Resepi: Pasta Bolognesia

Aritu aku jejalan kat Tesco ngan adik, mak aku ngan tunang adik aku. Tgh jejalan tu, aku dok beli beberapa bahan untuk menu masakan aku yang seterusnya. Pastu tunang adik aku dok tanya pasal pasta time sampai kat ruangan pasta2 sebagainya. Pastu aku cakap aaa.. kalau nak rasa… amek jer aa… nanti aku masakkan. So pastu aku pun gi cari bahan tambahan untuk buat pasta Bolognesia.

Mesti ramai gak tertanya2, kenapa Bolognesia? Sebab asas dia macam sos Bolognese tu, tapi aku dah tambah beberapa bahan untuk mengikut selera orang malaysia ni, so terjadilah pasta Bolognesia. Sia tu datang dari Malaysia, sesuka hati aku jer kan nak namakan. hehehe… So jom kita baca apa yang aku gunakan untuk resepi kali ni.

Bahan-bahan:

  • Pasta sebungkus (tak kesah yang memaner pun, kali ni aku guna pasta linguine, tapi setengah bungkus jer, sebab tak ramai kat umah)
  • Sos tomato
  • Daging cincang
  • Fish cake dan fish ball
  • Daun bawang
  • Cili kisar
  • Bawang merah dan bawang putih di mayang
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Menggunakan periuk didihkan air, kemudian tambah pasta dan sedikit garam ke dalam air rebusan, kemudian rebus pasta tersebut sehingga mencapai kelembutan yang sempurna
  • Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan putih dengan minyak
  • Tambahkan cili kisar barang sesudu dua
  • Kemudian tumis sehingga cili itu garing dan masukkan daging cincang
  • Gaul daging itu sehingga daging itu masak, kemudian tambahkan fish cake dan fishball
  • Selepas fish ball dan fish cake tersebut masak, tambahkan sos tomato ke dalam campuran tersebut
  • Jika kuahnya terlalu berair, biarkan ianya mendidih sehingga agak kering, kemudian tambahkan hirisan daun bawang kedalam kuali.
  • Jangan lupa masukkan garam ke dalam kuah tersebut secukup rasa.
  • Pasta boleh dihidangkan selepas itu, enak di makan semasa sedang panas

So begitulah serba sedikit mengenai resepi pasta bolognesia ni, kat bawah ni aku seperti biasa kongsikan gambar hidangan kali ni. Selamat mencuba semua…

Anda mungkin meminati artikel berikut

 

Tags: , , , ,

2 Responses to “Resepi: Pasta Bolognesia”

  1. maz82 13 July 2009 at 9:58 #

    hehe..bile da bace rsepi ni..
    tringin lak nk wat..mcm sedap jer..
    x prnah cube lg msk pasta ni..
    insya Allah nnti try wat la..

    Balas komen ini

  2. eizil 13 July 2009 at 15:30 #

    hi maz, cuba jangan tak cuba… hehehe… :D

    Balas komen ini

Leave a Reply

CommentLuv Enabled