Saya kongsi…
Semalam merupakan hari yang sangat memenatkan, dari pagi sampai ke pagi aku tidak berhenti menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Memulakan rutin harian seperti biasa, aku menaiki bas dari rumah ke KL untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di rumah pakcikku. Ketibaan di lokasi tempat aku meletak kereta, hujan turun dengan lebatnya, larian ku yang tidak berapa laju ini telah menyebabkan aku basah kuyup setibanya aku di dalam kereta. Tetapi masih banyak urusan perlu di lakukan, hujan ditempuhi dengan kelajuan yang rendah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aku tiba di kedai kad, sejam lewat daripada yang dijanjikan, bukan aku sengajakan, tetapi cuaca tidak mengizinkan, KL mengalami kesesakan trafik yang teruk semasa hujan lebat itu.
Selesai urusan di kedai kad, aku meneruskan perjalanan ke Midvalley, urusan seterusnya perlu di selesaikan. Jemputan oleh Najib untuk ke seminar PBS tidak boleh disia2kan. Baju masih separa lembab, tetapi tiada pilihan, hendak pergi membeli baju baru, masa sangat suntuk. Nak tak nak, aku redah jer juga. Setibanya di tingkat 5 hotel Cititel, kelihatan ramai peserta sudah tiba, aku masih tercangak2 mencari Najib, rupanya dia belum sampai. Pendaftaran di buat dan aku menunggu dengan jayanya. Sempat berborak2 dengan peserta lain yang berada di situ, sebelum Najib tiba bersama isterinya.
Semakin hebat kawan aku sorang ni. Syukur Alhamdulillah. Kemudian tidak lama selepas itu, seminar di jalankan, dimulakan dengan penceramah pertama Irfan Khairi, disusuli oleh Alan Lee dan Jefry. Banyak input yang menarik yang aku terima, terutama ketika penyampaian Alan Lee dan juga Jefry. Adrenaline di dalam diri ini seperti di bakar semangatnya sehingga membuak2 ingin keluar dari dalam.
Aku tertarik dengan komuniti PBS yang cuba mengumpul usahawan-usahawan melayu untuk bergabung, berganding bahu dalam mengusahakan bidang masing-masing. Yang lembah dibantu, yang sudah berjaya membantu. Teringat aku dengan kata-kata yang tidak asing bagi kebanyakan orang “Sharing is Caring” begitulah juga yang dilakukan oleh komuniti ini. Saya begitu tertarik untuk menyertai komuniti seperti ini, sudah lama teringinkan mentor yang sudah meraih kejayaan besar di dalam bidang mereka masing-masing. Jika mereka boleh lakukan, tidak ada alasan kenapa aku sendiri tidak boleh menjadi seperti mereka, pokok pangkalnya, perlulah ada ilmu, cara dan usaha yang mencukupi dan berterusan. Tidak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Walaupun pada pagi itu, aku sudah agak kecewa kerana waktu seminar yang asalnya diumumkan pada pukul 8 pagi. Tetapi memang ALLAH itu maha besar, waktu sebenar seminar adalah jam 8 malam. Aku sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai seminar tersebut. Nampaknya dengan adanya komuniti ini, aku akan dapat mengorak langkah yang seterusnya, mentor yang dicari sudah ada, tinggal aku untuk menggunakan mereka dengan sebaiknya. Semoga cita-citaku akan tercapai. Tetapi memang bukanlah senang untuk senang.

November 14th, 2009 at 10:38
Assalamualaikum..cam best je bila baca catatan ni..teringin gak nak join seminar camni tapi selalu ada komitmen yang perlu didahulukan.hemmmm…
November 14th, 2009 at 11:03
CONGRATS, Hadi! Welcome to our PBS community! That’s right! Sharing is Caring
Just learn the skills and the money will show up.
November 15th, 2009 at 22:46
@najib: Thanks a lot Najib…
@suziela: nanti saya contact kat email dan beritahu details selanjutnya erk…
December 18th, 2009 at 17:34
aku idea pasal perniagaan…tp xdak ilmu…cam menarik community tu…sapa2 leh join ka??atau kn ada invitation??