Pelancaran JomTwit.com

Tinggal beberapa hari lagi aplikasi JomTwit akan dilancarkan oleh Kureno. Aplikasi yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP ini akan memberi pengguna pengalaman yang lebih menarik dalam penggunaan aplikasi Twitter. JomTwit dibina untuk memastikan segala maklumat yang berada di dalam twitter akan di susun dan dikemaskan untuk memudahkan para pembaca untuk mendapatkan maklumat tersebut.

jomtwit

Aplikasi ini sepenuhnya dibina oleh bumiputera, mereka menamakan diri mereka sebagai Kureno, yang terdiri daripada beberapa orang muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk membina aplikasi yang akan memberi manfaat kepada orang ramai. Kita akan boleh kenali mereka-mereka di dalam Kureno ini apabila JomTwit ini dilancarkan, bersama-sama web rasmi mereka. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengenai JomTwit ini, tapi tidak perlu gusar, beberapa ulasan awal telah di buat di amanz.my dan infomalaya.com, bolehlah kita sama-sama baca di sana. ;)

Anda mungkin meminati artikel berikut

(^^,)

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled