Eizil @ Twitter · RSS Feed

Segalanya mengenai BB

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

bila sampai waktu malam begini, aku mengambil peluang untuk berehat-rehat sambil melayari alam maya untuk membaca cerita-cerita yang menarik, kalau tak menarik, biasanya sempat baca tajuk jer. Begitulah kehidupan di malam hari, tetapi selepas ini, bulan ramadhan bakal tiba, maka aktiviti malam akan berubah seperti biasa. Malam hari akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti lain, mungkin budaya di sini berbeza dengan tempat asalku, tetapi ianya suatu yang perlu aku cuba alami. Kepada yang akan menjalani ibadat puasa, jangan lupa membaca artikel Hindarkan perkara-perkara yang menjejaskan ibadat puasa. Semoga ianya akan memberikan kebaikan kepada semua.


Dalam artikel kali ni, aku sekadar ingin berkongsi beberapa perkara mengenai BB. Terlalu banyak singakatan BB yang digunakan pada masa kini, jom kita lihat beberapa perkara yang berkaitan dengan BB ini.

BB – BlackBerry

BlackBerry

BlackBerry adalah telefon bimbit yang dibangunkan syarikat Kanada Research In Motion (RIM). Sementara ia menyertakan aplikasi telefon pintar (buku alamat, kalendar, senarai untuk-dibuat, dsb.) dan juga kebolehan telefon pada model baru, BlackBerry paling dikenali kerana kebolehannya menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja ia mendapat rangkaian wayarles pengendali telefon bimbit tertentu. Ia memiliki bahagian 20.8% pasaran jualan telefon pintar sedunia, menjadikannya pelantar kedua paling popular selepas Symbian Nokia, dan telefon pintar paling popular di kalangan pengguna perniagaan. Namun begitu, sejak dua menjak ini, kecoh isu BlackBerry akan dibanned penggunaannya di Malaysia.

BB – Batang Berjuntai

Sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Kuala Selangor, bandar ini telah diberi nama Batang Berjuntai. Orang sekitar menggunakan singkatan BB untuk merujuk kepada pekan yang berada berdekatan dengan rumah mereka itu. Batang Berjuntai” merupakan satu istilah dalam bahasa Melayu. Ia digunakan kerana kawasan itu menmpunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula. Namun pada tahun 2007, nama bandar ini telah ditukar kepada “Bestari Jaya”.

BB – Big Brother

Sebuah rancangan realiti tv, di mana sekumpulan orang hidup bersama dalam sebuah rumah besar, terpencil dari dunia luar tetapi terus diawasi oleh kamera televisyen. Setiap siri berlangsung selama sekitar tiga bulan, dan ada biasanya kurang dari 15 peserta. Para teman serumah mencuba untuk memenangi hadiah wang tunai dengan mengelak dari penggusuran berkala dari rumah. Idea untuk acara ini dikatakan datang semasa sesi brainstorming di rumah produksi John Mol de Produkties pada tarikh 4 September 1997. Siaran Big Brother pertama adalah di Belanda pada tahun 1999 di saluran TV Veronica. Itu dijemput oleh Jerman, Portugal, Amerika Syarikat, Inggeris, Sepanyol, Belgium, Sweden, Switzerland dan Itali pada tahun berikutnya dan menjadi sensasi di seluruh dunia. Sejak itu telah menjadi waktu-prime hit di hampir 70 negara.

BB – BB Gun

BB gun

BB Gun adalah jenis senjata udara yang direka untuk menembak projektil bernama BBS selepas pelet birdshot sekitar saiz yang sama. Projektil ini biasanya berbentuk bola; yang biasanya digunakan untuk memburu burung. BB Gun moden biasanya memiliki barel smoothbore, dengan ukuran diameter dan berkaliber 0,177 inci (4,5 mm). Beberapa pengeluar masih membuat bola dengan diameter lebih besar dan yang umumnya bertujuan untuk digunakan dalam barel BB Gun. Beberapa syarikat Asia juga membuat BBS plastik untuk rekreasi.

#lain-lain kegunaan BB

BB – Boleh Blah!
BB – Boleh Balik
BB – Barang Baik
BB – Bagus Bangat

Itulah serba sedikit perkara yang berkaitan dengan BB, jika ada yang lain yang anda tahu, sudilah kiranya berkongsi di ruangan komen. Selamat malam semua.

Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanfaat buat anda? Jika ya, isi email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 221 orang telah berdaftar.



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • ejam 9 August 2010 at 22:11

    BB = baru betul…
    BB = biar betul…

    hehe
    ejam menulis… Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang MataMy Profile

    • eizil 9 August 2010 at 23:37

      hehehe BetulBetul… :D

  • Luth Textile 9 August 2010 at 23:17

    BB – broadband
    hahahha

    • eizil 9 August 2010 at 23:38

      owhh.. camner lerh terlupa benda yang aku dok pakai setiap hari ni erk…. hehehe

  • Kreuger 9 August 2010 at 23:35

    BB – BerokBerry derr…. lepas ni.. konfemmm kalau dh semua tempat haramkan.. dia akan jadi haram jadah plak.. kesian… lepas ni sama taraf dengan CSL jer.. ade di jual di pasr malam hahaha.. bagusnya
    Kreuger menulis… Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B Muhamad AzmanMy Profile

    • eizil 9 August 2010 at 23:39

      wahahaa… BerokBerry pun ada erk bro… :D
      Kalau dah haramkan tu kan, maksudnya semua sim card akan dah tak support aa erk?

  • yonna 10 August 2010 at 2:59

    tak faham kenapa BB kena banned di sesetgh negara.

    p/s : bro, kenapa setiap kali masuk blog ni, IDM ni dia detect apa entah suruh download hoho

    • eizil 10 August 2010 at 9:30

      tuh aa… dorang kata takut maklumat rahsia akan terbongkar melalui BB ni, sbb dorang taklerh access data yang user kongsi thru BB, ie: melalui bb messenger… klu tak silap camtu aa penerangan dia.

      p/s: pasal yang download tu, kalau yonna guna firefox erk? dia cuba download file css yang di gzip tu sebenarnya… sedang dalam proses baik pulih

  • hafidz 10 August 2010 at 16:47

    BB = Bila Bengang~
    hafidz menulis… Tunjuk PerasaanMy Profile

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge