordPress dengan lebih mendalam?

Anda ingin belajar WordPress dengan lebih mendalam?

Assalamualaikum dan salam pagi isnin kepada semua,

apa khabar semua? semoga sihat sejahtera hendaknya, aku alhamdulillah masih mampu menitipkan jari-jemari ini di atas papan kekunci yang sudah semakin usang di mamah usia ini. Kepada yang masih bermalas-malasan untuk bekerja, luangkan sedikit masa untuk menghirup udara segar dan melontarkan pandangan jauh ke permandangan yang menghijau (jika mampu). Kesegaran di pagi hari akan memberikan akan lebih tenaga untuk meneruskan hari-hari anda.

Kali ini aku ingin bertanya, adakah di antara pembaca eizil.com ini yang ingin mempelajari WordPress dengan lebih mendalam? Bila aku sebut mendalam ni, maksudnya kalau tidak pernah menggunakan WordPress, akan diberi peluang untuk belajar menggunakan WordPress, dan kepada yang sudah menggunakan WordPress pula, akan diberi peluang untuk belajar fungsi-fungsi yang lebih mendalam, bukan sekadar belajar bagaimana menggunakan WordPress itu sendiri, tetapi belajar bagaimana untuk membina Theme, membina plugin, membina fungsi-fungsi tambahan dan ubahsuai WordPress untuk di jadikan sesuatu yang di luar fungsi asal WordPress ini.

Semperna bulan Oktober ini, aku ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin belajar salah satu atau kesemua perkara yang aku nyatakan di atas untuk belajar terus dengan aku. Jika ada yang masih belum mengenali siapa Eizil, bolehlah pergi ke ruangan Kenali Eizil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang aku. Peluang untuk belajar ini aku hadkan kepada 10 orang, disebabkan dikhuatiri aku tidak mempunyai masa yang cukup jika terlalu ramai peserta yang terlibat. Namun begitu, terdapat yuran yang akan dikenakan, ini untuk memastikan mereka yang menyertai program ini, adalah mereka yang betul-betul ingin belajar, dan bukan sekadar menyertai untuk melepaskan batuk di tangga.

Jika anda telah belajar sehingga kepada pembuatan theme, plugin dan fungsi-fungsi tambahan, kemungkinan besar anda akan menerima projek-projek pembinaan laman web dari aku di kemudian hari. Yuran yang dikenakan ini adalah pelaburan anda untuk menjana pendapatan pada masa akan datang, selain memudahkan untuk anda menambahbaik blog atau laman web yang telah anda bina. Kepada yang berminat, bolehlah menghantar permohonan ke email aku eizil[at]eizil.com atau menggunakan borang yang disediakan di ruangan Hubungi saya. Sila nyatakan kemahiran yang telah anda miliki untuk membolehkan aku mengenalpasti tahap pengetahuan yang anda miliki, kerana setiap individu mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-beza.


Semoga harini segala urusan akan dipermudahkan insyaALLAH.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 October 2010 09:03
43 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Hafizul 7 November 2012 at 22:28

    emm kalau dibuat lagi untuk tahun 2012 ni kan best..hehe
    Hafizul menulis » Wordless Wednesday #33 – AlhamdulillahMy Profile

  • puanbee 30 October 2011 at 15:21

    wah hebat ni , tp tak boleh join lagi komitment tinggi kalau betul2 nak belajar ni ..

  • syahrilhafiz 7 October 2010 at 19:54

    hurm teringin gak nak buat / edit tema sendiri..
    syahrilhafiz menulis » Ubuntu dan BiologiMy Profile

    • eizil 7 October 2010 at 21:30

      kalau terasa nak join kelas, sentiasa dialu-alukan bro… :)

  • khairil 7 October 2010 at 1:20

    wow, peluang yg menarik, buat masa skrng nak bagi mahir yang basic2 dulu sebelum nak bljr lebih advance, tp in future mmg nak belajar buat theme sendiri

    • eizil 7 October 2010 at 5:27

      kalau nak belajar yang basic dulu pun boleh gak masuk kelas bro, kalau nak masuk kelas aa kan… kemudian baru masuk kelas advance plaks… :)

  • wazy 7 October 2010 at 0:56

    menarik offer dari bro ni
    saya berminat untuk belajar buat theme wordpress
    ade rezeki jadi murid bro la ek
    wazy menulis » WordPress For Dummies 3rd EditionMy Profile

    • eizil 7 October 2010 at 5:25

      insyaALLAH bro… pintu sentiasa dibuka… silakan masuk bebila masa… hehehe

  • Hadi Rofiee 6 October 2010 at 21:46

    Aduh, seronoknya dapat belajar. Tapi kerana kekangan masa, tak dapat nak sertai.

    pa2 pun, tahniah Bro. Moga aku dapat belajar di lain waktu. i’Allah. :-)

    • eizil 6 October 2010 at 22:53

      InsyaALLAH bro, ada rezeki nanti masih boleh belajar… :) selagi diberi kesempatan aku memang nak mengajar lebih ramai dalam bahasa melayu, sebab lebih mudah faham aku rasa.

      • Hadi Rofiee 7 October 2010 at 17:10

        Setuju sangat2. aku pun suka begitu. semoga dipermudahkan segala urusan. :-)

        • eizil 7 October 2010 at 21:29

          terima kasih bebanyak bro… :)

  • Noridah 6 October 2010 at 8:35

    tawaran yang bagus. kena kumpul ongkosnya dulu la…harap bayaran tidak dinaikkan untuk tempoh agak lama…hehehe,

    ada ajar buat iphone/ipad application tak?
    Noridah menulis » Twittercom berwajah baruMy Profile

    • eizil 6 October 2010 at 10:14

      insyaALLAH bayaran memang tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat… iphone/ipad application buat masa ni belum nak adakan kelas lagi :)

  • hafidz 5 October 2010 at 22:19

    Bagus ni ada aktiviti sebegini.
    Pada yang baru nak belajar2 tentang wordpress, apa lagi…. Join saja~ 8)
    hafidz menulis » Jatuh Bangun KembaliMy Profile

    • eizil 6 October 2010 at 10:15

      sekadar berkongsi kepada komuniti… :)

  • shaharil 5 October 2010 at 14:54

    wahh… tawaran yang menarik tapi belum berkemampuan lagi.
    shaharil menulis » Jawatan Kosong- Pengulas Yang BertuahMy Profile

  • Lee 5 October 2010 at 14:02

    saya berminat. insya-allah saya akan contact sekiranya ongkosnya mencukupi.. ;)
    Lee menulis » Senyum Ketawa Tangisan Riang GembiraMy Profile

    • eizil 5 October 2010 at 20:35

      okay bro, no problem, tawaran insyaALLAH akan sentiasa terbuka… :)

  • mrs jamal 5 October 2010 at 11:40

    wah best ni bro? blajar kat mane nt?
    mrs jamal menulis » Bukan Begitu MaksudkuMy Profile

    • eizil 5 October 2010 at 11:45

      belajar secara online ataupun offline, mengikut kehendak peserta :)

  • Jaws 5 October 2010 at 10:35

    boleh saya tahu berapa harga yuran?
    saya ingin tahu harga pasaran semasa untuk latihan seperti ini.

    • eizil 5 October 2010 at 10:42

      Saya pun tak pasti harga pasaran kalau berdasarkan orang lain, bergantung kepada masing-masing rasanya, tapi untuk program kali ni, satu module RM250, latihan berterusan jika ada sebarang update terbaru WordPress, kira yuran sekali bayar jer. :)

      Bro nak buat latihan macam ni juga ke? ke memang bro dah buat erk?

      • Jaws 5 October 2010 at 10:49

        latihan ini di buat secara online atau face to face?
        kalau ingin belajar membina theme sahaja berapa agaknya?

        • eizil 5 October 2010 at 10:56

          latihan dibuat secara online atau offline (face to face) bergantung kepada peserta, kalau ingin belajar membina theme sahaja, RM250.

  • madlut 5 October 2010 at 10:27

    pernah belajar sendiri bagaimana nak bina theme, agak menarik dan berbaloi kalau belajar..

    insyaallah, jika ada kelapangan, ingin belajar dari bro ;)

    • eizil 5 October 2010 at 10:40

      Kalau belajar sendiri pun okay juga sebenarnya, cuma kadangkala ada yang memerlukan cikgu untuk dijadikan rujukan, sebab tuh buka peluang ni untuk sesaper yang ingin belajar… :)

  • yonna 5 October 2010 at 1:40

    sememangnya tak pernah berminat nak belajar tahap coding ke theme ke,plugin ke hahaa.yang yonna tahu,post entry je hehe.

    but this is nice one bro! semoga mendapat anak didik yg terbaik hihi
    yonna menulis » CCBMy Profile

    • eizil 5 October 2010 at 10:05

      hehehe… insyaALLAH, sekadar ingin berkongsi sambil membantu antara satu sama lain… ;)

  • zik 4 October 2010 at 17:44

    nak belajar berminat nie… bulan nie ek….harap2 ada masa… try tengok adjust masa..
    zik menulis » Selamat menyambut peperiksaan PMR 2010!My Profile

    • eizil 4 October 2010 at 17:49

      worait bro, kalau tak sempat bulan ni, lerh layan bulan depan plaks bro… hehehe… nanti adjust aa masa, pastu email aku. :)

  • Kie-yu 4 October 2010 at 16:32

    erk~!
    kite org belogspot
    tak dpt lah nk join :)

    • eizil 4 October 2010 at 17:19

      kalau pengguna blogspot dan teringin nak mempelajari wordpress pun sangat dialu-alukan untuk belajar bersama-sama. :)

  • ST 4 October 2010 at 10:52

    Offer yg bagus nih, cuma buat masa ni saya sendiri pula yg ada banyak urusan laen.. munkin lain masa ya :)
    ST menulis » Memasang LibreOffice pada Ubuntu andaMy Profile

    • eizil 4 October 2010 at 13:59

      tiada masalah bro, kalau ada kelapangan nanti bolehlah sertai program ni jika masih berminat pada waktu tu. :)

  • denaihati 4 October 2010 at 10:47

    Offer yg bagus ni. Boleh aku minta khidmat nasihat mana-mana bab yg aku kurang mahir ni.
    denaihati menulis » NGEBLOG UNTUK MENAMBAH KHAZANAH DAN MENJALIN SILATURAHMIMy Profile

    • eizil 4 October 2010 at 10:50

      insyaALLAH bro… :)

  • Nizam Limited 4 October 2010 at 10:35

    wahh..membina-membina ni memang tak pandai la..kalo bab guna mane yg ade tu pandai la. hehe..
    Nizam Limited menulis » Cikgu Apa NiMy Profile

    • eizil 4 October 2010 at 10:39

      kalau tak pandai, tu yang boleh belajar tuh bro… ;) kalau dah pandai tak perlu nak sertai program macam ni… hehehe

  • mijie 4 October 2010 at 9:28

    satu tawaran yang hebat daripada eizil

    *komitmen terlalu banyak untuk turut serta, insyaAllah suatu hari nanti mungkin kita boleh bekerjasama
    mijie menulis » Cara baru pengiklanan blog dengan pixel iklanMy Profile

    • eizil 4 October 2010 at 10:15

      insyaALLAH bro… ada kesempatan nanti boleh jer untuk kita bekerjasama… :D