Sejak aku kembali aktif ke dalam dunia alam maya ni, aku tengok semakin ramai yang menggunakan medium online ni sebagai cara untuk mereka mendapatkan sumber pendapatan. Ada sesetengah yang baru berkecimpung kerana terpengaruh dengan cerita-cerita kejayaan daripada pelbagai pihak yang melakukannya melalui perniagaan online. Namun apa  yang aku lihat, terlalu banyak juga mengambil jalan mudah untuk berjaya sehingga melupakan pelbagai perkara yang sepatutnya di titikberatkan juga.
Apa yang aku tulis ni sekadar untuk mengingatkan diri aku dan menjadi pesanan kepada mereka-mereka yang baru berkecimpung atau memang sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan atau penjanaan duit di alam maya ini. Apa yang aku ingin nyatakan di sini, janganlah jadikan duit itu semata-mata tujuan kenapa kita melakukan sesuatu. Jika niat kita hanya berlandaskan duit semata-mata, memang duit sahaja yang kita akan perolehi. Tetapi adakah itu satu-satunya tujuan kita hidup di dunia ini? semuanya semata-mata kerana duit?
Aku harap ramai yang akan mengatakan tidak, kerana duit itu sebagai salah satu medium kehidupan. Memang duit itu penting dalam kehidupan kerana tanpa duit banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan. Untuk membuang air di tandas awam pun memerlukan duit pada masa sekarang ni. Jadi tak salah untuk kita berusaha mencari duit, tetapi perlu kita fikirkan sekali amal jariah yang perlu kita lakukan.
Saban hari aku tengok semakin banyak produk e-buku berada di pasaran dan alhamdulillah, dalam produk-produk e-buku itu ada yang diberikan secara percuma. Mereka-mereka yang memasarkan e-buku secara percuma ini sangat aku kagumi, kerana mereka sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk memberikan kemudahan kepada orang lain. Tidak kurang juga e-buku yang berbayar yang terdapat di pasaran. Memang ada banyak e-buku yang memang berguna isi kandungannya, dan tidak kurang juga e-buku yang diterbitkan semata-mata kerana inginkan wang ringgit.
Aku tidak mahu komen pasal e-buku yang berguna, tetapi e-buku atau produk2 online yang tujuan ianya diterbitkan atau di pasarkan adalah semata-mata kerana duit, tetapi isi kandungannya adalah lebih kepada komen-komen secara rawak yang dilakukan oleh pihak penulis untuk mewujudkan sebuah e-buku. Kemana hilangnya sifat lembut, hormat, bersopan santun dan beretika yang sering kita amalkan suatu masa dahulu semasa kita hidup di luar alam maya ini. Adakah disebabkan keadaan alam maya yang orang lain kita tidak jumpa secara berdepan menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja semata-mata ingin mendapatkan sumber kewangan.
Seringkali aku tertanya sendiri, berapa ramai antara kita yang berusaha untuk mengira zakat ke atas pendapatan yang kita perolehi? Aku sendiri kadangkala terlupa mengenai benda ni, tetapi stakat ni aku dah tanya, hasil pendapatan aku masih dalam kategori belum perlu di zakatkan. Tapi kalau nak bagi gak, bukanlah menjadi kesalahan pun, amal jariah ni boleh di lakukan tak kira masa dan keadaan. Ramai juga yang sudah lupa akan halal haram sumber yang kita perolehi. Ada yang sanggup membuka laman-laman web lucah semata-mata ingin menarik lebih ramai pengunjung untuk mereka memperolehi duit. Tidakkah kita terfikir bahawa duit yang kita terima itu akan jadi darah daging kita, suami kita, isteri kita, anak-anak kita, atau mereka-mereka yang berada di dalam linkungan keluarga kita.
Sanggupkah kita membiarkan keluarga kita makan dari sumber rezeki yang tidak halal? Fikir-fikirkanlah sendiri, kerana jawapan ada di tangan anda. Janganlah kita terlalu mengejar wang ringgit sehingga lupa akan pegangan kita. Sehingga lupa bahawa suatu masa dahulu kita pernah bekerja keras dengan cara yang halal untuk mendapatkan sesuap nasi, tetapi kini tidak lagi, kerana kita telah senang untuk mendapatkan wang ringgit tersebut, dengan hanya duduk di hadapan pc beberapa jam sehari, dan kita akan mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda daripada sebelum ini, tetapi malangnya ianya tidak halal.
Bukanlah niat untuk menuduh sesiapa, kepada yang melakukan ini semua di landasan yang benar, alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Tetapi kepada mereka-mereka yang lupa sebelum ini, harap berfikirlah semula, kajilah sumber pendapatan kita itu, adakah ianya benar-benar halal? dan jika benar ianya halal, jangan lupakan tanggungjawab kita untuk mengeluarkan zakat dan bersedekah kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Dan janganlah kita terlalu angkuh dengan apa yang kita perolehi sehingga kita lupa untuk berkongsi barang sedikit dengan orang lain.
Aku minta maaf kalau penulisan aku kali ni akan menyinggung mana-mana pihak, tetapi aku sekadar ingin mengingatkan diri aku dan mereka-mereka yang membaca artikel ini, untuk tidak melupakan tanggungjawab kita yang lain. Lakukanlah setiap pekerjaan kita itu dengan niat bukan sekadar untuk mendapatkan duit semata-mata tetapi untuk membantu orang lain dalam masa yang sama.



betul2.. setuju..
salam tuan, mohon dan minta izin untuk tepet url artikel ini dalam blog amber..
tq
wassalam, takyah aa sampai bertuan2… hehehe… sila2… tepet url artikel ni…
very intriguing post…
bagi aku, duit shud never ever be the ukuran utk buat sumthing.. as long as pekerjaan tu kasi ko new knowledge, new tricks to improve old knowledge, exposure dan sbgnye.. we shud take the opportunity.. bile kite buat sesuatu tu ngn jujur.. the monetary side out of it mesti akan datang naturally..
lately ni aku slalu gak pikir pasal the islamic side of things.. macam isu halal haram tu especially.. aku nye particular concern is about the softwares we r using.. since kite kan byk gune softwares2 kan.. zomg!! -_-
itu aa kan wanie… dah tiba masanya untuk menggunakan software yang sama ada dibeli atau memang boleh digunakan secara percuma… so tak timbul aa soal bebenda ni…
Kerja kerana duit atau duit kena kerja? hmm inilah yang selalu ditimbulkan.