Aug21hb

Rancang hidup anda 2!!!

Filed Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks

Harini aku berkesempatan lagi untuk meluangkan beberapa minit untuk menyambung pasal artikel perancangan . Mari kita kupas lebih lanjut apa yang boleh kita rancang dengan kita. Sebenarnya semua benda kita boleh rancang, daripada kita celik mata dari tidur sampailah kita pejamkan mata kembali apabila kita hendak tidur. Namun yang paling penting untuk kita rancang adalah masa kita.

Ini benda pertama kita perlu rancang, bayangkan kalau kita letak 1minit kita tu seperti duit kertas RM10. kiranya tiap-tiap 1 minit yang kita lalui, kita ibaratkan bahawa duit kertas RM10 itu telah digunakan. kalau 10 minit dah RM100 kalau sejam? RM600. sudah kita belanjakan dan pendapatan kita seharian sekadar RM300 contohnya.

Maksudnya jika kita tidak menggunakan masa kita dengan seeloknya. Maka kita akan berbelanja lebih daripada apa yang kita perolehi daripada pekerjaan kita. Apa yang kita perlu buat? jawapannya terletak pada diri kita sendiri, sama ada kita hendak menambah ilmu, beramal ibadat atau sebagainya adalah tidak penting. Apa yang penting, kita perlu pastikan RM10 yang dibelanjakan untuk seminit masa kita itu adalah digunakan untuk perkara yang berfaedah.

Berfaedah di sini adalah berbeza dari individu ke individu yang lain. Contohnya seorang pemain bola sepak sedang menonton perlawanan bola sepak di tv, ianya mendatangkan faedah kepadanya jika beliau belajar mengenai taktik-taktik yang digunakan di dalam perlawanan yang ditontonnya. Begitu juga jika seorang ahli seni menonton wayang atau perkara berkaitan. Ianya mendatangkan faedah untuknya untuk mendapatkan idea-idea baru untuk karyanya yang seterusnya. Begitulah selanjutnya jika kita perhatikan.

Perancangan masa adalah benda yang kebanyakan orang pandai merancang, namun tidak melaksanakannya. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya adalah suatu pembaziran. Ibarat jika kita telah mereka suatu rekaan yang hebat di atas kertas, dan mampu untuk melaksanakan, tapi kita sekadar membiarkan rekaan tersebut di atas sebagai perhiasan.Walaupun jika dilaksanakan akan membuahkan hasil yang lumayan.

Perlulah diubah sebarang fahaman-fahaman yang telah di ajar sejak kecil, ayat-ayat seperti alaa “janji melayu, biasa aa tu”. Rasanya tidak perlu diterangkan pasal itu, namun pembaziran 30minit (RM300) sejam(RM600) adalah sepatutnya dielakkan. Hanya dengan membandingkan setiap minit itu dengan duit biasanya orang akan nampak akan nilai sebenar masa itu. Jika kita berjanji, perlulah menepati masa supaya kita tidak membazirkan nilai yang terdapat disebalik setiap detik masa berlalu.

Antara tabiat yang aku cuba mulakan skang ni, kalau dok tunggu orang-orang yang masih dok suka mengamalkan “janji melayu” ni… aku sediakan satu buku poket mengenai apa² subjek untuk aku baca sambil aku menunggu orang-orang yang begini. Kalau bukan dengan membaca, pemerhatian sekeliling dan mengalisa apa yang berada di sekeliling juga boleh memberikan faedah kepada kita. Idea-idea baru biasanya timbul dengan pemerhatian ini. Jangan dok usha benda yang tak elok jer dah aa… ;)

okay aa… nak kena sambung… nanti kita sambung pasal perancangan yang lain plaks… ;)

Baca juga...

Langgan RSS Feed Eizil.com Menggunakan email

Isi alamat Email anda:

Perkhidmatan oleh FeedBurner


Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Webnews Bookmark to: Icio Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Favoriten Bookmark to: Seekxl Bookmark to: Kledy.de Bookmark to: Social Bookmarking Tool Bookmark to: BoniTrust Bookmark to: Power Oldie Bookmark to: Bookmarks.cc Bookmark to: Favit Bookmark to: Bookmarks.at Bookmark to: Newsider Bookmark to: Linksilo Bookmark to: Readster Bookmark to: Folkd Bookmark to: Yigg Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz
 
Trackback: Trackback This Post


Terdapat 1 komen di dalam Artikel " Rancang hidup anda 2!!! "

  1. famizal  menulis pada 18 October 2007  14:19 -

    yeee betul dan aku sokong sangat ko punya idea tu. Mcm dalam surah wal’as tumenunjukkan sesungguhnya manusia itu dalam kerugian dari pelbagai aspect. Weh kalau ade sesuatu yg boleh generate revenue bagi tau aku. Ade biz baek ke email aku famizal87@yahoo.com…. huhu aku dah rugi banyak Rm10 dalam beberapa minit.

 

Komen??

Kalau terasa nak komen, silalah isi borang kat bawah tu yer.

Nama (wajib)

Email (wajib)

Laman Web

Mesej

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites