1600km Journey pt 1 - Zurich

Bermula 23 disember 2007 aritu aku bercuti selama dua minggu. So dalam masa dua minggu ni, aku dok gi jejalan ke beberapa tempat. Secara kasarnya, percutian aku kali ni melibatkan perjalanan sejauh 1600km yang meliputi tiga negara. Destinasi pertama aku adalah Zürich di Switzerland. Perjalanan dari lapangan terbang Karlsruhe-Baden mengambil masa kira-kira 4jam sebelum sampai ke pusat bandar Zürich. Cuaca sepanjang berada di Zürich adalah sangat tak best. Sepanjang 3 hari di sana, cuaca di Zürich sentiasa berkabus dengan suhu yang sangat sejuk.
Aku yang kebetulan tak bawa jaket tebal time tu, menggeletar gak aa time tu. Sampai akhirnya gi kedai beli sweater tambahan untuk lepak kat sana. Sepanjang di Zürich tidak banyak yang kitorang buat. Kitorang mendaki bukit Uetliberg. Walaupun lebih tepat mendaki bukit tersebut dalam keretapi condong… kekeke… bukan mendaki bebetul pun. Tapi dari Uetliberg kitorang tracking ke satu lagi puncak lain Felsenegg nama puncak tu. Ketinggian bukit ni lebih kurang 1800m dari paras laut.
Perjalanan dari puncak Uetliberg ke Felsenegg mengambil masa kira-kira 2jam dengan berjalan kaki. Laluan perjalanan adalah berbukit bukau, terdapat cerun yang terpaksa di turuni dengan menggunakan tangga dan berikutan cuaca yang berkabus dan sejuk, perjalanan mengambil masa yang lebih lama. Tapi penjelajahan dari puncak Uetliberg ke Felsenegg sangat menarik kerana antara dua puncah ini, adalah laluan planet². Kira tempat planet tu pusing² kat orbit. lalu atas bukit tu. So ada aa beberapa check point untuk planet yang berbeza².
Selepas sampai ke Felsenegg, kitorang menuruni puncak tersebut dengan menggunakan Cable car. Di sebabkan cuaca berkabus, permandangan daripada cable car tidak begitu menarik. Pada hari seterusnya kitorang gi menjelajah tasik Zurich dengan menaiki bot plak. Aku rasa perjalanan atas bot tu lebih kurang sejam lebih rasanya. Aku pun macam tak ingat plaks. Tapi lama gak aa dok atas bot tu. Dok pusing keliling tasik Zurich tu. kat bawah ni aku ada letak gambar-gambar time aku dok atas bot tu. Aku dok dalam bot jer, sebab kat luar sejuk dan pakaian tak berapa sesuai nak duk luar… gigil kang aku… kekeke..
Selain tu, time aku kat Zurich banyak jejalan tgk bandar jer. Ingat nak gi Rheinfall, tapi tak sempat sebab cuaca tak mengizinkan. So kat bawah ni adalah antara gambar² semasa kitorang kat Zurich. Entri seterusnya aku akan cerita time kitorang gerak dari Zurich ke Schwenningen dan ke Munich plaks.
Baca juga...
Social Bookmarking
Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center


