Semakin ramai rakan-rakanku yang sudah berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi, tidak kira apa bidang pun, yang penting ianya tetap perniagaan, dari perniagaan sekecil membuka gerai burger, sehinggalah perniagaan pengedar barangan yang bernilai jutaan ringgit. Semuanya berjaya dalam bidang yang diceburi, Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan apa yang mereka kecapi. Walaupun aku masih dalam proses untuk menuju ke laluan yang sama, tetapi terlalu banyak yang masih aku perlu pelajari. “Bukanlah senang untuk senang” sentiasa aku pegang untuk memastikan aku terus berusaha tidak kenal jemu. Kadangkala banyak dugaan yang mendatang, yang kadangkalanya menduga jiwa dan raga sehingga hampir mengaku kalah, tetapi tidaklah semudah itu untuk aku mengalah. Ada banyak lagi impian yang belum dikecapi, aku perlu meneruskan usaha untuk mencapai impian tersebut.
Apa yang penting, kejayaan semestinya memerlukan usaha, tetapi usaha semata-mata tidak cukup untuk memastikan kejayaan tersebut, terdapat elemen lain yang penting juga dalam mencapai kejayaan, iaitu ilmu. Ilmu yang boleh datang dari pelbagi sumber ini perlulah kita timba saban hari tanpa jemu. Tidak kira siang atau malam, tidak mengira warna kulit, bangsa mahupun agama, belajarlah selagi kita termampu. Setiap insan di ciptakan berbeza-beza, tetapi ilmu ALLAH yang dipinjamkan ini boleh di nikmati oleh sesiapa sahaja yang menginginkannya. Aku telah mendapat beberapa jemputan majlis ilmu dalam minggu ini, tetapi malangnya setiap jemputan tersebut bertindih dengan program yang telah aku rancang beberapa minggu yang lalu. Serba salah dibuatnya, semuanya hendak dilakukan, tetapi masa dan keadaan mencemburui.
Namun aku tetap bersyukur dengan kurniaanNYA, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku hanya perlu bersabar dan usah tamak dalam mengejar apa jua yang aku kejar. Semuanya perlu dilakukan dengan teliti, perancangan yang kemas, ilmu yang mencukupi, usaha yang setimpal dan doa ke hadrat ILAHI, insyaALLAH, akan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan-kejayaan tersebut. Saat aku menaip entri ini, jam menunjukkan 4.20 pagi, masih banyak kerja-kerja ku yang perlu disiapkan, sedang orang lain enak di ulik mimpi, aku masih berada di meja kerjaku ini untuk meneruskan usaha dalam membina kejayaan.
Benarlah, “bukan senang untuk senang“. Aku perlu bersabar dalam menempuh semua dugaan dalam perjalanan kehidupan yang bersifat sementara ini. Ramai rakanku telah berjaya, aku bila lagi? InsyaALLAH masa aku juga akan tiba, tetapi mungkin lambat atau cepat sahaja. Kadangkala terasa iri melihat kejayaan orang lain, tetapi mereka juga menjalani proses yang sama, bersusah2 dahulu sebelum mampu mengecapi kesenangan yang mereka ada sekarang ini. Mungkin ada juga yang bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang sudah berjaya, dan mereka hanya perlu meneruskan usaha dalam memperluaskan apa yang telah dibina oleh ayah atau datuknya sebelum ini. Tetapi bukanlah alasan untuk orang-orang seperti aku ini untuk berpeluk tubuh dan melihat orang lain berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Semoga usahaku selama ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti, aku juga ingin bergelar seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari kelak.



InsyaAllah, hadi! Yakin Boleh! dan aku percaya KAU BOLEH!Don’t ever ever give up once you are in ‘battle’ field! Business is like a war.. our mission is VICTORY!
InsyaALLAH najib, aku akan cuba sedaya yang mungkin, dengan ada rakan-rakan seperti ko di sisi… semangat semakin membara… seronok bila lerh berjuang bersama rakan-rakan… hehehe
bosan giler kt opis..godek2 internet..terbukak plak page nih..ntah sesape jer awk nih..huh..bwekkk
p/s: sorry sbb terbaca tanpa mntk izin! ngeehhh..
takper jer… sila2… baca jer kalau sudi…
hidup kalau tiada pengorbanan tidak terasa nikmatnya.. usaha perlulah seiring dgn tawakal. insyallah akan berjaya.
betul aa tu daisy… thanks…
cerita yang menaikkan semangat utk bekerja!!!walau siapa pun jua kamu,ucapan ribuan t.kasih kerana kau buat aku berkobar2 utk tingkat kn usaha dalam pekerjaan.
semoga semangat itu terus subur… sekadar berkongsi apa yang dirasa…