JomTwit.com dilancarkan!

JomTwit.com dilancarkan!

Hari ini merupakan hari bersejarah kerana akhirnya buat julung kalinya, Kureno.com melancarkan aplikasi yang dibina oleh mereka iaitu JomTwit.com. Aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk membaca Twitter dalam kategori-kategori yang telah disediakan. Dengan adanya JomTwit.com ini, maklumat yang terdapat di dalam Twitter.com lebih mudah untuk diperolehi, di baca atau dilayari. Semuanya telah tersusun dengan kemasnya di JomTwit.com.

Di bawah ini dapat kita lihat bagaimana Twitple (istilah yang digunakan untuk pengguna Twitter) disenaraikan di sebelah kanan paparan manakala kategori di paparan atas. Setiap kategori mempunyai twitple yang maklumatnya berkaitan dengan kategori itu sahaja. Dapat dilihat kureno memilih kategori Berita, Teknologi, Hiburan, Makanan, Musik, Radio, Perlancongan dan Politik. Namun ini hanyalah untuk permulaan, JomTwit.com ini dilancarkan sebagai versi beta untuk mendapatkan feedback dari orang ramai. Banyak lagi fungsi2 lain yang akan di tambah dari masa ke semasa untuk memastikan aplikasi ini memberi manfaat kepada semua pengguna.
jomtwit-screeny

Kepada yang belum melihat jomtwit, apa kata kita tengok bersama-sama… hehehe… :D Jangan lupa click button feedback kat tepi tu dah bagi feedback anda mengenai JomTwit ini… hehehehe

Antara artikel lain dari blogger tempatan

Artikel ini telah di buka sebanyak 416 kali
tabs-top
tiada artikel berkaitan
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top

4 komen »

  1. [...] JomTwit.com dilancarkan! [...]

    comment-bottom
  2. aman menulis:

    tak sabar nak try versi personal. huhu.

    comment-bottom
  3. eizil menulis:

    hehehe… versi personal akan menyusul tidak lama lagi… hehehe

    comment-bottom
  4. catzer menulis:

    Jom twit..twit..hehehe..erm aku seyes tak ingat satu akaun twitter lama aku dulu.Pergh berjangkit gak hilang ingatan ko ni erk.

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Tulis komen?