Sejak aku pulang ke tanahair, aku mengambil keputusan untuk menjadi freelancer sepenuh masa, ini adalah permulaan untuk aku mengumpulkan modal yang secukupnya untuk aku membuka perniagaan yang telah lama aku cita-citakan. Sebagai seorang freelancer, aku rasa gembira kerana bebas untuk memilih waktu kerjaku, senang untuk aku menguruskan perkara-perkara lain di kala memerlukan. Walaupun kerjanya tidak menentu, tetapi semua itu bergantung kepada usaha yang dilakukan, sama ada rajin mencari pelanggan baru, atau hanya duduk berpeluk tubuh menunggu rezeki jatuh dari langit.
Sejak kebelakangan ini, aku mulai sibuk dengan pelbagai benda yang perlu di uruskan, projek-projek persendirian yang perlu disiapkan selain projek-projek berbayar yang perlu di siapkan juga. Pengalaman paling menarik bagi aku dalam seminggu ini adalah berpeluang untuk menyertai projek yang di uruskan oleh Faculty of Information Technology, MMU. Walaupun sehingga harini, aku tidak pernah mendapat pendidikan secara formal mengenai pengaturcaraan bahasa laman web, tetapi alhamdulilah, peluang yang terbuka memberikan aku peluang untuk belajar daripada orang lain yang lebih hebat ilmunya di dalam pengaturcaraan bahasa laman web.
Hampir seminggu aku duduk di KL ni, tapi harini aku terpaksa pulang ke kuala selangor disebabkan faktor kemudahan internet yang amat mendukacitakan di sini. Celcom Broadband yang aku guna pada awal pemilihan internet aku di sini terpaksa aku batalkan langganan, dan hanya menggunakan perkhidmatan prabayar. Walaupun agak mahal, tetapi ianya hanya untuk kegunaanku ketika aku tidak berada di rumah di kuala selangor. Di harap dalam masa terdekat tiada meeting yang perlu aku kunjungi, kerana terlalu byk masa yang akan terbuang jika aku perlu berulang alik dari kuala selangor ke kuala lumpur.
okaylah, banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan, di harap semua akan bersedia untuk pelancaran jomtwit pada isnin ini. Selamat hujung minggu.



Hebat-hebat sahabt aku.. Tahniah.. Rezeki ALLAH maha luas bro.. Semoga bro terus sucess dengan keja dan usaha bro..
terima kasih bro…
takder mananya hebat… huhuhu