Seminggu terakhir di Malaysia

Nampaknya tinggal tak lebih dari seminggu jer dah aku lepak kat mesia ni, walaupun memang banyak benda yang dirancang tak sempat nak dibuat, tapi kebanyakannya dah siap gak aa… tak pernah rasa cuti yang hectic dan ada perasaan yang tak berapa nak best jer sentiasa… kekeke… tapi takper aa… selepas 2tahun tak balek mesia… sekali sekala dapat balek rasa lega gak aa… rasa macam seronok gak aa dapat balek kat negara sendiri kan…
selepas ni, kepada yang mencari aku selama ni, dah lerh aa nampak aku balek… insyaALLAH pasni aku akan online balek macam dedulu… takder dah aa asek susah guiler nak cari aku… kekeke… begitu aa nampaknya…. okay laa… aku nak sambung buat keje apa yang patut… selamat semua…
kepada yang mengepos komen kat ruangan kurangkan berat badan dengan air, aku minta maaf sebab taklerh nak respon semua sekali gus buat masa ni…
masa tidak mengizinkan…
Kesihatan: Berpuasa dan pemakanan.
5 Komen
Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks
So dah lebih seminggu kita berpuasa kat dalam bulan ramadhan ni dan semestinya ramai gak yang berseronok dengan pelbagai juadah di kala bulan ramadhan ni. Memang sudah menjadi seperti kebiasaan, bila tibanya bulan ramadhan ni orang ramai akan berpusu-pusu untuk menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa dan sebagainya.
Mesti ramai juga yang menikmati juadah berbuka puasa secara berlebihan dan menyebabkan kenaikan berat badan bukannya penurunan. Kebiasaannya berpuasa dikaitkan dengan penurunan berat badan, namun terdapat ramai yang mengalami kesan sebaliknya hanya kerana lebihan makanan semasa berbuka puasa.
Di sini aku nak kongsi sedikit tips pemakanan sepanjang bulan puasa ni. Mungkin ramai dah yang amalkan, tapi takper aa kan kita sekadar nak kongsi bersama-sama. Kepada mereka yang mengamalkan tips minuman air yang aku kongsi sebelum ni. Mungkin pada bulan ramadhan ini, terdapat sedikit kesulitan untuk mengamalkannya, namun bukanlah menjadi alasan untuk kita tak boleh untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kita bermula dengan bersahur, mungkin ramai yang meninggalkan sahur semata-mata kerana malas utk bangun pagi. Namun sahur ini adalah sesuatu yang dituntut dari segi agama itu sendiri. dan untuk pemakanan yang sihat, sahur ini juga akan membantu kita untuk menyimbangkan keperluan makanan kita seharian. Kita kebiasaannya akan berbuka secara berlebihan dan selepas berbuka, tiada aktiviti yang aktif yang kita lakukan untuk kita membakar kembali semua makanan yang telah kita makan. Lebihan makanan tersebut tidak akan digunakan dan seterusnya akan disimpan dalam bentuk gula dan lemak.
Berlainan ketika bersahur, selepas sahur kebiasaannya kita akan terus untuk bersolat subuh dan meneruskan kegiatan seharian kita seperti biasa. Makanan yang kita makan semasa waktu sahur ini akan digunakan oleh badan kita untuk menjalani kegiatan seharian kita pasa esoknya. Sehubungan itu, tiada lebihan makanan yang akan disimpan dalam bentuk lemak atau sebagainya. Justeru itu, seeloknya kita mengambil sahur dan mengurangkan makanan ketika berbuka atas alasan ini.
Berbuka dengan kuih-muih dan manisan adalah menjadi kebiasaan pada masa kini. Namun jika terlalu berlebihan, kuih-muih dan manisan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Walaupun tubuh kita memerlukan gula, namun gula yang diambil pada kadar yang berlebihan akan menyebabkan ianya tidak dihadam. Seeloknya kita pelbagaikan kuih-muih yang kita ambil selain menu juadah berbuka puasa kita itu sendiri. Cuba seimbangkan makanan yang diambil.
Amalan berbuka puasa dengan kurma adalah sangat bagus disamping ianya adalah sunnah. Kurma adalah manisan yang mempunyai zat yang bagus untuk kesihatan. Seeloknya selepas kita berbuka dengan kurma dan air, kita rehat sebentar dengan solat maghrib. Kemudian baru kita meneruskan dengan juadah-juadah yang lain. Ini akan membenarkan perut kita untuk berehat sebentar selepas seharian tidak melakukan sebarang pencernaan. Selain kita juga tidak akan terlalu mengikut nafsu selepas kita bersolat. Ianya akan menyebabkan kita dapt mengawal nafsu makan kita dengan lebih baik lagi.
Kurangkan minuman bergas dan berais keranan minuman berais akan menyebabkan kita lebih lesu walaupun semestinya ianya adalah sungguh enak semasa kita sedang kehausan setelah berpuasa seharian. Amalkan solat terawih di malam hari dan solat-solat sunat yang lain kerana selain ianya adalah amal ibadat yang bagus dikerjakan, ia juga menyebabkan tubuh kita bekerja dengan perbuatan di dalam solat itu sendiri. Secara tak langsung makanan yang kita ambil itu akan digunakan semasa aktiviti ini dijalankan.
Masa nampaknya mencemburui aku nak menulis selanjutnya. Bateri laptop dah nak abes… nanti kalau aku ada masa lain, aku akan sambung apa yang patut… selamat berpuasa kepada semua umat islam di mana jua anda berada.
wassalam
Baca juga...Kerja Kosong di Kerteh Port
7 Komen
Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks
ruang pekerjaan di kerteih port, terengganu,pls call en jamil (012-2868424)
diperlukan segera
BesMaritime Management & Consultancy Sdn Bhd
We provide harbour tug services to all major port in Malaysia.
We would like to invite highly motivated and suitably qualified
and experienced individuals for the following positions:
Master
• Recognized class 4 (master) cert or class 5 (master) cert of competency
• 2 years experience in Harbour Tug operation not lower than Chief Officer
Chief Officer
• Recognized class 4 (master) cert or class 5 (master) cert of competency
• 1 year experience in Harbour Tug
Chief Engineer
• Recognized Marine Engineer Class 3 (Chief Engineer)
• 2 years experiences as Marine Engineer Officer class 3 cert. (Chief Engineer)
2nd Engineer
• Recognized Marine Engineer Class 4
• 1 year experience as Marine Engineer Officer Class 4 cert.
Helmsman
• Mate Domestic less than 500 GT
• Minimum one (1) with at least one (1) year experience in boat handling as Helmsman
Engine driver
• Minimum one (1) with at least one (1) year experience as Engine Driver
Asst. Mooring Master ( Bintulu, Sarawak )
• Minimum 3 years experience as Loading Master in chemical industry or relevant industries
• Minimum 3 years experience working with Tanker
Bosun
• 2 years experience working onboard harbour tugs / tug boats
Diver
• Qualified clearance diver class 111
Applicants are invited to write-in or email with a detailed resume to the following
Address:
BesMaritime Management & Consultancy Sdn.Bhd
Suite 1212, 12th Floor, Plaza Permata, Jalan Kampar,
50400 Kuala Lumpur
Tel : 603-4045 2388 , 4045 7388 , Fax: 27713088
Our website : www.besmaritime.com
Email : bmc3mar@tm.net.my
Selesai naik taraf server.
Walaupun aku macam susah guiler nak online skang ni, tapi baru jap tadi, server telah berjaya di naik taraf… hehee… so tinggal nak perkenalkan pakej baru kat semua jer aaa plaks…. sebuk nyer skang ni… isk isk isk…
okay laa aku taklerh nak tulis pepanjang sangat… nak kena bergegas gi tempat lain plaks ni… huhuhuhu… kesebukan time bercuti… ingat time cuti lerh aa rehat menenangkan fikiran, tapi rupa-rupanya taklerh gak…. huk huk huk…
selamat menyambut bulan pose semua…
Baca juga... halaman seterusnya... »Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center
