Dua Kosong Satu Kosong

Sudah masuk 14 hari kita berada di tahun baru, tetapi baru hari ni aku berkesempatan untuk menulis artikel di tahun baru ini. Tahun baru aku dimulakan dengan demam yang teruk selama hampir seminggu, semua hanyalah disebabkan kekurangan rehat selepas pelbagai majlis, perjalanan yang jauh ke sana ke mari, bulan 12 merupakan bulan yang paling banyak aku travel ke sana sini, dari kl ke johor, kemudian kl ke kelantan, kemudian kelantan ke kl, kl ke kedah, kedah ke kelantan… semuanya dalam beberapa minggu dan akhirnya aku tumbang juga.

So untuk ringkaskan yang panjang, aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua, tahun ni adalah titik tolak perubahan dalam kehidupan aku, selain status yang sudah bertukar, tanggungjawab semakin bertambah, dan merupakan tahun di mana aku akan melangkah lebih jauh dalam perniagaan yang aku jalankan. Semoga semuanya akan dipermudahkan, walaupun permulaan nampaknya agak kasar, dan telah banyak liku-liku yang terpaksa dilalui, tetapi mungkin itu semua untuk menguji sejauh mana aku menginginkan benda ini.

Kepada semua, aku ucapkan semoga berjaya dalam apa jua yang anda ceburi, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Banyakkan bersyukur ke hadrat ILAHI di atas apa jua kurniaanNYA. Tidak kira kesusahan atau kesenangan, dan janganlah kita lupa diri dalam mengejar apa jua yang kita kejar. Perhatikan juga masyarakat di sekeliling kita, adakah kita sudah melakukan kebajikan yang dituntut? jika belum, lakukanlah, pasti lebih diberkati.

Selamat maju jaya semua… :) serikan hari anda dengan senyuman, pasti anda akan menerima kembali banyak senyuman untuk menceriakan hari anda.

Artikel ini ditulis pada Thursday, January 14th, 2010 0:20 di bawah kategori Kehidupan, Muka Depan. Anda boleh mengikuti sebarang maklumbalas mengenai artikel ini dengan melanggan RSS 2.0 feed. Anda boleh menulis komen, atau trackback dari laman anda.

Leave a Reply