
Ramai wanita-wanita yang mempunyai masalah selulit atau lemak di bahagian peha. Eizil.com hari ni akan berkongsi artikel menarik untuk menangani masalah yang dihantui oleh ramai wanita-wanita di luar sana. hehehe… So memula kita cerita apa yang menyebabkan benda ni berlaku?
Kadar hormon yang tinggi
Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan.
![]()
Pengaliran darah yang lemah
Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.
Cara hidup yang kucar kacir
Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.
Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?
Pertamanya, senaman harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, senaman juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.
Sekarang Eizil.com akan berkongsi beberapa senaman yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Senaman
Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2
Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)
Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3
Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)
Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.
Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)
Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.
Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.
Semoga dengan tips kali ini, lebih ramai wanita di luar sana berjaya memperolehi kaki yang cantik.
Semoga berjaya.
artikel ini adalah rujukan dari 8 Minutes in the Morning to Lean Hips and Thin Thighs (Rodale Inc. 2004) oleh Jorge Cruise.







hye..
no komen..but nak tips utk buang rase tak yakin bile bersama kawan2 yang nampak lebih berkeyakinan dengan fizikal diorang…
please..
Balas komen ini
hi eyda…
insyaALLAH akan saya kongsi nanti…
Balas komen ini
hye…de x cream2 yg berkesan kat pasaran tuk hilangkan selulit n shape kan paha…tq
Balas komen ini
tapikan..Bila buat senaman ni rasa macam sakit kaki lah..selalunya kalau buat senaman ni..Bila baru nampak kesannya tu??
Balas komen ini
very good n very useful info 4 me..tanx
Balas komen ini
thanx for the info..it very useful for me..i’ve face the problem since in primary school..so, harap2 sgt kalau ade meal plan yg boleh diikuti utk diet bg golongan mcm saya nih..hehehe…thanx again..
Balas komen ini
de je meal plan yg boleh digunakan…
berkesan utk sume peringkat umo…
klu nak try..leh je contact saya
sms@kol : 017-9189959
email : putra_qat@yahoo.com
Balas komen ini
bagi sape2 yang nak kurus pun boleh..
nak buang lemak yg berllebihan n nk bagi nampak lawa ke cantik ke hensom ke..bole..
amalkan diet yg berkesan n terancang …
pe2 info nak tau leh la contact saya..
nnt saya bg penerangan camne nak amalkan diet yg berkesan..
Balas komen ini
cmne nk kecilkan punggung??tq
Balas komen ini
betul ke selulit ni xleh ilang??saya terasa malu n rendah diri la sekiranya saya akan mendirikan rumah tangga brsama orang tersayang satu hari nanti..dapatkah dia menerima saya seadanya…
Balas komen ini
saya berumur 39 thn berat 74 kg tinggi 170.mcmana nak turunkan berat badan lag??
Balas komen ini
sy bru 15thn tp brt sy 47 n tggi 149…
sy aktif dlm sukan olahraga tp paha sy terlalu bsr…brt bdn sy dpt sy krgkn dgn diet seimbg tp sy x dpt nk kecilkan bhgian paha…apakh itu jga bergntg kpd pmakanan????
Balas komen ini
Tq Tip yang berguna .
boleh dapat tak tip utk mengurangkan perut buncit.
Balas komen ini
Tentang Selulit..
Seperti yang Dr Oz yang selalu muncul kat Rancangan Oprah tu kata..tiada ubat, cream atau exercise yang dapat menghilangkan ‘SELULIT’. Ianya akan kekal kat situ.
Tak perlu buang duit untuk beli ubat atau cream untuk buang selulit..
Terima aje seadanya..
Balas komen ini
sy tlh jumpa satu cream kluaran hpa utk langsingkan bahagian tertentu spt pinggang , perut , peha dan lengan stlh beberapa minggu memang berkesan gila cream tu…cubalah kalau kwn2 nk thu pi stokis hpa…..
Balas komen ini
apa cream tu?
Balas komen ini
thankz for the tips..ia mmg brguna..almaklumla mse usia muda ni spe x nak shape bdn yg cantik..
Balas komen ini
sy ada 2 org anak. slps bersalin pinggul n peha semakin bertambah saiznya. skrg berat sy 60 kg, pinggul sy 40 inci n peha sy 20 cm. risaunyerrr…
Balas komen ini
Ble tak kongsikan tips2 pemakanan atau senaman yg sesuai? Tq..
Balas komen ini