Private Profile di Friendster?

Hari ni aku sajer jejalan di Friendster.com. Rasanya tak perlulah nak terangkan apa benda friendster ni kan, macam semua orang malaysia yang online tau jer benda ni. Tapi kalau yang tatau, lerh aa gi tgk, ni laman web kenalan internet yang telah wujud sejak 2002 lagi. Aku dah lama gak tak login ke friendster aku. Dan hari ni pun aku tak login gak aaa sebenarnya, sekadar jejalan kat friendster jer.
Dalam aku dok godek-godek friendster tu, ramai gak aaa aku terjumpa profile-profile yang limited untuk kekawan jer kan. So takper aaa, nak wat caner, dah dia nak jadikan private profile, takkan nak larang laks kan. Tapi aku dok jejalan lagi, pastu aku dok try serba sedikit code asas, dan beberapa function kat friendster ni. Aku terdiscover benda cam best…
apa benda jer laa tu kan. Sebabkan aku takmao susahkan orang lain, tak perlu aa rasanya aku nak kongsi apa yang aku terdiscover tu. Tapi yang pasti ini ada beberapa peringatan yang aku nak pesan aa kepada mereka-mereka yang menggunakan friendster.
Sebab kalau aku lerh kenal pasti function yang lerh dikatakan vulnerable ni kat friendster, sure nanti ada gak orang lain yang akan jumpa gak pasal benda ni. So kat bawah ni pesanan dari eizil.com
Perkara perlu dielakkan semasa di friendster
- Jangan letak gambar-gambar yang boleh menyusahkan diri sendiri pada kemudian hari.
- sebab laman friendster ini, sehingga saat aku sedang menulis artikel ini untuk tatapan pembaca eizil.com, masih mempunyai lubang-lubang yang menyebabkan orang lain boleh memperolehi gambar anda.
- Sentiasa pastikan anda moderate rakan anda jika anda ingin memastikan private profile anda terlindung.
- sebab jika tidak, last name di dalam friendster boleh diperolehi dengan mudah jika kena caranya.
walaupun kita dah hidden dalam main profile.
- Sentiasa berhati-hati dengan gambar yang diletakkan di private album.
- sebab terdapat sesetengah album yang masih boleh ditembusi di dalam friendster. Jika terdapat gambar-gambar panas atau separa panas yang terdapat di dalam itu, kebarangkalian ianya jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya masih tinggi.
Ini antara nasihat aku dengan penemuan aku siang tadi, walaupun mungkin #3 tu hampir mustahil untuk dijumpai, namun berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan di sana…
Walaupun friendster sering melakukan security patch di merata tempat, namun masih terdapat lubang-lubang yang boleh digunapakai untuk menembusi sistemnya.
Mungkin ramai yang akan bertanya, aku akan kongsi selepas friendster dah patch sistem diorang untuk mengelakkan perkara ini disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

October 16th, 2008 at 7:55
huhu…myspace hang tak try ker? rasanya lagi senang kot.huhu
October 16th, 2008 at 12:00
Myspace erk, tgk aa nanti camner… kalau ada masa lapang aku try myspace laks… kekeke…
November 21st, 2008 at 7:39
hmmm…dunia komputer ne sentiasa ada peluang nk buat pe sj kan??jnj kena jalan die…aku pun nk cri la cara cmne nk tgk private profile ne…hehe…ada peluang tggi ke nk dapat sumber cara2 die di internet ne?
November 27th, 2008 at 20:53
Artikel ini telah di link ke dalam blog saya secara singkat sesuai dengan tarikh posting ini.
Blog saya adalah: http://kilasblogs.blogspot.com
Terima Kasih…
December 4th, 2008 at 11:59
bro..bley tak ajar bukak private profile please…nak nengok pic ex aku dulu tem skolah…pleaSE..rindu sangat
December 15th, 2008 at 7:39
alo bro,x nk gtau ke cmna nk tgk priv pic 2!!huh
February 7th, 2009 at 15:07
@Juruteknikmuda: banyak lubang friendster dah tutup…
tapi kalau kena gayanya… ada jer lagi yg terlepas pandang… hehehe…
@Mamanz: owhh okay… terima kasih mamanz
@zul: nanti me tulis erk, busy buat masa ni
@zdec: hehehe… nanti me share erk…
February 9th, 2009 at 3:10
woo~~~ bahaye nie..baek aku letak pic kartun..baru slamat rasenye..(^_^)\/
February 9th, 2009 at 4:19
hehehe… ataupun takyah letak langsung…
kekeke
April 13th, 2009 at 7:09
x dok nak komen apo2.cuma nak cari kerja saja.sape2 ada syarikat ukur atau yang ingin ofer kerja dalam syarikat ukur.sila hubungi saya di talian 017-9692238/013-9212284 atau email,sepubahri@yahoo.com.saya ada kelulusan dan pengalaman.tq.
December 5th, 2009 at 23:29
no komen. . .