Adakah CINTA memerlukan sebab ??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan
mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan
Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di
situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari
si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi
begini :
“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu
aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku
tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai
mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

September 7th, 2007 at 0:54
salam alaikum..
aku dah hantaq mail kat hang….taktau aa btui ka dak email hang
kalau tak btui…hang bagi lain email hang…
ciao2!
September 27th, 2007 at 5:59
puisi..yang di tulis utk si isteri yang sedang koma..sungguh mengharukan.tapi..adakah cerita ini ,benar-benar terjadi atau sekadar rekaan semata-mata..atau ia merupakan kisah anda sendiri..
September 27th, 2007 at 18:10
kepada hidayah, saya sendiri tidak pasti sama ada ini adalah kisah sebenar atau sebaliknya, tapi yang pastinya… ianya adalah sesuatu yang kita boleh ambil iktibar…
October 16th, 2007 at 3:14
mmmm tapi cinta tu perlu pgorbanan… adil ker… tak smua akan merasa cinta sejati.. mmmm
March 31st, 2008 at 10:55
Cinta tidak sama dengan sayang. pengertian cinta secara umum adalah “penjelmaan rasa ingin memiliki”, sedangkan sayang “penjelmaan rasa ingin memelihara”. Dengan demikian cinta kasih juga tidak sama dengan kasih sayang, karena cinta sifatnya temporer sedangkan sayang sifatnya forever. Cinta adalah permulaan, sedangkan sayang tidak berkesudahan. Kita tahu dan mengakui bahwa Tuhan maha pengasih (yang tidak pilih kasih), lagi maha penyayang (yang tidak henti sayang). Pernahkah kita mengatakan atau mendengar Tuhan maha pencinta?