Adakah anda… ?
Bulan September muncul lagi, menunjukkan bahawa tak lama lagi akan masuk sukuan ke-4 tahun 2009. Adakah anda sudah memperolehi apa yang anda inginkan? Jika sudah, Alhamdulillah tetapi jika belum, jangan mudah berputus asa, masih ada masa untuk kita berusaha.
Aku plaks, masih bertungkus lumus untuk membina menara kejayaan yang telah lama aku cita-citakan selama ini, masing-masing mempunyai cita-cita yang berlainan. Begitu juga aku, walaupun selalunya aku sekadar menyebutnya dalam nada jenaka, tetapi jauh di sudut hati ini memang aku ingin mencapai apa yang aku katakan tu. Mungkin benda yang aku cita-citakan itu bunyi macam pepelik jer, tapi ia memberikan aku dorongan dan motivasi saban hari.
Mungkin bukanlah dalam masa terdekat aku akan capai cita-cita tersebut, namun saban hari aku berusaha ke arah itu. Segalanya memerlukan ilmu, dan pencarian ilmu itu perlu di lakukan dengan pelbagai cara. Dari pembacaan, pendengaran, penglihatan dan juga mencari cikgu atau mentor yang sesuai. Apa salahnya mengeluarkan sedikit modal untuk ilmu yang akan boleh digunakan sepanjang zaman, insyaALLAH. Itulah yang cuba aku lakukan juga, namun bukanlah mudah untuk mencari mentor yang sebenar, terlalu ramai yang gah sehingga lebih mementingkan yuran dari isi kandungan ilmunya.
Begitu banyak ragam dan kerenah yang perlu aku hadapi saban hari bila berkomunikasi dengan orang lain, ada yang baik, ada yang bertimbang rasa, ada yang mengikut perasaan, ada yang hanya sedar kesilapan orang lain tanpa melihat kesilapan sendiri (mungkin aku juga kadangkala begitu), ada yang sanggup menipu, ada yang kuat merajuk, ada yang terlalu angkuh dengan diri mereka, dan pelbagai lagi yang tidak mampu untuk disenaraikan. Kadangkala aku serba salah, untuk membuat mereka semua tersenyum bukanlah mudah, dan seringkali aku tersepit di dalam keadaan di mana mereka akan membuat aku rasa bersalah walaupun selepas pelbagai perkara yang aku cuba lakukan.
Aku juga ada kehidupan yang perlu di lalui, bukanlah kehidupan aku ini sekadar untuk  membuat orang lain tersenyum riang, aku minta maaf kalau kadangkala aku terpaksa berlalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan marah, sedih atau gembira. Aku perlu berusaha untuk kehidupanku juga, bukanlah berniat untuk menjadi seorang yang sombong, namun setiap perkara ada batasnya. Terpulang kepada prinsip masing-masing, aku juga mempunyai prinsip yang perlu aku pegang untuk menjadi landasan kehidupanku ini yang masih jauh dan berliku.
Kepada keluargaku, saudara maraku, kawanku, kenalanku, sahabatku, musuhku dan mereka-mereka yang kenal denganku, aku memohon maaf andaikata aku terpaksa mengabaikan kalian pada sesuatu masa, bukan niat untuk berbuat demikian, namun aku perlukan masa untuk menguruskan kehidupanku yang masih berkecamuk ini, yang masih belum teratur, yang masih perlu di perkemaskan ini. Aku tahu, ada kalanya aku akan perlukan bantuan kalian, namun ada kalanya juga aku perlukan masa untuk bersendiri. Namun jika ada masalah yang dihadapi, usahlah ragu-ragu untuk menghubungiku, andai terdaya kudarat ini, akan ku bantu sedaya mungkin.
Selamat menjalani kehidupan semua.
[...] muka aku nanti. So far aku masih tak kira lagi berapa byk jilid kreko yang aku plan nak jual pada Eizil. Sebabnya beberapa hari lepas aku gile main games “Mystery of Prime Suspect” dan [...]
Novel erk… hehehe…
Good luck gak untuk bro Jebat
Thanks bro Jebat… semoga naluri bro jebat itu menjadi kenyataan.
Kalau baca sekali imbas, macam novel pun ada post ni eak
. Naluri saya mengatakan Eizil boleh pergi jauh dalam arena ebiz ini. Gud luck eizil..
ehehehe… kenal ngan bro ijam pun BEST gak… mmg serasi jer aku rasa…
tapi bro, kalau artikel ni ada buat ko terasa ke apa ke… sorry erk… aku tulis tu secara general, takder nak tuding jari kepada sesiapa…
Apa pun, padaku.,. Setiap org ada matlamat sendiri utk digapai dan dicapai..
Pasti ( aku sendiri ) ada melakukan kesilapan.. Dengan rakan2 dan sahabat seperti anda membuat saya melihat kekilafan itu..
Apa pun, dengan artikel ini, harap ia tidak akan tamat disini. Walaupun ia biasa.
Padaku ia memberiku kefahaman utk digapai bukan semudah ABC.. Apa pun, BEST kenal bro..