Genap 3 tahun eizil.com menggunakan Wordpress
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? harap semuanya sihat sejahtera, walaupun ada di antara sahabat kita yang sedang sakit, kita doakan semoga mereka cepat sembuh. Hari ini, 15hb Disember 2009, genap 3 tahun Eizil.com menggunakan Wordpress sebagai skrip utama. Sebelum itu eizil.com menggunakan skrip lain sebagai enjin utamanya, sejak didaftarkan pada 28 Mei 2005, alhamdulillah, eizil.com masih tetap melayari alam maya ini bersama-sama aku. Semoganya ia akan kekal untuk beberapa tahun lagi. Tidak seperti portalku awekonline yang telah aku tutup kerana tidak mempunyai masa untuk menguruskannya.
Sepanjang 3 tahun eizil.com menggunakan wordpress, berikut adalah antara statistiknya:
- Jumlah artikel 410
- Jumlah komen 2569
- Jumlah komen spam yang ditapis 84621
- Jumlah komen spam yang di tendang sebelum masuk 52184
- Jumlah kategori 24
- Jumlah tag 183
- Jumlah plugins yang di pasang 40
- Jumlah plugins yang aktif 31
dan sepanjang eizil.com menggunakan Wordpress ini, sudah 3 kali theme blog ini di tukar. Apa yang pasti, aku seronok menggunakan wordpress dan akan terus menggunakannya selagi ianya terus di bangunkan oleh pemiliknya. Tiba masa untuk aku kembali bekerja.

December 16th, 2009 at 10:20
hoho..tahniah kerana eizil sentiasa setia menggunakan Wp.
bleh sy tau eizil ni laki ke prempuan eh?
December 17th, 2009 at 20:31
TAHNIAH, eizil.com… teruskan memberi info yang terkini.
January 16th, 2010 at 15:40
40 plug in? 31 aktif? sy masih xreti pasang plug in n xbrani ubahsuai/ touchup sndiri web yg guna wp
January 16th, 2010 at 19:05
@hazwan: saya ni lelaki…
@najib: thanks bro…
@cidimidi: kalau nak saya tlg apa2 bitau jer aa… ehhehe… nak pasang plugin tu takder aa susah pun…
January 17th, 2010 at 10:01
okies.. nnt sy dm kat twit klu ade pertnyaan.. =)
stakat nie sy pun xtau ape nk buat.. hehe.. mayb lepas renew domain n hosting