Sabtu yang menyeronokkan.

Semalam aku berpeluang untuk mengikuti bengkel wordpress yang di anjurkan oleh catzer. Banyak gak aku belajar sambil2 membantu catzer bersama2 bro ijam dalam menyempurnakan bengkel semalam tu. Aku kagum dengan semangat sesetengah peserta yang menunjukkan kesungguhan untuk belajar walaupun usia sudah agak lanjut. Bukan mudah untuk mempelajari ilmu2 baru seperti ini dalam usia sedemikian. Syabas aku ucapkan. Bengkel wordpress banner

Walaupun bengkel dimulakan dengan agak kucar kacir, disebabkan pihak training center yang bagi aku agak kurang bertanggungjawab dengan tidak menyediakan peralatan dalam keadaan yang sempurnya, kebanyakan komputer mempunyai kata laluan yang tidak diketahui oleh kerani yang bertanggungjawab untuk membuka training center pada hari itu. Kemudian masalah komputer tidak boleh untuk online menjadikan perkara lebih rumit. Bengkel yang sangat memerlukan internet tergendala disebabkan oleh masalah2 teknikal yang sepatutnya telah diselesaikan oleh pihak training center sejak awal2 lagi.

Aku turut bersimpati dengan catzer yang kepenatan walaupun bengkel belum lagi bermula. Banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh pihak training center. Servis yang diberikan oleh pihak training center itu amat mendukacitakan, memandangkan lokasi training center itu yang terletak di tgh2 ibukota, dan mempunyai begitu banyak tingkat, tetapi servis yang sungguh tidak memuaskan.

Setelah selesai mengendalikan semua masalah teknikal, dengan bantuan “technician bidan terjun” hehehe… akhirnya bengkel di mulakan dengan jayanya. Peserta-peserta begitu khusyuk mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh catzer itu. Aku pun khusyuk gak, banyak ilmu2 yang aku pelajari gak sambil2 melepak dalam bengkel tu… Memang mantap bengkel tersebut. Bengkel telah tamat pada lewat senja.

Lepas abes bengkel, aku gi melepak dengan ijam, catzer dan mai (aku lupa laks nama yang dia introduce kat aku… uhuhuhu… sorry)… makan2 apa semua… catzer ngan mai hantar aku balek umah (sbb motor aku lum baiki lagi) pastu ijam gerak gi buat videoshoot kat tmpt lain (rajen tul mamat ni keje). Sampai umah, aku lelepak mandi apa semua… pastu terasa nak tgk wayang laks… wahahaha… pastu gi ajak akak aku gi tgk wayang… cerita Terminator. Layan kat mines, tgk midnite show. memang menarik gak aa… :D

Sampai umah smalam kul 2 pagi. Aku dah kepenatan, terus masuk tido… Tapi memang seronok aa sepanjang hari sabtu semalam… hehehe… pengalaman yang menarik… weeeeeeeeeeee~~~~

Anda mungkin meminati artikel berikut

 

9 Responses to “Sabtu yang menyeronokkan.”

  1. MY 14 June 2009 at 20:01 #

    Thanks Bro dengan tunjuk ajar. Mende-mende remeh temeh tu la kadang-kadang yang meng’give-up’kan newbie macam ambo. Nak join hartanah, jom welcome!

  2. ijamidayu 15 June 2009 at 1:37 #

    Salam bro.. Nasib bro ada.. Kalo tak.. Mau kepenatan gak aku kalo ko takdak..

    • eizil 15 June 2009 at 1:38 #

      hehehe… tarak hal bro… aku sangat terhibur dapat join korang… hehehe

  3. hazman aka species1980 15 June 2009 at 3:46 #

    gempak gak bro jadi technician…. sure ianya pengalaman yang cukup bermakna….

  4. kisahsensasi 15 June 2009 at 3:48 #

    lepas nie bro boleh la JV ngan catz jadi instructor pulak….

    • eizil 15 June 2009 at 3:54 #

      baru aku perasan ada beberapa komen tadi pending approval… :D huhuhu…

      @MY: aku sekadar membantu apa yang terdaya bro
      @hazman: hehehe… bila dah jadi bidan terjun, tu yang kelam kabut tu…

  5. hazman 15 June 2009 at 3:49 #

    dasat la bro jadi technician bidan terjun…. anyway ianya pasti suatu pengalaman yang sungguh bermakna….

  6. ijamidayu 15 June 2009 at 4:56 #

    2 yg pecah peluh kami.. Dgn air cond yg ‘sejuk’ gila…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Master Yus, Pendidikan & Tuisyen » Semangat berkobar selepas menghadiri BengkelWordpress - 14 June 2009

    [...] yang Catz bawa memang berfungsi. Memang sesuai Catz bawa bonzer yang besar-besar (jangan mare Bro Eizil & Bro [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled