Movie: Transformers Revenge Of The Fallen

Semalam aku berpeluang menonton movie Transformers Revenge Of The Fallen ni, gi menonton bersama-sama akak aku dan kak liz kat mbo ampang. Waktu sampai kat sana, parking kat floor cinema tu memang penuh, so terpaksa parking kat tingkat atas satu lagi, situ pun macam dah nak penuh gak, perghh… ramai tul orang… huhuhu… masuk panggung, sudah ramai orang memenuhi setiap ceruk ruangan di dalam panggung wayang tersebut(sebab kitorang sampai lambat sket) tapi movie yang dinanti2kan masih belum mula lagi, semua masih dok menghayati iklan-iklan di layar besar itu. hehehehe…transformers22

Aku pun mengambil tempat duduk dan prepare segala macam gadget makanan (padahal satu jer pun) untuk persiapan tontonan sebentar lagi. Apabila lampu ditutup, bermulalah movie kali ni. Revenge Of The Fallen kali ni melihatkan kesinambungan daripada episode sebelum ni, pada awal movie tersebut, terdapat satu babak yang terjadi pada zaman dahulu kala. Pada movie kali ini, autobots memang berada di muka bumi bekerjasama dengan manusia untuk menghapuskan saki baki decepticons yang berada di muka bumi ini.

Namun keadaan semakin meruncing apabila serangan demi serangan diterima di muka bumi dan campur tangan dari pihak Presiden telah menyebabkan autobots di minta untuk meninggalkan bumi, kerana kesimpulan yang dibuat iaitu Decepticons menyerang bumi kerana autobots berada di situ. Namun adakah autobots akan meninggalkan bumi begitu sahaja? Adakah bumi akan selamat selepas itu? Adakah Decepticons akan mendiamkan diri? Saksikanlah sendiri movie ini di pawagam berdekatan. Aku tak nak cerita semua, sebab nanti dah tak seronok nak gi tgk wayang, ini sekadar sedikit intro untuk sesiapa yang merancang untuk menonton filem ini.

Filem kali ini agak panjang, lebih 2jam, aku lupa nak tgk jam time dia start, aku rasa kul 9 malam, dan aku kuar dari panggung kul 11.15, so memang panjang sket filem kali ni, terasa macam berbaloi laks beli tiket wayang lerh tgk filem ni lama-lama. ehehehe… Penceritaan pada permulaan bagi aku agak lemah, tetapi ianya semakin menarik sepanjang filem itu, terdapat banyak aksi-aksi menarik yang boleh kita tonton pada filem Transformers kali ini. Memang menghiburkan.

Oklah, selamat menonton semua… :) kepada yang ingin menonton trailer, bolehlah singgah di transformersmovie.com

Anda mungkin meminati artikel berikut

 

Tags: , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled