YM twitter status error
Mungkin ramai yang tau pasal pasal yahoo messenger v9 ni yang akan memaparkan latest blog atau latest twitter di status kita jika kita tidak meletakkan sebarang status. Kita boleh lihat contohnya di gambar di bawah.

di dalam gambar ini kita dapat lihat pada id wanie (seorang peminat nyamuk), twitter terkini kelihatan, dan jika kita tekan url ini sepatutnya kita akan ke status wanie yang terkini tersebut, tetapi malangnya, apa yang kita akan temui adalah gmbr di bawah ini.

Benda ni berlaku sebabkan kesalahan pemilihan jenis variable semasa menyimpan data ke dalam database. Disebabkan status ini di simpan menggunakan jenis variable INT. Maka id status twitter yang terkini telah melebihi limit untuk variable INT ini. Sebab itu ID status yang sebenarnya tidak tersimpan di dalam database dan seterusnya menyebabkan Status ym twitter updates ini error.
Aku tatau nak report benda ni kat siapa, tapi aku perasan benda ni pun sebab masa develop jomtwit aku mengalami masalah yang hampir sama… hehehe…
