Seharian di UNISEL

Hari ni aku ikut bro ijam ke Universiti Industri Selangor yang terletak di Bestari Jaya untuk memberikan seminar mengenai Perniagaan Internet. Universiti ini masih baru lagi, baru lebih kurang 4 tahun kampus bestari jaya ini dibuka. Suasana memang sunyi disebabkan ramai pelajar masih bercuti kecuali mereka-mereka yang mengikuti semester pendek. Bro ijam datang ke rumah aku untuk membawa aku ke universiti tersebut, sebab aku takder kenderaan nak pergi. Terima kasih bro ijam sebab sudi datang umah aku, hehehehe.tenyears

Kami sampai ke lokasi lebih kurang pukul 9.20 pagi, kemudian setelah peralatan di pasang, tepat jam 9.30 pagi, bro ijam sudah memulakan ceramahnya. Dengan dilengkapi blazer berwarna biru gelap itu, bro ijam kelihatan segak memberikan ceramah. Memang bergaya. Kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat memuaskan, makmal komputer beserta technician yang bersiap sedia untuk menguruskan sebarang masalah jika timbul perlu diberi pujian. Tetapi tiada sebarang masalah komputer dihadapi ceramah tersebut.

Sesi kali ni, aku laks yang ambil alih tempat bro ijam selaku juruvideo dan jurukamera untuk ceramah kali ini. Seronok aku bermain dengan peralatan videografi yang bro ijam bawa itu. Hehehe… sampai abes bateri video cam tu aku kerjakan. Selesai sesi pertama, minuman pagi disediakan, walaupun aku dah kenyang dah sebab dah melahap makan pagi tadi sebelum pergi ke UNISEL. Tapi popia dia tetap menjadi pujaan hatiku… kekeke…

Sesi kedua berjalan dengan lebih rancak, time ni aku diberi tugas untuk memberikan ceramah dalam english kepada seorang pelajar Yaman. Abes kena kelentong ceramah budak tu ngan aku plaks. hehehe… Tapi seronok aa kot dia, sebab tips2 yang diberikan lebih khusus untuk minat dia. Berbanding peserta lain yang mendapat contoh atau tips2 yang lebih umum. Sesi kedua ditamatkan pada tghari, kemudian sesi ketiga bersambung pada petang tersebut. Tetapi sesi ketiga agak singkat. logounisel

Ceramah tamat pada pukul 3.30 petang, bro ijam dan aku pun bergerak merayau2 di pekan kuala selangor plaks lepas tu. hehehehe… Terima kasih aku ucapkan kepada bro ijam sebab sudi ajak aku untuk join dia nyer ceramah pada hari ini. Pengalaman yang menggembirakan.

Anda mungkin meminati artikel berikut

(^^,)

9 Responses to “Seharian di UNISEL”

  1. rohaizad 21 June 2009 at 21:52 #

    Tahniah tapi yang tak tahan dalam cearamah tu bila tiba part ni:

    “Selesai sesi pertama, minuman pagi disediakan, walaupun aku dah kenyang dah sebab dah melahap makan pagi tadi sebelum pergi ke UNISEL. Tapi popia dia tetap menjadi pujaan hatiku… kekeke”

    Popia lah pulak…

    p/s: Semoga bertambah kejayaan di masa akan datang. :)

  2. eizil 22 June 2009 at 2:03 #

    Terima kasih rohaizad, hehehe.. pasal popia tu sekadar selingan jer… :D

  3. Farizal 22 June 2009 at 8:23 #

    Oh inilah org nya yang bertanggungjawab menjadi translator bagi tuan Shahkhairul Nizam Bin Ramli ye :D apa² pun tahniah utk korang berdua!

  4. ijamidayu 22 June 2009 at 8:36 #

    2 ler ijad.. Dia nie memang peberet dia popia. Kenyang camner jumpa popia kompom makan gak..

    Thanks bro sebab sudi memabntu aku. Support bro, memang aku takleh nak balas.

    Nie dok puji, mcm nak godek lagi jerk gadget aku. No hal. Pas nie kalo ada org sudi panggil kita. Kita p lagi.. Leh lepak lagi kat umah bro.. Heheheh

  5. eizil 22 June 2009 at 10:12 #

    @Farizal: huhuhu… translator tak bertauliah, hehehe…. :D

    @Bro ijam: hehehe… kalau ada peluang lerh godek lagi, memang aku nak godek lagi… wahahaha… klu takder program nak lepak umah aku pun boleh jer bro… hehehe

  6. aman 23 June 2009 at 8:40 #

    next time datang UNiSEL lagi, leh ar roger n jumpa. Ehe.

    • eizil 24 June 2009 at 16:35 #

      hehehe… insyaALLAH… aritu tatau pun ko ada kat sana… wahahha

  7. musi 25 August 2010 at 12:49 #

    Salam;
    Setelah teman mengenali melalui blog ini, wah tunas-tunas muda begini sememang suatu perkembangan yang sihat di tanah air ni. Ramai bro yang begini bervisi dengan matlamat yang terancang. Teman berbangga semua perkembangan ini, semoga anda semua akan mencipta kepakaran masing-masing. Salam hormat, adios.!
    musi menulis…DI MANA KAU IDEA My ComLuv Profile

    • eizil 25 August 2010 at 13:01 #

      wassalam, terima kasih bro atas komen tersebut, semoga segalanya dipermudahkan. :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled