Apabila bekalan tergendala…

Semalam lebih kurang jam 2 pagi, bekalan elektrik kat umah aku tergendala atau dengan erti kata lain, terputus. Maksudnya takder bekalan eletrik la tu, huhuhu Susah hidup ni dibuatnya bila bekalan elektrik tergendala macam ni. Kerja-kerja yang banyak semalam pun terpaksa ditangguhkan disebabkan tak boleh nak online untuk buat kerja. Dah aa waktu tu bukan waktu aku tido, nak tido pun tak boleh gak. Pembaziran masa yang sangat banyak semalam.

Dulu waktu di bumi asing tu, aku rasa kehidupan aku memang sangat bergantung kepada sumber Elektrik, kerana jika tiada sumber elektrik, nak masak pun tak boleh. Tetapi sekarang pun aku rasa hidup aku semakin bergantung kepada sumber elektrik, kerana sumber mata pencarian aku menggunakan elektrik. Kalau takder elektrik macam mana jer nak cari makan. huhuhu.blackout-eizilIni salah satu perkara yang macam susah nak elak, sebab aku takder kuasa untuk memastikan bekalan elektrik itu sentiasa mencukupi dan tiada masalah. So nak tak nak, terpaksalah hadapi dengan kesukaran walaupun aku sangat berharap bekalan elektrik tidak akan tergendala lagi buat  masa ni. At least tunggu aa hujung bulan ke, kalau nak blackout skali pun. huhuhuhu.

Beberapa jam semalam aku berbaring termenung untuk menidurkan diri, tetapi malangnya, mata ini masih tidak mahu memejamkan diri, kerana itu bukanlah waktu untuk dia tidur. Itu adalah waktu untuk bekerja. Namun sepanjang aku termenung semalam, ia memberikan aku masa berfikir selama berjam2 lamanya, aku pun memikirkan satu lagi program yang mungkin aku akan lancarkan awal bulan depan jika apa yang aku fikirkan semalam boleh dilaksanakan. Program ini akan memberikan faedah kepada ahlinya untuk jangka masa panjang.

Ok lah, tiba masa untuk aku sambung kerja-kerja yang tergendala semalam. Hari ni terpaksa kerja lebih masa (mmg selama ni pun kerja lebih masa gak), so kerja lebih-lebih masa untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Anda mungkin meminati artikel berikut

 

Tags: , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled